Sunday, 26 February 2012

Penjajahan zaman moden?

Salam semua

Ni bukan blog politik tau!!. Tapi saya nak menyatakan pendirian saya tentang kes kilang lynas yang heboh diperkatakan sekarang ni.  Saya hanya orang biasa, sy berpendapat kilang macam ni tak sepatutnya diletakkan di negara kita.  Kenapa isu ini baru berbangkit, walhal kilang ni dah mula dibina dah lama dah.  Operasi kilang ni mmg tak bahaya tapi yang sumer org dok risau adalah hasil buangan dari operasi kilang ni yg akan hasilkan bahan toksik yang merbahaya.

Saya harap sumer orang mengambil iktibar dari bencana loji nuklear di jepun.  Ingat beberapa tahun yang lepas, bila negara kita mula berminat nak mengambil langkah setapak ke hadapan untuk bangunkan loji nuklear.  Ada pakar tempatan yg menyokong usaha ini dengan alasan peratusan kebocoran adalah sangat rendah, pendirian mereka untuk lynas ni jugak nampaknya sama.  Walaupun kebocoran kat jepun tuh hanya berapa peratus tapi cuba kita lihat kesan dari kebocoran ni?.  Saya pasti jepun juga punya pakar nuklear yang sangat ramai, yg cerdik pandai.

Sebagai org yang dah pegi beberapa tempat di negara kanggaro, saya tak rasa tanah menjadi masalah.  Lihat saja perjalanan dari Gold Coast ke Brisbane tu yang penuh dengan gurun yang dipenuhi semak-samun saja.  Bukan kan lebih sesuai dibina di negara itu saja?.  Kenapa nak bina kat negara kita, sedangkan end produknya untuk negara kanggaroo tu jugak kan?.  Di negara dorang pandai pulak, beratus2 hektar tanah dibuat ladang anggur, selembah tu saja untuk ladang anggur saja.  Tak termasuk ladang ternakan lagi tuh dan banyak lagi tanaman dan ternakan bumi kanggaro tuh dieksport keluar.  Semasa saya di sana, mmg susah nak tengok kilang?.  Kenapa agaknya?.  Sebab dorang begitu menjaga negara dorang.  Byk produk2 yang tak boleh bawak masuk ke sana.  Kena beratur berjam2 untuk dorang belek2 dan periksa satu-satu brg dalam beg kita. 

Yg menjadi isu nya lagi bila isu ni dipolitikkan.  Bagi saya mmg peranan pembangkang adalah untuk mengkitik dasar kerajaan yang difikir tidak baik.  Jadi, pembangkang tak semua nya salah dan begitu jugak sebaliknya.  Ya Allah, lindungi le kami dari perkara2 yang buruk.  Bagi saya banyak lagi industri yang boleh kita majukan yang kesannya kurang berisiko.  Fikirkanlah tentang generasi kita akan datang.  Bumi ni amanah dari anak-anak kita. 

No comments:

Post a Comment