Sunday, 4 March 2012

Finally Kidney Day Run 2012





Salam semua

Nampaknya hujung minggu saya terisi dengan aktiviti bagi minggu ni.  Pagi2 lagi seawal jam 6.20 keluar rumah menuju LRT Bandar Tun Razak.  Janji ngan Husna nak g sama dan tunggu menunggu kat lrt ni.  Bangun pagi jam 6.00 pagi, tapi semalam dah siapkan sumer baju dan dokumen yang nak dibawa dah masuk dalam pocket belt dah.  Lepas kacau2 hubby suh bangun, terus kuar umah.  Park kat Taman Mulia, sedang nak kuar tetiba Husna bagitau dah depan stesen.  Amboi cepatnya sampai.  Terus berlari2 anak ke stesen lrt.  Tak nak jadi macam mizuno ran hari tu yang org dah lari, kami tak sampai lagi.  :)



Sib baik Husna dah kasi belikan tiket dah, terus kami berkejaran.  Tapi lrt tak sampai pun lagi.  Sampai ke stesen masjid jamek kami dah blur nak g mana, hilang bering kejap.  Dalam lrt tadi mmg ada ramai gak orang pakai baju kidney run ni.  Tetiba nampak sekumpulan orang menuju ke cimb bank tu, tapi ada plak orang berlari2 masuk ke perkarangan masjid jamek.  Nampak ada orang cina pun ada, jadi kami pun follow jek...mana tau ada short cut.  Tapi kakitangan masjid tahan chinese2 tuh coz pakai seluar pendek tak leh masuk.  Kami pun dengan selambanya masuk...laaaaaa...rupa2nya orang2 tadi nak singgah solat dulu.  Cisssss.....

Terus kami kuar balik dan ada sorang pompuan tunjuk jalan.  Sampai dataran jam 7.00.  Dah 35 tahun saya hidup dan hampir 15 tahun dok KL dan selangor tapi ni le kali pertama saya sampai sini.  Bukan sy sorang je tau, Husna pun 1st time dtg jugak!!!.  Sampai situ dah ramai dah orang dtg, tetiba sy rasa perut memulas dan rasa lain macam.  Husna plak nak cr air.  Kami terus g booth sekretariat tanya tandas kat mana.  Alamak nak ke tandas tuh kena lalu depan bersenam aerobik plak.  Terasa kurang ajak plak lalu kat depan2 tapi nak buat caner dah emergency.  Dah le masuk tandas tak byr, tak perasan ada orang jaga toilet tuh....aunty tuh g mana ntah time tuh, ingatkan free.



Bila sampai dataran balik terus kami disuruh beratur masuk dalam kandang dan di kasi reben kuning.  Reben tuh kena lilit kat leher atau tangan.  Terasa macam kambing plak kena masuk dalam kandang.  Kami cari lokasi tepi tapi agak ke depan.  Tapi sampai baru 4 jek coz dah full.  Tepat jam 7.30, kami dilepaskan. 

Tapi ntah nape kali ni sy macam penat jek. Tak larat nak lari, trek ni banyak bukit tau.  Lepas tu ramai yg muda2 masuk .  Masa mizuno dulu ramai aunty2 tua yang masuk, jadi tak kisah sgt kalo byk jalan coz akan ada ramai lagi orang kat belakang.  Tapi ni tak boleh jadik ni, medal pun dikasi untuk 150 jek.  Sempat ke kami dapat medal ni?  Kaki kiri sy macam nak kejang dan tak boleh nak lari sgt tapi time turun bukit tetap lari jugak.  Yg paling haru, orang yang sorong stroller baby sambil berlari pun boleh potong kami.  Keluar ke jalan parlimen tu dah best coz jalan agak datar.  Dah tak sabar2 dah nak sampai finishing line.  Masa kat tengah2 bukit tuh ada dorang sediakan minum....yeaaa gembira coz itu dah 5KM dah. 

Akhirnya kami dapat menghabiskan 7KM dalam masa 1 jam.  Ni kira pencapaian terbaik kami le ni. Yg juara bahagian lelaki tuh dapat habiskan dalam masa 25 minit jek.  Juara pompuan tuh dari pasukan beruniform, tak heran le kan kalo dia menang.  Kalo sy menang baru le sumer orang heran kan. 

Mula2 nak balik tapi bila mengenangkan ada cabutan bertuah yang hadiahnya IPAD, kami cari port tuk lepak.  Lepak tepi pentas, nampak le TPM, Menteri kesihatan sumer atas pentas.  Tadi ada masuk berita tapi biasalah kan takde nyer berita nak cite sgt pasal kidney run ni, citer yang ditimbukan mestilah politik.  Tadpi dah bersemangat le kami, bila ada jurukamera kat simpang jalan, kami terus sengih sambil buat simbol peace...ingatkan leh masuk tv bagai.  Frust...frust..

Husna agak bertuah dapat thumb drive,tapi saya langsung tak dapat apa.  Walhal tadi dah bagitau dah nak aim IPAD dan kamera tu jek, ipod, basikal, hamper, thumbrive ke apa tak nak ok.  Padan muka tak dapat.  Biasanya sy mmg tak bertuah sgt le pasal cabutan bertuah ni.  Dulu jek penah dapat tapi dapat plak perfume lelaki...cisssss...pakwe pun xde masa tuh.

Selepas hampa tak dapat ipad tuh, kami balik nak tren.  Nak ke sogo pun segan ngan badan busuk ni. Seronok dapat jumpa kengkawan dan bersantai menghabiskan masa, mengeluarkan peluh.  Kurangkan sikit lemak2 di badan ni. 



Seblm balik g beli nasi lemak kat gerai2 kat bgngn oren yang bersambung ngan lrt tuh.  Gerai dia atas pej pos, mengadap rel tren, 3 dari hujung, namanya Gerai Kak Mah ngan Abg Man ke apa ntah.  Pergh sedap aaaa nasi lemak dia, lontong pun sodap. Bila mkn ni, nasi lemak tempat lain dah tak rasa sdp dah....

No comments:

Post a Comment