Saturday, 24 March 2012

Merancang perbelanjaan bulanan



Salam semua

Dah lama nak tulis entry ni tapi macam rasa malu plak sebab sy bukan perunding kewangan.  Sy cuma nak share macamana sy merancang kewangan aka gaji saya jek.  Mungkin anda punya kaedah yang lebih baik dan of course lebih kaya dari saya.  Walau berapa pun gaji bulanan kita, kita tetap perlu merancang kewangan kita. 

Saya baru jek transfer duit ke dlm ASB guna CIMB clicks.  Simpanan dalam ASB ni le yang selalu teralih ke benda lain coz sy malas nak pegi pej pos masukkan duit.  Lastly saya shoppingkan ke benda lain plak.  Hari tu sy dah kira masukkan data asb sy dalam Manage my wealth tu tapi sy confuse caner nak transfer.  Minggu lepas Erna, staf pej am ckp boleh.  Pagi tadi sy gatal2 click pada ruangan subscribe tuh...tetiba boleh transfer.  Ala...gembira nya!!!!

Sy ni jenis yang agak boros, hubby sy pernah ckp macam tuh bila kami dah nak kawin dulu.  Membebel2 dia bila sy ckp sy beli barang MAC dalam RM600++ sumernya.  Dia ckp kalo sebanyak tuh dah boleh beli set tuk mekapkan orang.  Hubby mmg teror dalam bab2 duit nih banding sy.  Tapi bila bende ni terluah dpn mak mertua, mak mertua ckp 'biar le, itu duit dia'.  Syahdu sy masa tuh, sedih sgt.  Terasa bersyukur nyer sy dapat mertua yang baik dan memahami.  Bersyukur jua dia telah melahirkan lelaki yang menjadi suami sy, lelaki yang sy cintai dan akan hidup bersama-sama saya hingga ke akhir hayat.  Akhirnya hubby sy cakap 'kalau awak nak beli apa2 belilah, tapi jgn bagitau harga dia'.  Sampai sekarang ni sy tak ckp kat hubby harga barang2 yg sy beli.  Sy jugak beransur2 kurangkan tabiat shopping sy.  Masa sy bujang penah 2-3 pasang sy beli branded sandal dalam sebulan.  Itu tak masuk lagi handbag dan baju tuh.  Sekarang ni sy dah kurang shopping sebab sy tengah kumpul duit utk beli rumah impian kami.  Sekarang ni pakai barang2 lama jek.  Ada le jugak beli baju2 untuk keje tapi tak le kerap macam dulu. 

Mulai tahun ni sy dah mula mengaplikasikan secara lebih ketat untuk perbelanjaan sy.  Untuk akaun bank, sy ada beberapa akaun bank untuk perkara yang berbeza.  Sy mmg tak boleh tengok duit byk dalam tangan, nanti licin sy belanjakan.  Jadi cara sy, sy bukak byk akaun untuk tujuan berbeza.  1 lagi, sy ni tak boleh tengok duit dalam akaun byk, nanti mula le sy memikirkan caner nak belanjakan duit tu, sbb tu akaun sy tak ada kad atm (kecuali CIMB) dan sy hanya transfer guna online jek dan setiap setahun sekali update.  Ni akaun sy:

CIMB = Gaji (ada kad ATM)
BIMB = Rainy day fund (patutnya minima 3 bulan gaji)
Bank Rakyat = Tabung Rumah impian
ASB = Pelaburan

Coming soon = tabung haji


Tin ni nak letak duit pegi melancong, ada patung burung kiwi love NZ kat dalam tuh as dorongan..he..he..

Selain itu sy pakai 1 jek kad kredit dan hanya guna bila perlu.  Baki tak melebihi RM1.5k.  Selain itu, sebagai perempuan sy ada juga membeli barang kemas tapi tak banyaklah.  Sy buat ansuran guna kad kredit dengan Habib.  Yg penting hubby tak kan bising kalo sy beli brg kemas.  Masalah barang kemas ni dari segi safetylah, takut nanti ada maling pecah masuk rumah pulak.  Jadi lebih selamat simpan duit dalam bank.  Kalau berani dan ada tempat simpan yg selamat, boleh beli Dinar emas.  Ada peniaga kambing di kawasan sy ni hanya menerima wang dinar untuk jual beli.  1 dinar emas untuk seekor kambing.  Jadik boleh pertimbangkan leh membeli beberapa dinar emas sebagai pelaburan.  Nilai emas meningkatkan setiap tahun, insyallah 10 tahun lagi pun boleh dapat kambing dengan 1 dinar emas jgk. :)

Untuk yang lebih daring boleh melabur dalam pelaburan yang berkeuntungan tinggi macam ASB, public mutual, etc.  Boleh jugak buat pinjaman peribadi dan laburkan duit itu ke dlm bank yg bagi dividen yang tinggi.  Keuntungan setiap tahun dari pelaburan tu digunakan untuk byr ansuran bulanan.  Jadi dah habis tempoh pinjaman tuh, total pinjaman tuh dah jadik hak milik kekal kan?.  

Tips: 

1. Selepas terima gaji, terus transfer, sama macam kita byr bil-bil bulanan.
2.  Kurangkan mengunjungi mall, bahaya nanti terjerat!!!.
3.  Di awal tahun senaraikan komitment sepanjang tahun dan rancang simpan duit untuk komitment ni.  Cthnya cukai pintu setiap januari dan julai, insuran kete setiap ogos, quit rent, servis kete 2x setahun, hari raya, raya haji, balik kg, melancong etc.
4.  Beli barang yang penting saja dan perlu. 
5.  Kurangkan makan di luar, masak je di rumah.  Kurangkan membeli jajan atau snack sebab ia tak elok untuk kesihatan.  Makanan boleh jugak dikurangkan, cthnya mlm hanya makan yg ringkas2 saja.


Hubby biasa kasi duit dalam sampul ni, jadi sampul ni jadik duit dapur

Sy juga menyediakan buku bajet perbelanjaan bulanan untuk gaji sy seperti berikut (cth jek ok):

Mac

Kereta                                     RM-
Astro                                       RM-
Streamyx                                 RM-
Rumah                                     RM-
Minyak + tol                            RM-

Dan yang terakhir, sekali sekala sy bahagikan pulak gaji ikut peratusan seperti di bawah:

Aset (nilai meningkat cth rumah, tanah etc)                    =  25%
Aset (susut nilai cth kete, motor)                                   =  18%
Simpanan (tunai, pelaburan, tabung, insuran etc)            =
Perbelanjaan (bil, minyak kete, belanja kerja)                =
Lain-lain (derma, parent etc)                                         =

Kalau boleh aset yang susut nilai tu tak banyak le agihannya.  Sy aim lepas waja dah habis bayar, nilai ni paling tinggi pun 10% jek.  Biar aset lebih skit dan jgn lupa RM dalam bentuk tunai pun perlu ada jugak.



Notebook dari opis lama jadik buku bajet sy tahun 2012...go green..recycle!!!

Dari peratus ini, kita boleh tengok ke mana duit kita pegi setiap bulan.  Kat sini sy rasa waja sy dah 18% sebulan dah.  Dulu nak beli gen2 yg lebih murah tapi ada masalah skit ngan gen2 dan sy ambik waja.  Tapi waja ni mmg bagus, enjin mitsubisi dan mmg tak byk buat karenah.  Perancangan Allah tu lagi bagus kan....
Belanja yg hubby kasi setiap bulan sy guna untuk byr maintenance rumah dan duit dapur.  Sy jugak agihkan sedikit untuk belanja peribadi sy, since hubby pun tak kisah sy nak buat apa ngan duit yang dia kasi.  Selain itu, dia pun ada jugak g beli beberapa brg keperluan rumah yg berat2.  Hubby mmg pandai dan dia tau kat mana jual dynamo murah etc.  Banding2 harga antara jusco, tesco, giant...serah kat dia.  :)

Inilah yg sy praktikkan sekarang ni.  Walaupun gaji tak seberapa tapi syukur alhamdulilah boleh le menjalani hidup dengan baik.  Dan sy masih lagi berusaha belajar mengurus kewangan sy.  Sy juga doakan anda juga dapat menguruskan kewangan peribadi dan keluarga anda dengan berkesan.

Untuk mengelakkan beberapa perkara berlaku yg ala-ala emergency, simpan beberapa ratus extra dalam kad bank anda.  Pengalaman sy kereta rosak tepi highway, dan di bawa ke bengkel kecik.  Dorg xada kemudahan kad kredit.  Jadi kena ada at least RM500 extra dalam akaun bank yg ada kad ATM.  Bila sy balik kg jgk sy perasan hubby mmg bawa duit cash, almaklumlah dah perjalanan jauh melalui hutan belantara dan ladang kelapa sawit, mostly jual beli guna cash.

Wassalam dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog sy.  Salam perkenalan kepada yang baru mengenali saya. 

4 comments:

  1. Suka baca blog Sis..byk info berguna..TQ2

    ReplyDelete
  2. nice info.. mine pon lbey kurang. prepare next monthnye budget awal2 spy kite sure flow duit tu ke mane. tp bab pelaburan n utk rumah tu br nk stat. =)

    ReplyDelete