Saturday, 18 February 2012

Soto Sipitang: Apa istimewanya


Soto, mi dia bukan bihun tapi besar skit saiznya dari bihun

Salam semua

Hari ni dok sorang-sorang tak tau nak buat apa.  Semalam masak nasi lemak pun makan sorang2 jek.  Malam baru le orang sebelah ni ada.  Malam pun tak masak, makan nasi lemak tengahari tadi jek.

Hari ni dah kehabisan idea nak tulis blog.  Jadi tiba2 terfikir tentang makanan kegemaran saya bila balik Sipitang. Soto ni bukan le semestinya ada kat sipitang jek, kat area pantai barat sabah ni senang je nak jumpa.  Mesti kengkawan tertanya2 kan apa beza makanan di Sabah dengan semenanjung.  Perbezaan memang ada, saya pun jarang masak masakan sabah kecuali saya sorang2 kat umah coz orang sebelah ni tak berapa sesuai ngan selera dia.  Tapi pelik kalo balik Sipitang, dia makan je apa yang family saya masak.

Hari ni saya nak perkenalkan tentang makanan kegemaran saya iaitu SOTO.  Soto kat sabah lain tau ngan soto kat semenanjung, jadi bila pegi sabah jangan confuse.  Kat sabah, soto yang dimaksudkan ada lah MIHUN SUP kat semenanjung.  Biasanya ada beberapa jenis soto iaitu soto daging, soto jerubut (perut), soto ayam dan soto campur. Kekadang ada yang letak santan tapi biasanya tak letak santan.  Kat bawah ni adalah soto favorite saya yang terletak kat tepi pantai, kat belakang KFC sipitang.  Nama restoran tuh adalah Restoran Jimat.  Selan menu soto, menu lain yang best adalah roti canainya yg lembut dan mi basah.  Owner restorent ni orang kampung saya.  Mmg tempat ni sentiasa penuh dan kalau nak jumpa orang kg saya kat sini le dorang salu makan.  :) 

Satu lagi lokasi favorite saya adalah kat Restoran Malaysia ke apa nama dia.  Terletak kat Beaufort.  Bukan kat pekannya tuh tapi yg seberang jambatan tu yang menghala ke Sipitang.  Nampak tak petronas kat tepi jalan tuh?. Kedai ni kat deretan kedai yg mengadap jalan utama tu, iaitu deretan kedai sebelum petronas tuh.  Setiap kali balik sipitang mmg akan singgah restoren ni. Hubby mula2 confuse sebab nampak kedai ni macam kedai makan cina, sy pun terfikir jugak. Tapi abg saya pernah jumpa owner restorent ni, geng mancing le katakan.  Owner dia cina mualaf manakala isteri dia keturunan cina muslim.  Biasa le kat sabah kan byk kawin campur.  Jadik jgn was-was ok.  Antara menu lain yg best teramat adalah kuih bom (petang jek ada), umai dan pau. 

Kat sabah biasa dorang akan letakkan kicap, cili, cuka etc dalam bekas atas meja.  Jadik kita boleh letakkan le rasa ikut citarasa kita sendiri.  Bila datang ke sabah kengkawan, jangan lupa singgah ke tempat ni. 

3 comments:

  1. Sedapnya Bai...mihun tu mcm laksa pon yer kan? penah jumpa mkn mee sarawak dorang guna mee mcm mihun tp bukan, nk kata laksa pon bukan...haha..btw, kalau g sabah ni Bai, mana lg best amik flite ke KK ke Tawau?? ada yg kata KK dh outdated, Tawau lg happening dr segi sight seeing + foods + pulau??

    ReplyDelete
  2. Itu namanya laksa sarawak...ada rempah dia jual kat sarawak. Kawan bai guna mihun, pahtu campur ayam + udang etc. Amboi kaksu, korea tak settle lagi dah plan nak g sabah ke?. Ke..ke...ke... Sebenarnnya bai tak penah lagi g Tawau(malu...dah pusing2 dunia tapi negeri sendiri tak abis round!!!) kaksu tapi family bai, dorang suker g Sempoerna dan stay kat hotel yang atas laut tuh, sesuai tuk kaki pancing. Tawau pun ok gak...

    ReplyDelete
  3. hi Bai...SOTO(restoran Jimat ) & kuih bom (restoran Malaysia)is my favorite too :-)

    ReplyDelete