Friday, 24 February 2012

Hampir 108 purnama berlalu baru le ada


Syukur alhamdulilah atas rezeki yang Allah kasi

Zoommmmmmm plz..............kat belakang tuh ada tanah sekangkang kera dan ada pokok baru tanam.  Cepat2 le besar pokok tuh. Pekerja indonesia yang potong rumput suka benar lepak kat belakang ni sambil bukak2 baju lagi.  Eeeee...terus sy cabut. 


Salam semua

Hari ni nak tempek gambar bilik plak, hari tu letak gambar sofa depan pintu bilik.  Saja jek.  Setelah hampir 9 tahun keje kat universiti ni, baru le merasa ada bilik sendiri.  Ehhh...sebelum ni xde ke.  Jawapannya TAK DE OK.

Dulu masa mula2 keje, dok ngan staf admin dlm satu bilik yang besar skit dari bilik sekarang ni.  Tak lama selepas bos baru masuk, dia plak halau sorang pegawai dok ngan kami pulak.  Coz dia nak ambik bilik pegawai tu, ingatkan dia nak duduk, rupa2 sekali dua jek dia guna dalam setahun.  Dah tak de sofa kat bilik kami dan jadi separuh sardin.  Tapi dok ramai2 mmg best.  Kami mula le memasing buat hobi yang ntah apa2 ntah.  Kami bela ikan gapi le kat meja, memasing ada mangkuk besar isi ikan sendiri.  Pahtu sedih bila ikan mati.  Beli sepasu pokok keladi dan letak kat tepi mejalah, beli fountain air terjun pas 2 minggu dah rosak.  Itu tak termasuk menghias meja memasing.  Letak cokelat dan gula2 kat meja.  Ada sorang kawan ni tak reti nak menolak, satu hari tu ada sorang salesman jual minyak wangi tiruan.  Kami dok dalam bilik tu mula2 3 orang, lepas tu saya dan sorang lagi kawan mengelat dan senyap2 tinggalkan sorang lagi kawan kami tu layan salesman tuh.  Ha...ha...ha..

Kami juga aktif anjurkan conference dan selalu dikunjungi doktor2 muda yang handsome2.  Ada kawan saya ni minat sgt kat doktor muda yang masih bujang ni, satu hari doktor ni dtg nak hantar borang, kawan saya ni yg entertain...oleh sebab kehenseman doktor ni menyebabkan kawan saya ni nak pitam dan nak tumbang, nasib baik ada mesin fax kat belakang dia...kalau tak dah pitam agaknya.  Kami ni lurus bendul agaknya, dari ramai2 tu xde plak yang sangkut.  Mana tak nya, yg suke kacau2 kami sumer nyer samada dah kawin, ada masalah rumahtangga atau tak hensem!!!.  Ada sorang doktor tu hensem sesangat, tetapi lama2 dengarnya dia kawin ngan sorang doktor yang baru bercerai...kwang..kwang.kwang.  Hhmmmmmm....Kami agak popular le masa tuh + nakal, salu deal ngan pensyarah muda + tua.  Ada jugak sorang staf yang tak berapa nak hensem yang salu deal ngan saya.  Kawan saya ni salu gosip2 dia ngan saya tapi saya mmg le xnak kan walaupun tadak boyfrend lagi masa tu tapi mmg xberkenan kat dia (jahat nyer!!!).  Tetiba mamat tuh call offer nak tengok wayang ngan kawan sy ni, punya le kelat muka kawan saya ni lepas letak phone tuh...kami terus gelakkan dia sampai guling2 kat sofa.  Byk citer lucu masa dok kat tingkat 1 dulu, nanti kalo ada masa sy citer k.

Bila pindah ke 1 institut tu, kami sumer terpisah coz sy je sorang g institut tu.  Kat situ pun lagi le malang, kami terpaksa menumpang kat kubikel wad pulak.  Minta partition pun bos tak bagi...apa le malang.  Bila opis baru siap renovated, kami dapat 2 orang sebilik tapi tak lama coz ada pensyarah masuk.  Kami disuruh dok bilik besar skit dari bilik sekarang tapi kena dok 4 orang.  Masa ni walaupun dok 4 orang tapi best sgt coz dapat geng sekepala.  Pepagi dtg keje masing-masing bersosial dulu.  Bilik kami macam bilik ahli mesyuarat tingkap plak...jadi port time pepagi dan time nak balik.  Coz kalau berborak kat luar nanti kena warning.  Bukan setakat jadik port staf tapi student pun suke melepak sama.  Tak pernah nak sunyi bilik kami, sentiasa terbuka untuk semua.  Kekadang dorang saja je ketuk atau just menskodeng dari cermin pintu bilik kami.  Ada satu sofa single seat kat situ yang jadi favorite sumer orang.  Kekadang nak dok situ samaada nak discuss atau just duduk pun kena queue!!!.  Kalau nak apa-apa mesti ketuk bilik kami dulu, lapar ke, nak ubat ke, tengah sedih ke, tengah tension ke, barang hilang ke, nak p*d ke, minyak angin ke, cari orang ke...bilik kami mmg popular!!!.  Walaupun orang yg dok dalam bilik tu asyik berhenti jek...tapi syukur orang yang dok situ sumer best. 

Sampai le saya dah pindah opis lain.  Kegemilangan bilik kami dah berkubur sebab dari 4 orang dah tinggal seorang saja lagi yang tinggal.  Yg lain dah gone!!!.  Yang seorang telah dihalau dan sekarang meja dia kat koridor opis. 

Kat bangunan baru ni, kami 2 pegawai kat sini kira macam penjaga bangunan le plak, tukang pegang kunci sumer pintu.  Oleh sebab yang sorang lagi selalu pegi outstation, sy le yg selalu kena carik.  Kejap2 ada orang it dtg, kejap2 ada orang nak servis fume hood, pasang letrik, org company dtg, org nak tukar lampu, org jpp dtg check itu ini pahtu senyap..opsss, kejap2 ada orang cari nak bukak pintu itu ini, student cari suis tetiba mati, tandas bocor, cleaner plak tertinggal brg kat dalam stor, bila staf makmal outstation mmg student akan cari.  Itu adalah beberapa pengalaman yang rutin. Adoiii...mmg tak leh tinggal lama bilik nih.  Sib baik makmal kat bangunan satu lagi tuh kira dah ok. Staf plak terpaksa dibahagi 2 sebab ada 2 bangunan sekarang ni.  Sekarang kena fokus kepada bangunan baru nih plak tapi pada masa yang sama bangunan lama pun kena pastikan beres gak dan lepas ni kena jaga alat plak.  Bilik sumber lagi nak jaga.  Terasa  8 jam tak ckp nak buat keje, berlari ke sana ke sini.  Jaga staf pun dah cukup pening. 

Caiyok...caiyok...tapi tak pe coz dapat bilik cantikkan...:)  Walau pun penat tapi bila masuk bilik terasa tenang, moga Allah akan membuka pintu rezeki dan merahmati hidup kita semua.

No comments:

Post a Comment