Saturday, 21 January 2012

Balik Sipitang CNY: Pulau Manukan, Mamutik & Sapi



Selepas beberapa ketika baru le hubby nak g balik kg time cuti raya cina ni.  Sib baik dapat tiket free, boleh le book lewat, itu pun ukm yang bookkan ok.  Balik kg 21hb dan balik semula ke KL 28hb, ok le. Tak byk aktiviti kat kg coz dok 3 hari jek kat sipitang.  Yg bestnyer g tamu beli durian, g kutip durian ngan hubby n anak buah, g kutip cili kat ladang kelapa sawit.  Ada durian yang isi dia kuning, nama dia Durian Kuning Bunga Simpur...mmg sedap dan lemak.  Tak jumpa lagi kat semenanjung durian ni.  Ada byk spesies duriang kuning ni, ada isi kuning, oren dan merah.  Ciri2 utama durian kuning ni lemaknya tuh yang membezakan dari durian biasa selain rupa, bentuknya yang unik.

Kat kg saya bukan musim durian tapi kawasan2 yang berhampiran ada.  Sempat le jugak kamu g ambik rambutan kat dusun mak saya kat kampung sebelah.  Dah sempat le jugak saya menebas semak2 dan membaja pokok manggis saya.  Kesian kat dusun saya tuh, tuan punyanyer kat kl mana le nak terjaga.  Tapi durian2 kuning, cempedak, tarap mmg subur2 jgk le.  Tampoi nya tiap tahun berbuah, jadi mknan burung dan monyer jek.  Sedih pulak rasanya...nantilah kalo ada masa free lagi boleh balik.  Dah jadik macam hutan rimba plak nampaknya...xpe membanyakkan oksigen kat bumi.  :)

Selepas tu kami pegi KK dan merayau2 kat sana.  Seharian kami berpusing2 kat kk dan beli barang2 kiriman kengkawan. Pegi jugak ke Suria sabah dan makan ikan bakat kat pasar philipin.  Kakak ipar saya ckp ada tempat kat berdekatan jugak yang bagus tuk makan ikan bakar.  Tapi agak mahal le, kami makan ikan merah, sotong, udang dan set latu dlm RM42 tuk 2 orang.  Ikan dia pun tak fresh sgt.  Hu..hu...hu..



Kat KK ni saya suka beli ikan Langkunis, serupa tuna kat pasar KK.  Ikan ni sedap, isi dia macam tengiri tapi lagi sedap.  Rasanya kat semenanjung tak ada ikan ni.  Sedap buat gulai kari etc, fresh jek...dalam RM7/g.  Tapi ikan ni besar2, mungkin seekor dalam 2-3 kg atau lebih.  Tapi ikan ni mmg favorite saya.  Kalau anda berpeluang g KK, g le beli ikan ni.  Sirip dia ada color kuning skit.  :)

Sempat pegi Taman Tunku Abdul Rahman.  Kami ambik pakej ke  pulau.  Kalau nak pegi naik bot ke taman ni kena naik kat Jeseelton Point berdekatan dengan Suria Sabah.  Kami naik bas bandaran kat stesen bas dan turun kat Jeselton Point, kena tanya conduktor bas kat plaza wawasan tu nak naik bas yang mana ok.  Sampai kaunter, kami beli tiket RM42 untuk pegi ke Pulau Manukan, Mamutik dan Sapi.  Sy dah penah pegi Manukan 2 kali tapi hubby tak penah.  Kasi le dia can menerokai keindahan bumi Sabah.  :)



RM42 tu untuk tambang bot je tau, tak masuk google, jeket keselamatan, makan bagai.  Lepas tu kat situ kena bayar jugak RM7.20 untuk terminal feri ni, sampai ke pulau pertama kena by plak Conservation fee RM3 seroang.  Kami sewa goole + jeket keselamatan RM20 untuk 1 set.  Tiket simpan ok coz kalo pegi pulau lain just tunjuk tiket ni jek.  Dari Jeselton Point ke Manukan dalam 20 minit jugak.  Dari situ nampak pulak Mamutik dan Sulug.  Mana pulau Sapi nyer?.  Buat deal ngan org tour tu, jam 11.00 kena tunggu kat jeti untuk pegi ke Mamutik dan jam 12 pulak pegi ke Pulau Sapi, balik ke KK dalam jam 3.00.  Lama skit kat Pulau Sapi coz walaupun kecik tapi Pulau Sapi sesuai untuk snorkeling, kata org tuh.  Kami diminta naik bot.  Makin mahal plak conservation fee ni, rasanya beberapa tahun yg lepas RM1 jek.  Dulu2 pegi Pulau Manukan dalam RM20/head harga untuk bot, lebih kurang je kot ngan sekarang ni.  Bila g 2 pulau plak dalam RM32 untuk bot saja. 
Sampai ke manukan, tak mandi pun.  Style kat sini, mandi le sepuas2nya, lepas tu pakai jek baju basah2 naik bot g pulau lain.  Nasib le sebelum tu kami ada beli bekal, mkn bekal jek sementara hubby ambik2 gambar.  Terus kami pegi jeti balik g ke pulau mamutik.  Tak best skit coz ramai orang coz kat sabah most sekolah cuti seminggu.  Sempat jugak snorkeling kat sini.  Pantai yang bersih, putih tapi kurang ikan, maybe ikan pun takut tengok sikit punya ramai manusia.  Kat sini byk obor2@balung, balung ni bahaya dan beracun.  Bila jumpa balik terus lari g tempat lain. Tapi balung dia agak banyak, elakkan je le dari menyentuhnya. 



Jam 12.00 kami g Pulau Sapi.  Mmg betul Pulau Sapi ni lagi bagus untuk snorkleng, kurang balung.  Rupa2nya pulau sapi ni ditepi pulau Gaya jek. Kecik yang teramat tapi pantai dia putih.  Ikan2 dia pun putih, hampir tak nampak.  Terserempak ngan satu family yang secara sembunyi2 kasi makan ikan, dapat le tengok ikan macam2 color.  Sebenarnya memberi makan ikan tak dibenarkan coz mengubah habitat dan rutin ikan.  Sorry tak sempat nak ambik2 gambar coz hujan, pahtu byk gambar kat kamera hubby.  Dah byk menjijit byk brg, ngan bawak jaket, google lagi, mknan bagai tak sempat dah nak bukak kamera ambik gambar.  Tapi kami makan nasi goreng kat Pulau Sapi RM9, kira ok le.  Nampak ramai orang makan bufet kat khemah tapi tak tau mana dorang tempah, dah le makanan dia nampak sedap2.   

Kalau untuk 1st timer, dicadangkan pegi ke tiga2 pulau le.  Kalau just nak snorkeling jek pegi ke Pulau Sapi.  Tapi kalau ada masa lama g le pulau2 lain tuh coz Pulau Sapi tuh ciput jek, rasanya dlm 300-400 meter je kot dari hujung ke hujung, bahagian lain tak bukak tuk pelawat.  Tua muka dok pulau tuh dari jam 9.00 pagi - 3.00 petang.  Setiap pulau ada keistimewaan masing2 dan agak berbeza.  Semuanya terpulang kepada masing2.  :)  Kul 4 dah tutup dah pulau ni, sumer orang kena keluar dari pulau2 kat taman ni.  Kalau tunggu2 bot tak datang, ikut je le mana2 bot yang ada tuh.  Kang tersadai plak kat pulau tuh sorang2 susah plak.  Nak berenang jauh plak tuh. 

Kul 3 petang balik ke KK.  Pusing2 lagi dan naik bas balik.  Kat KK ni mahal teksi tapi bas dia murah tapi kena sanggup le naik coz bukan bas aircond macam rapid kl.  :)

Apa pun best kat KK, cuma tak boleh nak g Simpang mengayau menunaikan impian hubby coz tadak kete.  Nanti nak g sewa kancil.  Travel agen dan sewa kereta byk kat airpot dan area bangunan sebelum Suria KK tuh.  Nanti nak sewa jek kancil RM110 sehari dan bermalam semalam kat simpang mengayau, next time le.

No comments:

Post a Comment