Monday, 12 March 2012

Souvenir dari London

Salam sumer

Hari khamis lepas semasa sy tengah tengok tv, tetiba hubby nak turun bawah beli apa ntah.  Tetiba jiran selang sebuah rumah masuk umah.  Baik jugak ngan kakak ni tapi segan nak g umah dia coz umah dia fully renovate dah jadik macam kondo mewah atau pun ala-ala banglo dah.  Hari tu ada jumpa dia masa balik dari keje, dia baru jek balik dari kota London.  Sebelum ni bukan main lagi dia teruja bila sy bagitau saya pergi sana pegi sini.  Dia ckp tak penah pegi lagi tempat2 yang sy dah pegi.  Akak ni memang peramah dan selalu jumpa dia bawak anak dia jalan2 kat bawah.   Saya tak penah pulak kasi barang kat dia, tak sangka dia ingat jugak nak kasi souvenir kat jiran dia ni.  Tq yea Kak Seri yang comel!!!

Ni hadiah untuk hubby, miniture perfume...suker yg hijau tuh.  Tak sangku hubby pun dapat gak padahal sy yang baik ngan kakak nih...tak aci...tak aci...

Baju t-shirt untuk saya dan miniature perfume Lancome tuk saya, tapi saya dah bawak pegi opis dah yg perfume tuh.  Hhmmmmm best gak jiran ngan orang ada-ada ni yek.

Sempat kak seri skodeng pokok tanaman saya kat balkoni.  Dia ckp nak kasi sedekah pandan sepasu dan suh sy dtg umah. Aduhhh...bab nak g umah orang ni le yg payah skit nih.  Insyallah nanti kalau ada kelapangan.

No comments:

Post a Comment