Monday, 20 February 2012

Hanyut dalam dunia ku sendiri

Salam semua

Saya ni mmg termasuk dalam kategori orang yang suka membaca.  Kalau saya jumpa buku, saya akan baca dari kulit ke kulit.  Dah tak peduli dah ngan orang sebelah menyebelah, kira dunia ni hanya saya dah buku je yang ada.  Baru-baru ni ada pensyarah yang letak buku kat ruang tamu bilik kami nih.  Sebenarnya ruang tamu ni khas untuk penghuni bilik2 ni saja, kira insan terpilih je le boleh lepak2 sini.  Dan ruang ni kami kunci kalau sumer org dah balik.  Jadik kira selamat le letak buku2 nih kat sini.  Maling insyallah tak leh masuk.  Hari tu ada kes LCD dicuri maling kat bilik mesyuarat dan bilik seminar.  Hhmmmmmm dah tak cun dah bilik mesyuarat kami tuh.  Sape le yang jahat sgt g curi LCD tuh, ni kan universiti tempat anak bangsa kita diberi didikan peringkat tertinggi.  Mereka2 inilah yang guna kemudahan ni dan mereka ini juga yg akan menjadi pemimpin di masa akan datang.  Semenjak itu, kami agak berhati2 dan menghadkan access dari orang luar.

Ruang membaca yang selesa

Teruja membaca penemuan saintis2 nih... Moga khazanah alam yang ada di Bukit Fraser dapat dipelihara dan hasil kajian ini memberikan manfaat kepada semua.

Hebatnya Dr. Burhanuddin ni kan.  Susah dah sekarang nak cari seorang yang hebat ilmu agamanya dan pada masa yang sama hebat dalam bidang lain jugak


 







 

2 comments:

  1. Office baru best nya!!
    bila la saya ada can nk lawat k.bai..hehehe..
    take care k.bai..

    ReplyDelete
  2. Yep...itu baru ruang tamu, belum bilik lagi!!!. Ha..ha..ha..dtg le. Jumpa minggu depan. :)

    ReplyDelete