Tuesday, 20 March 2012

Rumah impianku..part 2

Kondo kat Sentul, harga minimum RM450k

Ni kat Bt caves, 2,700 sq ft, 6 bilik tido + 5 bilik air, harga x dinyatakan...ni betul2 rumah impian :)


Mahal2 betul le umah2 sekarang ni kan.  Apartment pun dah harga RM200k+++ dah.  Syukur le sy beli umah dulu2 masa harga tak naik lagi.  Kesian orang muda2 sekarang ni nak beli umah 1st home dorang.  5 tahun sebelum ni RM200k boleh lagi beli kondo. 


Ni macam ok

Ntah napa le semenjak dua menjak ni rajin benor tempek gambar rumah-rumah.  Ambik mood nak beli 2nd house agaknya nih. Walau pun duit pun tak cukup lagi, harap ni boleh bantu le sape2 yang plan nak beli umah tuh.  Hubby penah ckp kalo nak beli 2hand umah 2 tingkat pun at least kena ada rm30k tuk 10% harga umah dan peguam.  Hu...hu..mana le nak carik duit ni.  Sekarnag ni rumah baru mmg le dah tak mampu dah beli, peluang yang ada adalah second hand punya rumah le.

Oh ya..kepada sesapa yang sedang mencari rumah tu (bukan cari suami tau!!!).Ada cara yang sy boleh cadangkan, tapi risiko tanggung sendiri tau.  Ni ikut cara hubby beli apatment dia kat PJ tahun lepas lah.  Dia ambik bank lelong, umah tu kosong lagi.  Umah tu company mana ntah yg punya.  Biasa le kekadang syarikat pembinaan tak mampu nak byk company yang dorang suh buat macam2 semasa pembinaan tu, jadi company tu kasi le rumah sebagai ganti.  Tu le yang hubby beli, company tuh ada 10 bijik umah nak jual.  Jadi hubby guna ejen le tuk lelong.  Tapi nak guna ejen ni pun kena hati2, kena cari yang betul2 jujur nak berniaga, pahtu ada le kena byr deposit skit kat ejen tuh.  Dan yg paling penting kena betul2 survey rumah tu macamana coz kalo kita menang tapi tetiba tak jadik, duit deposit tuh burn.  Hubby hari tu ada bid untuk rumah kat bukit jalil tapi tak dapat.  Sy suker betul umah tuh..sedih sy.  Pahtu hubby nak bid plak yang kat PJ, hubby sebelum tu kasi deposit RM7k kat ejen.  Dapat pulak dan hubby terus proceed umah ni, sekarang ni umah tuh disewakan. 

Macam biasa le kena sediakan RM tuk masuk umah, pasang gril, beli lampu, cat, buat kitchen kabinet.  Yelah nak sewakan kat orang pun kena le elok skit.  Pahtu duit utk lawyer, hak milikstrata, cukai pintu etc.  Byk le kena uruskan dan byk jugak kena pakai duit.  Selepas tu kena cari penyewa plak...  Tp ada sesetengah apartment ada ejen yg boleh uruskan urusan rumah ni. 

Sy berlainan dengan hubby coz sy beli umah mmg nak duduk, hubby plak beli umah nak sewakan.  Sebab tu dia suker beli apartment dan paling penting dekat ngan lrt/komuter.  Sy plak nafsu tinggi dan nak yang besar2 jek coz sy nak rumah yang selesa.  Ada gak kawan sy siap book umah sy ni kot2 le nanti dah dpt umah baru sy nak jual umah ni.  Ha...ha..ha...  Tadak nyer nak jual, umah ni beli masa bujang...banyak kenangan, lrt plak dekat (walaupun berpeluh jugak le nak sampainya), nampak view kl tower dan genting lg :).  Kalo ada apa-apa jd kat rumahtangga kami, ni je le harta sy yang tak boleh dicop as harta sepencarian. 

Cara lain adalah ngan beli tanah pahtu bina rumah atasnya.  Kalo ada sape2 dengar pasal tanah nak jual dalam rm100k ke bawah bagitau yek.  Hari tu ada pensyarah ckp tapi atas RM100k le plak, pahtu kecik jek tanahnya.  Ada kang yg bina pondok buruk jek atas tanah tuh, mampu beli tanah jek buat umah dah tak mampu dah.  :)

Beberapa hari lalu, bila sy timbulkan isu rumah teres...hubby ckp 'sy tak nak beli rumah, sy nak beli tanah tanam kelapa sawit.  Opppssss......nak pitam jap!

2 comments:

  1. ana pon nak beli umah gak... hoho.. tp harga umah mmg mahal skrg... nak kuar buasir la tgk harga umah skrg... hahahahaa

    ReplyDelete
  2. Ha..ha...jom le kita beramai2 simpan duit tuk beli rumah. Kena beli yang second hand atau jauh tersorok ke dlm le murah skit. Nanti ntah 5-10 tahun lagi, tak tau berapa dah harga rumah. Standby duit jek dulu, nanti dah jumpa rumah idaman boleh beli terus. :)

    ReplyDelete