Monday, 19 March 2012

Menu isteri: Chan Choy goreng

Hari ni cuti lepak2 kat umah jek.  Kebetulan hubby pun cuti.  Sambil2 tengok hubby baca buku, isteri dia ni sambung kemas umah, mop lantai bagai.  Cadangnya tengahari ni nak masak sayur Chan Choy goreng dan ayam masak halia, tapi tetiba hubby plak nak kuar g byr cukai pintu umah dia kat PJ.  Punah harapan de...xpe le kena sabar, sebagai isteri kena ikhlas.  Kalo hubby tak nak makan xpe, aku leh makan sorang2 sambil menambah lemak2 yg ada.

Masa g sogo sabtu lepas, nampak sayur ni.  Tak penah masak pun tapi rasa cam nak try masak.  Penah nampak tak sayur ni:

Ni le sayur Chan Choy

Nak masak dia macam masak sayur biasa bwg putih + lada hitam skit + udang kering + minyak bijan + hirisan cili.  Google jek mesti dapat byk resepinya.


Tekstur dia macam kangkung tapi dia ada rasa lendir2 skit macam bendi.  Bagi saya tak best le sayur nih.  Hhhmmmmm...sib baik tak masak tuk hubby, kalo tak mesti kena sound punya. Tapi tak salah mencuba kan....:) Kepada Pn. Melati kat pejabat am tuh, yang suker google resepi tu boleh le cuba, tapi tak recommended le yea sayur nih.  Jamu mata boleh....

1 comment:

  1. Saya suka sayur ni. Tanam sendiri. Nak masak ambil daun sahaja. Taklah berlendir sangat. Saya tumis dng buah keras, tomato cincang bawang merah.....fuhhh. Tambah suun.fish ball dan lada sulah.Hirup panas2.

    ReplyDelete