Saturday, 18 February 2012

Lokan bakar di Salut, Tuaran Sabah



Salam semua

Pernah makan atau dengar tentang lokan bakar?.  Kat sabah lokan masih senang di dapat terutama di area kampung saya.  Lokan ni berat jadi dia dijual by longgok.  Dalam selonggok tuh dalam >15 bijik kot harganya dalam RM10.  Biasanya kami kopek 6-10 bijik lokan ni dan masuk dalam sayur saja.  Jarang nak masak lokan alone saja  coz lokan ni berair dan airnya ditapis dan masuk sekali dalam sayur.  :)

Semasa balik kg hari tuh, kami dalam perjalanan ke Tuaran lalu jalan depan UMS tuh, jadik sempat singgah kat Salut makan lokan bakar nih.  Ni kira first time le saya g makan kat sana tapi family saya selalu singgah.  Kat Salut ni, gerai2 yang jual lokan bakar ni byk ditepi2 jalan.  Selain itu ada jual jeli kelapa yg sangat sedap.  Selain itu gerai2 ni ada jual jugak makanan order2 macam mihun goreng, mee goreng, soto dll.  Harga dalam gambar ni RM12 sumernye.  Lokan dihidangkan dengan  penciciah dan limau. Nampak byk tapi sikit je sebenarnya, tak leh byk2 nanti boleh muflis kakaknya ni asyik kena pau....

Mula2 sampai gerai tu kita pilih le lokan tuh dulu, dia letak berlonggok2 ikut saiz kat depan gerai.  Lepas pilih kita duduk dan dorang akan bakar kat belakang gerai.  Kat sini jugak kita boleh minum kelapa fresh.  Salut ni sebenarnya berdekatan dengan pantai tapi tak nampak pun pantai dari jalan raya.

Ok, kepada kengkawan yang dtg sabah dan tak tau nak pegi mana tuh, boleh le pegi try lokan bakar ni yea.  Selama saya pusing2 kat KK, tak jumpa lagi org jual lokan bakar.  Kat Sipitang jual lokan jek, tak ada jual lokan bakar. :)

Terima kasih sudi baca blog saya!!!

5 comments:

  1. Salam, tima kasih sudi bercerita psl lokan bakar nih... tgh survey info psl kk, trus minat nk follow blog awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zura, Sabah ada byk tempat menarik yg setaraf dgn tempat percutian luar negara!. ;-)

      Delete
  2. memang se3dappp...dah pernah cuba dah...tq bloger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sri, sedap kan?. Mmg tak cukup sedulang. Sy pun nak pergi lagi kalo balik KK nanti. :)

      Delete
  3. memang se3dappp...dah pernah cuba dah...tq bloger.

    ReplyDelete