Tuesday, 28 February 2012

Servis kereta WMB


Salam kengkawan sumer

Hari ahad lepas pegi servis kete kat workshop kat atas ni.  Semenjak dah hampir 8 tahun drive kete wmb ni, tak penah g servis kat tempat lain selain kat kedai atas ni atau kat proton edar.  Pusat servis proton edar ada dekat jek ngan umah tapi agak susah coz kena plak buat appointment dan kena tinggal kete kat situ plak.  Dah sumer kengkawan keje, sape nak ngantar kita g tempat tu yea tak, dulu tempat tu susah nak dapat teksi, sekarang ni nampak dah ok le tempat tuh.

Ni business orang melayu dan nampak tempat dia ok.  Rasa selamat le dok tunggu pun, dorang pun baik.  Bila nampak customer jek terus tanya nak apa.  Lepas tuh terus buat kete kita.  Tak sampai setengah jam dah siap.  Biasa kalo g tengahari saya pegi makan sup meletop dulu sambil2 tunggu.  Senang jek nak g tempat ni, kalo dari mrr2 dari bandar tun razak, akan nampak shell kat belah kanan lepas flyover nak ke lrt salak selatan tuh, kat shell tuh ambik kanan, jumpa simpang lagi ambik kanan dan terus menghala ke traffil light.  Kat traffic light ambik kanan dan tak sampai 10 meter dari traffic light tu ada simpang ke kiri, terus sampai jumpa workshop ni. 

Ok..kengkawan kalo nak servis kete boleh le try tempat ni k.  :)

No comments:

Post a Comment