Sunday, 11 March 2012

Movie Time: John Carter



Salam sumer

Hari ni pergi tengok wayang kat 1Shamelin.  Sikit punya glamer le promosi tempat ni dan di mulut my hubby. Bila sampai sana, rupa2nya indah khabar dari rupa. Alah...alah...alah...ciput nyer mall ni, ala-ala Spark kat tepi highway tuh jek.  Pahtu byk lagi ruang kedai yang masih kosong.  Dah yg paling penting, ia didepan spa Mustika Ratu yang dulu2 sy penah pegi ngan Kak Ita...masa tuh time rehat jumaat Kak ita sponsor spa Ana untuk wedding dia.  Tak sangka lama pulak pasal spa ni, tak pasal2 kami masuk lambat g opis.  Sy plak masa ni ambik pakej urut2...yelah takkan plak nak tercongok kat situ sambil tunggu Ana siap dilulurkan.  Pahtu ada plak kaki skodeng dan kaki report kat bos.  Siap paksa lagi Ana pegi minta maaf kat pengarah dan ugut2 sambil berbulan2 lamanya.  Apa le jenis orang macam tuh...busuk hati tahap gaban.  Sampai Ana dah nak bersalin pun masih lagi nak ugut2.  Kelakar giler vavi...

Pergi tengok movie ni ngan hubby.  Biasa le movie2 ni, hubby le yang pilih dan byrkan sekali.  Tq cayang.. 

Lepas g tengok wyg, g kenduri umah Izza plak kat Sentul.  Pusing2 kat sentul tu cari simpang nak masuk umah dia.  Keluar dari Duke tu lepas dari tol sentul, terlepas plak susur keluar, buat u-turn balik.  Bila dah jumpa susur keluar tu plak, tak leh plak nak belok kanan ke simpang nak g Taman Pelangi tuh.  Jenuh le nak kena cari u-turn plak.  Hubby pun masa tuh dah nak balik dah, tapi memandangkan muka isteri dia ni dah masam mencuka, digagahkan jugak le cari tempat tuh. Memang berbaloi g coz makanan sedap2 sumer.  Yg paling best coz le leh g sekali ngan hubby.  Bukan senang nak ajak dia g kenduri nih...

Seronoknya hujung minggu ni, byk luangkan masa ngan hubby!!!

Alamak lupa plak citer pasal citer ni.  Citer ni ok le, ala2 magic skit.  Cuma tak sesuai tuk budak2 coz pakaian dia sesi ala2 pakai bikini je heroin dia tuh.  Pahtu ending dia tergantung...sambil keluar panggung dok fikir apa le ending dia agaknya yea.  Rasa dah kasi sepenuh perhatian dah tapi masih tak faham. Dah le pakai baju kurung cun-cun ni.











No comments:

Post a Comment