Tuesday, 28 February 2012

Anggur merah, hitam atau hijau?



Ntah hari tu lepas g servis kete teringin nak pegi giant plak.  Terus ternampak anggur hitam ni, harga dalam RM13/kilo, anggur ni dari india...ntah apa nama dia ntah.  Tapi memang manis le.  Agaknya ini le yang orang salu letak dalam kek tu kan.  Coz dia kecik2 dan amat manis. Memang sedap giler...tak tipu tau!!!.

Semalam pegi ke tesco plak jumpa anggur hijau dan merah ni, aikkkk pehal plak anggur ni murah yek..dalam rm9/kg.  Baru tingat dulu masa g perth, bulan februari adalah masa dan musim untuk petik anggur kat sana.  Kalo kengkawan nak merasa petik anggur kat perth tu, g bulan februari ok...kalo bulan lain nampak pokok anggur jek kat Swan Valley tuh.  Ntah2 anggur ni datang dari sana kot yea...  Tak kisah le, time ni le kan nak makan anggur puas puas.  Anggur ni byk khasiatnya, kami suami isteri mmg suker anggur.  Sy lebih suker anggur dari apple.  Dah rasa apple kat Fremantle dulu tuh, rasa epal beli kat KL dah tak sedap dah.  Patut le hubby ckp dia makan tomyam yang amat sedap kat Thailand, bila makan tomyam kat Malaysia dah tak sedap.  Apple yang hubby beli dari Istanbul hari tu pun sedap gak. Kalo macam ni kena pujuk hubby dok oversee le nampaknya. 

Tapi antara 3 jenis anggur ni, yang hitam tu le yg paling sedap sekali.  Walau pun color dia hitam tapi manis siot. Saiz dia jugak comel2.  Hhhmmmm..yummy!!

No comments:

Post a Comment