Saturday, 17 March 2012

Ayam Organik jenama KAMI SAKURA



Salam semua

Tadi jalan2 kat sogo nak beli barang tetiba ada promotor perkenalkan ayam organik jenama KAMI ni. Ladang dorang kat Pontian dan dibawa KL naik kapal terbang lagi.  Sikit punya eksklusif ayam ni.  Tadi beli harga dia RM18 seekor, seekor dalam 1.5-1.7kg.  Dia tak ada jual potong-potong, dia jual seekor.  Kalau nak minta potong, macam biasalah g byr dulu.



Yang istimewanya ayam ni makan yogurt yang dicampur dengan makanan ayam.  Lepas tu umur ayam ni jugak 40 hari, difahamkan ayam yang biasa tu 20 hari jek dah sembelih.  Padan le lain macam jek ayam biasa tuh rasanya.

Hubby lebih suka ayam organik.  Tapi seblum ni tak penah plak try beli ayam organik.  Sekarang ni sedikit demi sedikit bertukar kepada organik ni.  Sayur pun dah mula beli yang organik.  Asyik dengar hubby kutuk2 sayur cameron highland jek, mana leh tahan.  Bila dia mula bising, sy mula le aktivitti mencucuk hubby, sy ckp "sbb tuh le kita kena beli umah bawah bie, supaya nanti kita boleh tanam sayur sendiri'.  Terus suamiku itu diam.  Dia lebih suka dok umah atas sebab ada security dia ckp.  Semenjak bujang dia dok umah bawah, ni dia teruja le dok tingkat 17 nih.  Selesa benar bagi dia tak payah nak fikir nak potong rumput kat laman umah.  Try le ayam ni, ikut ckp salesgirl tu isi dia merah dan kalau buat sup rasa dia lagi manis.  Ayam ni hanya dijual kat Sogo dan KLCC saja buat masa ni. 

Baru jek saya siap potong ayam ni.  Mmg baguslah ayam ni coz kurang lemak dan isi dia pejal macam ayam kampung.  Kalau ayam biasa, lemak dan kulit dia teramat le byk sampai kadang2 1/4 dari berat ayam.  Ayam ni ada lemak tapi sikit jek dan mudah nak dibersihkan, lepas tu kulit dia tak byk lapisan lemak.  Kurang bau hanyir.  Organ dalam dia dah dibuang oleh pihak kilang, jadi potong2 biasa je le.  Kat sini saya letak risalah pasal ayam ni yek.  Selamat mencuba....



No comments:

Post a Comment