Wednesday, 11 January 2012

Office baru semangat baru



Salam semua

Semenjak dua menjak ni sangat le sibuk.  30 Disember 2011 yang lepas settle memindahkan barang ke bilik baru.  Saja je nak mula keje kat tahun baru dari bilik baru. Sebelum ni on off jek kat bilik baru ni.  Nak menggembirakan hati sendiri, melangkah ke tahun baru jek, parking dan masuk bilik baru sepenuhnya.  Rasa lebih best coz bilik sangat luas.  Kat pejabat lama, bilik macam ni punya luas kami duduk 4 orang, itu pun tunggu masa jek nak kena halau.  Sekarang ni dgr khabar bilik tu dah diambik oleh org lain yang dah lama intai bilik tuh.

Dalam ruang ni ada 7 bilik dan saya seorang jek pompuan yang lain ialah pegawai sains dan pensyarah yang semua nyer lelaki.  Semenjak saya pindah ni ramai plak lecturer2 muda ni yg start pindah barang dorang.  Tadi jumpa dorang kat makmal, seorg pensyarah ni ckp 'Bahiyah, bila kamu nak letak tirai kat bilik kamu tuh..segan nak lalu'.  Eeeeee...eeeeh, dorang yg segan kat aku atau aku yang segan kat dorang ni.  Sy jawab 'Dr, sy mmg suker biarkan bilik saya terbuka macam tuh.  Opis baru ni konsep dia sumer kaca.  Jadi dinding tepi pintu sumer kaca...senang pun senang...boleh lihat aktiviti kat luar.  Kebetulan bilik sy mengadap pintu dan sofa tempat rehat.  Dah ada lecture yang tampal kertas putih tuk tutup pun dinding tuh.  Yg best nyer kat belakang ada pokok.  Senang coz staf pun boleh dtg bertandang dan sy pun dengan mudah nyer bertandang kat bilik dorang dalam makmal kat sebelah jek.  Sekarang bangunan 3 tingkat ni saya dan sorang pegawai sains lelaki yang jaga.  Saya terpaksa le jadik ala-ala makcik kepoh kat sini.  Suasana pun sunyi jek coz tak ramai lagi yang pindah.  Yg paling sengsara tipon dan internet tak ada.  Kalau ada apa2 nak guna internet terpaksa le menapak ke bangunan biologi. 

Terasa sangat bertuah dapat bilik ni.  Coz maklumlah, ruang di fakulti ni adalah sesuatu yang sgt sensitif dan jadik rebutan.  Terima kasih banyak-banyak le pengerusi sebab kasi saya bilik ni.  Seronok sgt dapat pindah ke Bangi dan lagi best bila dapat bilik baru yang cantik.  Bila dah melalui macam2 dugaan dalam hidup ini, barulah terasa yang pentingnya kita berkerja dengan majikan yg baik.   Kita menghabiskan kebanyakkan masa di tempat kerja, kalau tempat kerja jenis menyeksakan mmg hidup rasa seperti di atas bara.  :)  Moga dimurahkan rezeki pada masa-masa akan datang.

No comments:

Post a Comment