Tuesday, 28 February 2012

Sape nak beli rumah impian?

Salam semua

Terima kasih sudi singgah ke blog ni.  Kadang2 blog ni le yang menghubungkan kita yek. Dah windu ngan kengkawan, bukak le blog dorang coz nak jumpa bila masa ntah.  Kepada yang tak kenal saya tuh, salam perkenalan le yea dan terima kasih banyak.

Ada sape2 tengah survey rumah tak.  Ada 2 pamphlet yg ada kat rumah ni. Kami mmg tengah kumpul duit gila2 untuk beli umah ni tapi dalam 2-3 nanti baru le boleh kot.  Lgpun hubby setiap hujung minggu kena g kelas kat KL dalam masa 3 tahun ni.  Walaupun saya keje kat bangi tapi hubby keje kat subang, kesian plak dia kalo kami dok bangi.  Oklah kengkawan saya letak gambar2 rumah2 ni yek. Yang pertama:



Rumah teres 2 tingkat kat semenyih, berdekatan dgn IKBN institute.  Tapi yang tak bestnyer sebelah dia Gallery park industrial park (ni kilangkan?)



Ok, sape-sape yang berkenan boleh call org ni.

Rumah kedua ni plak super-kondo kat Puchong (Bandar Bukit Puchong):

:
Rumah ni sangat luas, 2x ganda kondo kami ni.  2,415sqft ok, harga RM590k ke atas.  Bapak punya luas, anak cucu cicit, moyang sumer leh duduk umah ni.  Bila mengenangkan jenayah yg salu kat umah teres ni, rumah macam ni macam jadi trend plak.  Buat yang pjj + suami salu outstation tuh, mmg sesuai rumah kondo coz lebih safety.  Tapi rumah ni sesuai untuk duduk kot coz tak tau sewa boleh cover ansuran bulan2 ke tak. 

Ada 3 bilik tidor + 1 bilik maid + bilik study + 5 bilik air (buat apa le byk2 bilik air!!)


Ruang tamu yang luas + dining room

Ok kalo berkenan boleh call.  Jgn lupa survey dulu kredibility developer nih. 

Melabur dalam hartanah ni bagus coz harga makin naik.  Terpulanglah kepada anda semua.  Tapi bagi saya memang berbaloi beli rumah.  Tak kisah le kecik ke besar ke, yg penting ada rumah sendiri.  Dari beli kete besar2, lebih baik beli rumah besar-besar :) .  Tapi nak beli rumah ni kena survey2 dulu dan kena ada cash money banyak.

Kami pun tengah simpan duit untuk rumah impian.  Dah dok umah tinggi ni tetiba plak nak cari rumah bawah.  Walaupun hubby tak suka rumah bawah coz dari segi safety dan maintenance katanya.  Tapi sekurang2nya ada le sebijik jugak rumah bawah kan.  Dah le isterinya ni suka menanam..hmmmmm.  Dengan kos hidup yang makin naik di bandar besar ni, ada baiknya tanaman asas masakan di tanam sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan dapurkan.  Mana tau nanti dah tua2 tak larat dah nak naik2 lif ni, sekurang2nya ada le rumah rendah tak payah naik tangga. 






No comments:

Post a Comment