Saturday, 31 March 2012

Biarlah minggu penuh dugaan ini berlalu


Ni beg yg sy bawak ke sana-sini, bila bukak bungga ni ia akan jadi sebuah beg.
Hari tu nampak ada jual kat Watsons


Salam semua

Minggu ni penuh betul cabarannya...ala pasal kete tu je le dugaan, yg lain best apa.  Dugaan lain tu antaranya ada staf dan pensyarah dari kelantan call nak datang buat lawatan.  Seblm ni ckp nak datang melawat makmal jek + sehari, tapi tetiba nak suh kita buat demo dan run sampel plak + jadik 2 hari.  Aiyo...kalo nak run-run sampel ni ada impact kewangan le kan, pahtu kena tengok staf available ke tidak.  Mungkin kat tempat dorang alat2 canggih ni xde, belajar teori jek jadik tu yang angkut student datang g tempat kami tuh.  Nasib baik le hujung2 bulan dpn datangnya, boleh le prepare apa yang patut.  Heran plak, suka benar orang luar ni cari sy bila hal-hal nak datang melawat ni.  Sebelum ni orang dari riau carik, sape plak rajin kasi no sy nih. 

Hari khamis hari tu ada Profesor Dr. William Balee dari USA dtg kasi talk berkenaan kajian dia tentang suku kaum orang asli Ja Het dan suku kaum org asli Ka'apor dari pendalaman timur Amazon, Brazil.  Kira nak tengok berbandingan antara kaum ni tentang sejarah perhubungan, pertanian, budaya, ekonomi, bahasa dll.  Byk yg sama antara 2 kaum orang asli ni, kedua2nya dok dalam kawasan hutan dan sumber ekonomi adalah dari hasil hutan.  Prof ni sampai boleh ckp bahasa melayu yg simple2.  Satu jek yg dia ckp org asli dari brazil tak sama, iaitu ULAM2MAN.  Org asli Ja Het ni suka mkn ulam2man, tapi istilah dan cara hidup ni tak ada kat org asli Brazil.  Eeee....org sana tak makan ulam le kiranya kan.  Tak best nyer!!!  :)  Ada dia ambik gambar tampi yg dibuat dari buluh tuh, prof ni ckp dia pernah tengok hasil kajian barat pada awal kurun ke 20 yg menunjukkan rupa tampi yg sama.  Org brazil pun ada buat tampi ni jugak, rupa jek lain skit.  Org putih ni begitu tertarik pada cara hidup tradisional ni dan mahu ia dikekalkan, sampai prof ni ckp dia tak ajar dorang walau sepatah pun ckp english. 

Minggu ni relaks skit coz tadak sape nak guna IC, minggu depan ada 3 orang nak guna.  Selasa dan rabu ada demo Agilent spectroscopy.  Best gak ada alat canggih2 nih, kali ni demo jek bukan kami beli lagi,company saja je nak promote barang dia.  Harga pun tak mahal sgt tapi detection limit dia kurang skit dari mesin yang kami ada sekarang.  Semalam sempat menyibuk kat kelas amali kat makmal sebelah.  Macam pernah nampak muka budak2 ni, rupanya dorang ni adalah budak2 yang sy bawak g ladang babi semester lepas.  Ha...ha..  Nanti kalu sy jadik ikut dorang ke Hulu langat buat kerjalapangan kat sana, akan jumpa lagi dorang ni.  Seronok tengok budak2 muda ni bersemangat menimba ilmu. 


Design dia dah outdated, tapi bantai je le...yg penting selesa dan boleh masuk lab


Tengahari pegi merayau kat Metro Kajang.  Teringat kenangan lama, dulu tempat ni le tempat kami melepak.  Ehhhh..nampak lagi le tapak kaki kami 13 tahun yg lepas!!!!.  Setelah stress macam2, kali ni time shopping plak.  Ada 50% diskaun untuk kasut Alain delon.  Best gak pegi mall yang tak berapa ramai ni coz ada jek saiz dan ada lagi byk pilihan.  Semenjak beli kasut branded beratus2 harganya masa kawin, pahtu pakai 3 bulan je terus rosak xleh pakai...terus sy pencen dari beli sandal ni.  Ntah kenapa malas betul nak beli sandal ke apa sebelum ni sehinggalah ada sorang staf sy tegur 'Puan, kalau pakai baju biru....pakai le kasut biru'. Cisssss....sentap kejap.  Amboi.....ingat mak datin ke apa.  Pokai le kalo macam tu, baju dah le sumer color ada.  Sekarang ni hanya ada 1 sandal high heel dan satu kasut Crocs.  Ala dok terceruk kat makmal ni sape le nak tengok.  Pakai kasut croc lagi selesa..dah le kena byk naik tangga nak naik bukit turun bukit..lagi nak pakai kasut high heel.  Hari tu bawak sebotol asid sulfurik dari pej am ke makmal atas ni pakai high heel dah nak pengsan dah sy naik tangga. 

Tak pe...tak pe, dah kebetulan jumpa yang ok ni baik beli jek le.  Walaupun tadak dalam bajet, pejam separuh mata jek.  Lgpun kasut ni selesa pakai dan yg penting boleh pakai ke makmal dan tinggi skit.  Nanti kalau kena tegur atau ckp ngan student, nampak le tinggi skit.  Dah le sorang pensyarah penah tegur 'Walaupun kamu kecik, staf kamu besar..kamu jgn takutkan dorang Bahiyah...bla...bla...bla'.  Aduiiiiiii............  Nantilah sy jadik garang dan ganas skit.

Pergi Metro Kajang semalam dengan anak buah 19 tahun.  Sy beli kasut dan dia beli sandal. Anak2 buah sumer dah besar, ada pilihan masing2, adacitarasa.  Kadang2 nampak sangat jurang perbezaan zaman antara kami berdua...terasa diri dah tua plak.  Nanti harapnya anak2 kami pun akan pandai jaga diri, jaga maruah dan ikut ckp ibu bapa.  Bila dengar pasal anak2 remaja sekarang ni couple2 dan lari ikut boyfrend, ia sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan di hati.  Betapa besar cabaran mendidik anak-anak zaman ini.  Kata orang, nak lihat ibu bapa ok ke tak....tengok pada anak2nya. Hhhmmmmm....


Antara beg yg ada..............


Sekarang ni sy dah jadik baik skit, kalau nak pegi sana sini bawak beg sendiri.  Keculilah barang basah.  Seboleh yang mungkin pakai beg sendiri. Kalau beli yang ciput2, masuk dalam beg jek..tak kisah sabtu ke hari biasa.  Jadik kengkawan, jagalah alam sekitar kita yea. Yg mana boleh recycle, kita recycle.  Asingkan sampah dapur dari sampah yg boleh recycle.  Bawa beg sendiri kalo nak pegi pasar malam ke pasar raya ke.  Ala..byk jek sekarang beg yang boleh lipat2 dan boleh masuk jek dalam beg. :)

Terima kasih sebab sudi singgah ke blog sy. 

No comments:

Post a Comment