Wednesday, 29 February 2012

Sorong papan tarik papan


Salam semua

Ni adalah lipstik yang saya dapat semasa ikut sesi brainstorming hari tuh.  Ada sorang kawan kat pejabat yang ajak dengar tentang produk kesihatan.  Saya macam dah rasa ini mesti ada kaitan dengan MLM.  Jadi saya awal-awal tanya ngan kawan tu samada kita akan dipaksa beli produk ke tak.  Kawan tu ckp tidak...jadik rasa lega dan baru le nak ikut.  Nasib baik kawan ni ok dan tak de le pujuk rayu kita supaya join dorang.

Sebenarnya saya ada pengalaman yang akak hitam dalam business mlm ni.  Ada 1 masa tu sorang student ada call ckp nak datang umah saya.  Saya time tuh masih bujang dan jarang ajak orang dtg rumah kecuali teman rapat, dgn jiran2 pun tak campur sgt coz saya tak nak dorang tahu saya duduk sorang2 kat umah ni. Rasa pelik jugak kenapa nak datang dan sy tanya nak datang untuk apa.  Dia macam mengelak2, tapi saya masih bersangka baik le kan, ingat dia boring dok umah, jadik saya pun kemas2 umah dan buat air bagai.

Sekali dia dtg ngan sorang perempuan dan rupa2nya dorang nak promote tuk joint Mlm ni.  Sy mmg tak minat business macam ni dan saya tau kalo saya joint mesti membazir jek.  Sebenarnya orang yg sama pernah dtg umah saya dulu sebelum saya pindah umah sendiri.  Masa tu ada housemate lain ada sama jadik saya boleh le mengelak2kan dan sy pun menolak dengan baik, jenuh fikir alasan masa tuh coz dorang ni jenis akan pujuk2 kita.  Tapi sy mmg kaksu penah ckp jenis yang takkan mengalah dengan mudah.  He...he. 

Semasa dia dtg umah saya ni mmg sy dok sorang, jadi nak tak nak kena le layan.  Kalau dulu sy saja cari alasan nak g tandas le, main henpon le coz bosan.  Ya allah, kali ni mmg menguji kesabaran betul.  Sebab dorang ada 2 orang dan saya sorang2.  Masa ni rasa frust pun ada coz ingatkan orang dtg umah sbb nak jumpa ke apa.  Hampir 45 minit dorang memujuk + mendesak tuk jadi ahli, saya menolak dengan baik.  Siap tunjuk cek bank dan business plan lagi.  Saya ni bukan apa, dah sy mmg tak berminat.  Setiap alasan yang saya lontarkan dari mulut sy, hebat dorang menangkis dan mengoffer saya seperti dapat duit byk dan dapat pakej melancong percuma.  Kebetulan saya pun dah byk pegi keluar negarakan, silap besar le dorang, tempat yang dorang nak pegi tuh saya dah pegi.  Pasal duit plak, mmg le sumer orang nakkan duit tapi saya ni bukan le mata duitan sgt.  Gaji saya pun syukur masih cukup lagi tuk belanja harian, shopping + menyimpan (masa tu le kan).  Saya hampir marah dan mmg muka saya dah berubah bila didesak2 begitu.  Terasa nak campak je dorang dari tingkat 17 rumah saya ni.  Lama2 sama bertegas yang sy mmg tak nak dan bagitau yg saya nak keluar.  Masa tu sy mmg ada hal kena keluar ke Shah Alam dan sy sanggup tangguh masa disebabkan nak layan tetamu.  Dorang pun balik dengan hampa.  Kawan pun kawan jgk tapi sy pun ada pendirian saya sendiri.  Saya sedar, kawan sejati takkan memaksa kita buat benda yang kita tak suka kan.

Berbalik pada seminar yang saya ikut hari tu, mmg produk Mlm yang sama.  Tapi syukur sbb kawan ni ok.  Cuma bila sampai ke sana kita mendengar cerita2 pengalaman orang yg dah berjaya.  Saya jugak kagum dengan kejayana mereka ni.  Yg bagusnya join program macam ni, ia akan ajar kita cara nak berkomunikasi dlam kelas2 yang dorang adakan.  Secara tidak langsung ia akan meningkatkan tahap kemahiran kita berkomunikasi dan keyakinan diri kita.  Selepas tu kami dapat lisptik free.  Dengar khabar malam dan esoknya ada lagi program dan ada byk lagi souvenir nak kasi.  Sebelum makan tu ada le sesi sembang2.  Di mana kita akan dikumpulkan dalam kumpulan kecil dan ada wakil Mlm tu akan borak2 sambil ajak kita jadik ahli.  Masa tuh sy mg dah cuak dan dapat agak strategi dorang.  Nasib baik tak lama coz kami kena masuk offis lagi.  Dalam 10 minit perbualan tu agak memeritkan bagi sy tapi saya dah agak matang nak bersoal jawab dan dalam masa 10 minit tu adalah 3 kali saya disuruh isi borang.  Seperti biasa saya menolak dengan alasan tak berminat.  Selepas tu makan nasi arab yang disediakan dan balik ke opis buat keje balik yang agak menimbun.

Bagi saya barang2 Mlm ni mmg berkualiti sesetengahnya tapi yang membuatkan sy berfikir panjang adalah harga yang ditawarkan tu tak fit dengan bajet saya.  Kalau mmg kita nak beli produk tu, lebih baik jadi ahli coz kita akan dapat sehingga 25% diskaun.  Bagi saya pulak, produk tuh sy tak mampu beli, xada keperluan dan tak minat pulak untuk business, jadi apa perlunya saya byr Rm68 untuk ahlikan.  Kebetulan pulak, my hubby mmg tak galakan saya sertai business macam ni.  Ngam le jugak ngan saya yang tak berminat ni.  Saya harap tak ada yg berkecil hati dengan entry sy ni.  Sy bukan menentang Mlm tapi cuma berasakan ia tak sesuai untuk saya.






No comments:

Post a Comment