Tuesday, 20 March 2012

Pelangi Kasihku: Little S



Salam semua

Hari ni ada appointment dengan doktor pakar jam 9.00 pagi.  Hari ni buat HSP aka scan rahim untuk tengok samada tiub filiphio tersumbat ke tak atau nak tengok kedudukan rahim cantik ke tidak.  X-ray ni dibuat betul2 bila period kita dah habis.  Kalau pada entry yang lepas saya ada bagitau yang hubby kena buat pemeriksaan spermakan.  Alhamdulilah hubby dengan rela hati pegi buat sendiri kat BP lab.  Bila masa dia buat pun sy tak tau, tup...tup dia kasi keputusan pemeriksaan dia.  Jadik sy bawak sekali pemeriksaan sperma suami saya untuk kasi kat doktor nanti.

Sampai saja seperti biasa register kat kaunter.  Lepas tu ada staf bilik x-ray bawak masuk ke bilik x-ray yang comel.  Bilik x-ray hukm sikit punya besar, dulu penah pusing2 kat hukm masa keje kat sana.  Staf tu namanya Anis kalo tak silap, peramah orangnya.  Dia tanya saya samada sy nak kencing ke tidak.  Sy pun heran dan tanya kenapa dia tanya macam tu.  Dia ckp nanti masa prosedur, akan rasa macam period....takut nanti saya nak kencing plak masa tuh.  Jadi saya pergi ke tandas dulu le.

Bila sampai, dia suruh tukar baju kepada baju dan kain yang telah disediakan.  Bukan bogel tau.  Bukan underwear jek, bra tak payah.  Untuk pengetahuan, semua staf adalah perempuan.  Ada 3 orang sumernya iaitu doktor pakar, juru x-ray dan jururawat yg jalankan prosedur ni.  Saya disuruh baring kat katil yang disediakan sementara tunggu doktor datang.  Juru x-ray tu explain prosedur, dia ada sebut 'injection'.  Hhhhhmmmm saya apa lagi kecut le perut saya bila dengar perkataan 'injection' ni.  Sy tanya sakit tak, Anis tu ckp tak sakit sgt cuma bila dia suntik tu akan rasa senak perut.  Sy pun dah takut walaupun berlagak biasa2 jek.  Lebih2 lagi bila sy nampak byk jek barang ada atas meja tuh.  Mula2 sy ingatkan doktor akan buat injection kat dinding rahim.  Saya dah risau dan dah rasa takut yg amat sgt.


Bila doktor datang, dia pun prepare apa yg patut dan tanya saya dah makan ke belum.  Doktor ckp patutnya sy kena bekpas dulu. Tapi sy ckp yang sy mmg dah biasa tak bekfas.  Doktor mula masukkan bende macam 'mulut itik' dalam rahim.  Sebelum tu doktor bagitau procedure apa yang dia nak buat.  Masa doktor masukkan tu ada rasa sakit dan sy tersebut 'sakit'. Doktor tu ckp peha kena bukak luas2 dan kena relaks.  Agak sukar jugak sy nak merelakskan diri bila terasa sakit + takut.  Sambil juru x-ray tuh cuba pujuk saya legakan peha dan bagitau yg peha saya nampak kejung.  Pahtu doktor tu tanya samada sy rasa takut atau sakit.  Sy ckp TAKUT.  Doktor tu ckp jangan takut coz dorang dah biasa buat dah prosedur ni dan semuanya akan jadik ok.  Sy dah tak boleh nak relaks dah masa tu. 

Bila dah reda skit, doktor injek masuk satu cecair tu, tetiba perut sy rasa sakit macam kena sengugut....ada le beberapa minit terasa macam sengugut.  Apa lagi sy dah rasa cam nak pitam dah dan badan saya mengeliat sampai kepala nak terjatuh dari bantal.  Biasa bila sy sengugut saya akan mengelupur dan mengecutkan diri macam tengiling.  Doktor comforte sy dan bagitau mmg saya akan rasa macam tuh.  Doktor ckp sebenarnya sy kena makan dulu before buat prosedur ni.  Anis g tegakkan badan saya balik.  Doktor plak rasa cuak coz muka sy nampak pucat dan doktor terus bercakap ngan saya.  Sy ckp le perut sy sakit. Doktor ckp tak penah plak jadik macam ni sebelum ni.  He...he...nampaknya sy buat sejarah le plak.
Tak pe, nanti dorang akan ingat saya sampai bila-bila!!!!!


Doktor ckp muka sy pucat dan masa tuh sy terbatuk2 coz rasa sakit + sesak nafas skit.  Doktor tanya kenapa saya batuk. Pahtu sy tutup muka sy dengan selimut.  Sebenarnya sy rasa agak sejuk dan doktor suh tarik nafas hembus nafas.  Doktor suh nurse ambik bp saya, terkecoh2 nurse tu ambik alat ukut bp.  Sorry le doktor, sy mmg tak biasa sakit2 nih.  Bila masa ntah dorang ambik x-ray sy pun tak tau coz doktor tu keep nak berckp ngan saya.  Lama-lama sy rasa lega skit dan doktor tanya saya ok ke tak dan saya rasa apa.  Saya ckp TERASA LAPAR!!!. 

Lama2 baru le sy rasa ok dan doktor pegi check keputusan x-ray saya.  Doktor ckp cecair tu tak masuk sgt ke serata rahim tapi dia dapat tengok yang ada cecair masuk ke dalam tiub filafio jugak le.  Itu maksudnya tiub sy tak tersumbat walaupun x-ray tak cantik sgt.  Doktor ckp kalo biasa dia akan buat 2-3 kali untuk nampak result tapi dah sy dah mengelupur macam tenuk ni...dia rasa tak sesuai. 

Masa tu baru lega.  Doktor suh rehat dulu dan kalo ok baru bangun dan tukar baju.  Ya Allah...apa le jadik sama aku ni.  Bila fikir2 balik, xde le menakutkan sgt.  Yg sakit masa dia masukkan alat dan masukkan cecair tu jek tapi sy jek kasi reaction yang keterlaluan...buat sumer orang cemas jek.  Tapi nak buat macamana sy ni kalau sy rasa takut, tetiba jek perut jadik senak dan sy jadik kejung macam ni.  Anis tanya samada sy bawak pad ke tidak, kebetulan ada dan dia ckp akan ada discaj skit dan kalau ada darah tu normal. 

Lepas kuar dari bilik x-ray, sy g jumpa doktor.  Doktor ckp rahim ok (syukur), hubby pun ok (syukur).  Dia ckp sy ada masalah kesuburan saja dan dia akan kasi ubat subur kat sana tapi tak boleh lagi kasi ubat subur.  Sy pun tanya 'Doktor ubat subur tu dalam bentuk pil yek'.  Doktor tu pun dengan sabarnya jawab 'ya dan puan kena datang lagi pada hari pertama period coz ubat subur kena makan pada hari ke-2 period'. Syukur...sy dah tak larat dah nak kena suntik2 bagai, mau pitam sy nanti.  Sesak napas den....

Ya allah, terima kasih atas rahmat mu dan kurniakan lah kami cahaya mata.  Syukur alhamdulilah dah selesai melalui beberapa prosedur.  Lepas ni boleh relaks dulu dan tunggu appointment dengan doktor plak pada hari pertama period.  Klinik ni tutup pada ahad, jadik kalau sy period hari ahad pun, isnin sy boleh dtg jumpa doktor.  Terima kasih yea doktor dan sumer sebab bersabar dengan saya. Org sakit ni memang agak mengada2 sikit.  Dah le dtg seorang2, hubby ourstation g Bukit Tinggi.  Hu..hu...hu.. 


Doktor tak kasi ubat apa2 pun dan semua prosedur hari ni kosnya dalam RM400++.  Sy harap, pengalaman yang saya share dengan anda ni dapat membantu jikalau anda berhajat untuk berjumpa pakar sakit puan macam saya.  Jangan risau sangat pasal kos coz setakat ni kos tak sampai pun RM1k (sy gores dan menang jek).  Kalau yang dah berkahwin lebih setahun dan belum ada tanda2 pregnen tu cepat2 le pegi jumpa coz prosedur ni akan ambik masa yang agak lama. 

Mula2 kawin dulu macam tak terasa sgt nak baby tapi bila dekat setahun kawin, kami dah mula le merancang nak anak.  4 bulan selepas tu baru le sy perasan sy tersilap kira hari subur plak...cissss...hari subur tak semestinya hari ke-14 period tapi ia ikut pada kitaran period kita.  Selepas 4 bulan mencuba tadak apa2 jugak.  Tetiba ada sorang staf ni yg kira macam angel le kan, syorkan sy pergi buat kat klinik ni.  Bulan januari hari tu baru le saya pergi jumpa doktor pakar ni. 

Doakan kami semoga cepat2 dapat baby tau....


No comments:

Post a Comment