Sunday, 30 December 2012

Rumahku tak de air


Salam kengkawan

Malam tadi hinggalah ketika ini rumah daku xde air.  Huhuhuhu....

Semlam jam 8 malam sy dan anak buah, Amoy pergi makan lamb chop kat Taman Len Seng.  Balik dalam 9.30 tuh ada le nampak orang lalu tepi kete tengah bawak baldi. Daku ingatkan dorang nak pergi cuci kereta.  Sampai rumah, daku teruskan le mencuci kain tudung (hand wash ok), bila tengah bilas, tgok air kat storage box yg daku jadikan takungan air makin sikit.  Ehhhhh pehal ni, napa mcm tak topup jek air ni.  Bila angkat hos air xde, terus bukak pili air...tup-tup air xkuar plak....Ya Allah, air tadak!!!!!.  Tadi cuci muka dan berus gigi kat singki ada lagik.  Aiyoooo....caner ni!!!  Simpanan air pun dah daku habis licinkan cuci kain ni.  Langsung tak de air kat rumah, nasib baik air minum banyak lagi.

Nampak ramai jugak penghuni telah turun ambik air kat kolam renang, berduyun2 turun, daku skodeng dari balkoni jek. Rasa cam lucu plak, ada yg ambik air dalam botol air mineral, dalam baldi, dalam besen pun ada.  Ada jugak yg siap bawak troli lagi.  Kebetulan hujan tengah renyai2 dan jadik air kat kolam tuh xde le nampak berkurangnya.

Hampir jam 12 daku dah mula rasa nak g toilet, maklum le tadi bedal lamp chop tak hengat.  Terus ajak Amoy ambik air kat bawah guna baldi.  Sebenarnya jarang jugak Amani ni xde air tau.  Kalau ada gangguan pun biasa masa hari keje dan ada le notis tampal kat tepi lif tuh.  Kami pun turun, rupa2nya ada gangguan air kat area KL dan Gombak disebabkan tanah runtuh kat Bukit Setiawangsa tuh, ada notis baru tampal.  Hhhhmmmm nampak gayanya lama skit le kot gangguan air ni.  Terus kami berulang alik 2 kali angkat air guna botol dan baldi.  Pagi2 bangun terasa badan sakit2.  Waaaa....xsuke le macam nih.

Harapnya balik keje ni dah ada air le....tak tahan wooo turun naik angkat air ni.  Dah le lif ni problem lately, lama nak tunggu coz ada 1 lif tuh rosak.

Wednesday, 26 December 2012

Mencari smartTAG


Salam kengkawan

Beberapa hari ni daku menjalankan misi mencari SmarTAG kat serata Cheras dan Bangi.  Awal bulan hari tu daku ada singgah kat Petronas, yg terletak dekat dengan Tol Kajang tuh, kalo dari bangi nak g lebuhraya silikan ambik simpang ke kirikan.  Masa tuh saja je tanya ada jual ke tidak, dorang ckp ada.  Jadik daku pun berangan nak beli lepas dpt gaji + bonus..

Minggu lepas pas dpt gaji sy g plak petronas kat seksyen 8 tuh, tadak jual.  Ptgnya lepas keje bersemangat waja singgah kat petronas yg dekat tol kajang tuh, dah sold out plak.  Sakit pulak hati, pehal susah benor nak beli nyer, kita nak beli bukan nak mintak duit dia!!!.  Dah le letak lorong smarttag sekarang ni ada le dalam 2-3 lane untuk dia saja.  Hampehhhh.  Semlm pas keje pergi ke petronas kat tasik permaisuri plak, x JUAL ok.  Mentang-mentang tol sebelah dah roboh!!!

Pagi tadi daku sengaja lalu kat plus, singgah kat Shell yang lepas tol sungai besi tuh, dah SOLD OUT plak.  Sebenarnya nak g cari plus punya opis, tapi xjumpa, ntah nyorok kat mana.  Geram betulllll le.  Pahtu terfikir tuk singgah kat tol kajang plak, sib baik ada. Yay..yay..yay.  Masa byr tol tuh daku sempat lagi tanya kat jurutol tuh samada kat opis dorang ada jual smarttAG ke idak, ADA katanya.  Harganya RM120. Tambah nilai Touch n Go pun boleh kat situ, cuma kena parking kat tepi2 jln je le coz parking dia sikit jek.

Daku cuba nak aktifkan kad touch n go daku yang ntah bila beli. Tak dapat plak coz kad tuh tak pernah guna, akak tuh ckp.  Isk..isk...rugi je dalam ni ada rm10.  Daku beli le Touch n go baru, yelah takkan ada smarttag jek, touch n go tak de plak, tak leh guna jgak kan.  Daku mmg fesyen suker benor beli kad touch n go ni bila jumpa promotion mana2 tapi ending nyer xguna pun coz dulu opis nampak dari umah.  He..he...

Beli rm30 touch n go, pendaftaran rm10...jadi isi duit dalam tuh tinggal le Rm20.  Hhmmmm jadik le tuk tol minggu ni n minggu depan, nanti daku topup lebih skit bila g isi minyak lain kali.  Sebenarnya kekadang ada promotion untuk SmartTAG ni terutama bila musim perayaan, tapi nak buat caner kami tak lalu tol plus bila blik kg.  Lgpun hubby tuh bukan nyer boleh diajak menyinggah-yinggah ni.  Bantai je le beli walaupon tadak promotion.

Sy tak lekatkan pada cermin kereta sebab nanti takut kena curi, jadi tiap kali nak lalu tol sy pegang dan dekatkan dengan cermin  macam kedudukan ni jgk le :)

Ni lah cara pegang smarttag ni yea, touch n go tuh mengadap kita, jgn terbalik plak. Sengetkan lagi patutnya jadik 90 darjah.  Lepas pakai sila simpan balik kat tempat yg tidak kelihatan.  Nanti ada pencuri ambik plak.

Brochure ni ada dibagi masa kita beli tuh.  Perlahankan kenderaan dan jarakkan kereta anda bila anda nak guna smartTAG nih.

Petang nanti blik keje nak try guna dah, harap ok le. Jangan plak dia tak jalan, nanya kena hon nanti kang.  Sebelum ni dah salu tengok hubby guna bila jenjalan ngan hubby.  Tapi hubby tetap kedekut nak kasi Smarttag dia walaupun dia dah keje naik lrt jek sekarang ni.  Sampai hati......... Nak suh dia belikan pun dia busy, dia pun membebel kat daku coz dah dua tahun drive cheras-bangi pun tak beli2 jugak smarttag.  Bukan apa, daku drive menongkah arus...jarang jem kat plaza tol.  Tapi kalo lately mmg asyik jem jek kat tol mines tuh, tu yg baru nak beli tuh.

So kengkawan, g le beli smartTAG kalo tiap hari guna tol, jimat masa beberapa minit.  Nak selamat beli kat PLUS, kebarangkalian ada stock tuh tinggi le skit kan.  Dari stesen minyak yang manjang sold out, mmg menyakitkan hati dan mengundang makian berunsurkan binatang-binatang!!!.



Sunday, 23 December 2012

Pad Cloth: Survey jenama dan beli @ jahit sendiri


Klik sini untuk link ke snowdrop. Tak sabar dah nak dapat CP pertamaku ini. Snowdrop jgk ada FB.

Sy beli heavy, medium 2 unit n light, sumer RM90.30 + RM6 untuk pos.


Ada jugak dalam bentuk pack


Salam kengkawan

Makin jarang pulak update blog ni dgn bende2 berfaedah yea. Byk keluh kesah dan post bhn bacaan lawak jek lately. Makin busy kebelakangan ini, banyak kerja dan byk drama....yg penting daku bukan heroin zaman moden yea.  Cuma sy nak ingatkan kengkawan, bulan ni dan bulan depan adalah masa bonus kita, jadik gunakan ke arah yg baik yea.  Jgn gopoh2 nak berbelanja, rancang dan fikir dulu sebelum beli, yg paling penting survey dan bandingkan harga.  Jangan mudah terpedaya dengan tawaran 'promosi hari ni, esok dah xde dah dapat harga macam hari ni'.  Bagi sy strategi macam ni ala-ala memaksa, jgn terpedaya!!! Kena ingat peniaga ni kekadang cukup pandai bermain psikologi dengan kita, jadi kita kena berhati-hati.

Setiap kali sy menaip entry kat blog, sy selalu terfikir ttg faedah dan manfaat penulisan sy kepada anda semua.  Biar entry sy boleh menjadi rujukan bukan saja untuk masa entry ni ditulis tp untuk rujukan pada masa akan datang jugak.  Sebolehnya tak nak terlalu emosional sgt dlm ni. Almaklumlah apa yg tertulis dlm blog ni boleh dibaca oleh sumer org.  Tp kekadang best jgk meroyan2 dlm nih. Hehehe....

Nampaknya blog ni dah bertambah reader nyer, terima kasih kepada anda semua yg sudi berkunjung ke blog sy ini. Selamat berkenalan dan sy berharap ada ilmu yg boleh sy kongsikan dgn anda semua. Kepada yang follow sy, terima kasih banyak-banyak sy ucapkan.  Dalam zaman yang sekarang ni, sangat sukar mencari kawan diluar lingkungan keluarga, rumah dan kerja kita yea dak.  Berblog ni telah menemukan sy dengan kengkawan blogger yg tak mungkin akan jumpa tanpa blog ni. :) Tq.

Hari ni nak share tentang cloth pad, pernah dgr tak? Dah byk kesedaran ttg cloth pad ni sebenarnya dan kalau anda cuba google byk sgt information boleh dapat. Seblm ni sy ada bukak blog Snowblog tp niat nak beli terbantut sbb terasa mahal sgt. Secara realitinya produk2 mcm ni mmg mahal. mungkin sbb xramai persaingan kot.  Ntah kenapa semlm sy terbukak n ternampak ada promotion 30%.....yes...yes..terus daku order, harapnya boleh dpt minggu ni.  Nak beli pun senang sbb sistem pembelian dia agak anvanced, lepas daftar dan pilih produk, kita akan dapat quotation dan harga pos on the spot bila kita isikan poskod, cuma sebelum kita klik confirm tuh mmg kita perlu transfer duit dulu, pahtu baru confirm.

Selain dari snowdrop, ada lagi beberapa website yg menjual cloth pad ni.  Disini sy sharekan beberapa jenama atau website yg menjual cloth pad nih bersama link sekali. Bolehlah anda survey dan buat perbandingan yea. Rasa gembira jgk coz ramai pengusaha ni adalah asalnya surirumah yg akhirnya buat business online, dgn kepakaran menjahit dpt jadik usahawan kan....kagum..kagum dgn dorang.  More info pasal brand CP ni, klik kat sini, Adik ni mmg byk dah beli CP ni, byk brand dah dia cuba.  :)



Sweet n Cosy. Klik kat sini.  Ada juga jual bende-benda lain seperti barang baby (blanket, CD, burp clotch, mommy bag etc).



Yang ni mama patch. Klik sini.  Sy suka warna-warna mama patch ni.  


Yg ni Bisky Bosky.  Yg ni pun macam best jugak.  Nak tau lebih lanjut Klik sini. Yg menariknya brand ni ada buat design Batik.  Jadik sape2 yg nak fesyen traditional tuh, boleh le beli kan.  Terasa feeling macam org dulu2 pulak coz orang dulu-dulu kan pakai kain batik. 

Yg ni Blucotton, tak jumpa blog dia tapi jumpa dalam FB.  :)

Rasa nak buat sendiri kat rumah?. Kepada yg pandai menjahit dan byk masa lapang kat rumah tu boleh jek cari kain dan jahit sendiri.  Org putih banyak jek buat DIY benda-bende macam ni.  Mula2 rasa mcm senang jek nak buat. Dulu masa sekolah salu jgk buat sarung bantal guna mesin jahit mak, pahtu penah jahit baju sendiri. Maklumlah adik beradik ramai, mana mampu nak tempah kedai kan. Sekarang ni terasa macam nak beli mesin jahit sendiri plak.  Dulu kalau kakak sy balik kg, ada le jugak pinjam mesin jahit singer dia.  Lepas tu adik sy plak beli mesin jahit Harmony tu, siap pergi kelas Epal lagi tuh kat KK.  Adik sy ckp mesin jahit tuh bagus sgt, ada le jugak sy tengok dia belajar buat sulam sikit2.  Eeehhhh tapi sampai sekarang nape daku tak pernah nampak dia sulam baju dia yek?  Ehhhh makcik, baik ko sedekahkan mesin jahit ko tuh sama aku nih, dari jadik tukun jek kat umah ko!!!. (Jeles sebenanya)

Disini jgk sy share blog yg letak tutorial untuk jahit sendiri. : Sy pun berangan2 nak jahit sendiri. Kena kumpul duit beli mesin jahit nampaknya.  Sy suka brand Harmony tuh tapi mahal sgt le plak.  Singer pun suker jgk tapi takut nanti dah beli singer, daku tingin nak beli yg Harmony plak.  Tapi kalo beli Harmony, kalo setakat nak jahit sarung bantal dan CP jek tadak maknanya kan.  Macam le aku  ni rajin sgt nak menjahitnya.

Kat bawah ni ditunjukkan jenis-jenis CP. Daku pun terkejut jgk, ada byk rupanya jenis CP ni. Klik kat sini utk link website dia yek.


Yg ni tutorial untuk buat CP. Klik sini.  Yg ni tebal sikit sebab dia buat macam berlapis.  Tutorial dia nampak mudah dan diajar secara detail jgk caner nak jahit.


Kat bawah ni ditunjukkan cara nak jahit step by step untuk CP yg ada insert.  Klik sini. Sy pun tertarik dengan cara jahit insert ni.  Mudah saja dan ditunjukkan dengan detail, sesuai untuk amatur macam saya.



Ok kengkawan, itu le sikit info pasal CP.  Boleh beli dan jugak boleh buat sendiri kat rumah.  Banyak lagi tutorial yang mudah2 dalam internet boleh google.  Yg ni antara yg menarik perhatian saya le. Bagi saya, sy nak try dulu pakai CP ni, kalo sy rasa selesa baru le sy akan fikirkan nak beli mesin jahit ke idak. Atau sy potong siap2 kat KL, lepas tuh jahit kat kg nantikan.   Boleh jugak ajar adik dan mak saya cara jahit CP ni kan.  Atau paling senang, sy beli jek dari blog2 kat atas tuh.  :) K, bye..........



Thursday, 20 December 2012

9 Things That Will Disappear In Our Lifetime



Whether these changes are good or bad depends in part on how we adapt to them. But, ready or not, here they come.

1. The Post Office Get ready to imagine a world without the post office. They are so deeply in financial trouble that there is probably no way to sustain it long term. Email, Fastway, Fed Ex, and UPS have just about wiped out the minimum revenue needed to keep the post office alive. Most of your mail every day is junk mail and bills.

2. 
The Cheque Britain is already laying the groundwork to do away with cheque by 2018. It costs the financial system billions of dollars a year to process cheques. Plastic cards and online transactions will lead to the eventual demise of the cheque. This plays right into the death of the post office. If you never paid your bills by mail and never received them by mail, the post office would absolutely go out of business.

3. 
The Newspaper The younger generation simply doesn't read the newspaper. They certainly don't subscribe to a daily delivered print edition. That may go the way of the milkman, butcher, baker and fruit and veg man. As for reading the paper online, get ready to pay for it. The rise in mobile Internet devices and e-readers has caused all the newspaper and magazine publishers to form an alliance. They have met with Apple, Amazon, and the major cell phone companies to develop a model for paid subscription services.

4. 
The Book You say you will never give up the physical book that you hold in your hand and turn the literal pages. Many said the same thing about downloading music from iTunes because they wanted hard copy CD.  When they discovered they get albums for half the price without ever leaving home to get the latest music they changed their minds. The same thing will happen with books. You can browse a bookstore online and even read a preview chapter before you buy. And the price is less than half that of a real book. Just think of the convenience! Once you start flicking your fingers on the screen instead of the book, you find that you are lost in the story, can't wait to see what happens next, and you forget that you're holding a gadget instead of a book.

5.
 The Land Line Telephone Unless you have a large family and make a lot of local calls, you don't need it anymore. Most people keep it simply because they've always had it. But you are paying double charges for that extra service. All the cell phone companies will let you call customers using the same cell provider for no charge against your minutes

6.
 Music This is one of the saddest parts of the change story. The music industry is dying a slow death. Not just because of illegal downloading. It's the lack of innovative new music being given a chance to get to the people who would like to hear it. Greed and corruption is the problem. The record labels and the radio conglomerates are simply self-destructing. Over 40% of the music purchased today is "catalogue items," meaning traditional music that the public is familiar with. Older established artists. This is also true on the live concert circuit. To explore this fascinating and disturbing topic further, check out the book, "Appetite for Self-Destruction" by Steve Knopper, and the video documentary, "Before the Music Dies."

7.
 Television Revenues to the networks are down dramatically. Not just because of the economy. Many people are watching TV and movies streamed from their computers. And they're playing games and doing lots of other things that take up the time that used to be spent watching TV. Prime time shows have degenerated down to lower than the lowest common denominator. Cable rates are skyrocketing and commercials run about every 4 minutes and 30 seconds. It's time for the cable companies to be put out of our misery. People will  choose what they want to watch online and through Netflix.

8.
 The "Things" That You Own Many of the very possessions that we used to own are still in our lives, but we may not actually own them in the future. They may simply reside in "the cloud." Today your computer has a hard drive and you store your pictures, music, movies, and documents. Your software is on a CD or DVD, and you can always re-install it if need be. But all of that is changing. Apple, Microsoft, and Google are all finishing up their latest "cloud services." That means that when you turn on a computer, the Internet will be built into the operating system. So, Windows, Google, and the Mac OS will be tied straight into the Internet. If you click an icon, it will open something in the Internet cloud. If you save something, it will be saved to the cloud. And you may pay a monthly subscription fee to the cloud provider. In this virtual world, you can access your music or your books, or your whatever from any laptop or handheld device. That's the good news. But, will you actually own any of this "stuff" or will it all be able to disappear at any moment in a big "Poof?" Will most of the things in our lives be disposable and whimsical?  It makes you want to run to the cupboard and pull out that photo album, grab a book from the shelf, or open up a CD case and pull out the insert.

9. 
Privacy If there ever was a concept that we can look back on nostalgically, it would be privacy. That's gone. It's been gone for a long time anyway. There are cameras on the street, in most of the buildings, and even built into your computer and cell phone. But you can be sure that 24/7, "They" know who you are and where you are, right down to the GPS coordinates, and the  Google Street View. If you buy something, your habit is put into a zillion profiles, and your ads will change to reflect those habits. "They" will try to get you to buy something else. Again and again. 
 
All we will have left that can't be changed are "Memories".
And then probably Alzheimer's will take that away from you too!

Tuesday, 18 December 2012

Memborong buku & Duyan Sipitang



Pada jumaat lepas, gigih pergi ke Big Bad Woft Book.  Ramai dah nampaknya blogger buat entry pasal ni.  Tapi tak kira nak buat jugak entry pasal ni.  Dah lama nak pergi tapi baru jumaat lepas dapat pergi. Yelah kan jumaat malam hubby ada kelas, jadik boleh le bini dia ni merayau2 sampai malam.

Terkial2 jugak cari pusat konyensyen Mines ni, ingatkan dalam mall The Mines tuh, rupa2nya sebelah aka depan padang golf tepi round about tuh rupanya.  Menapak le kat situ coz parking sikit punya jauh, bila sampai situ rupa2nya byk jek parking kat parking dia.  Yesss...yess...itu menunjukkan tak ramai orang.  Masuk jek mmg lengang jek, cam tadak org.  Rupa2nya signboard yang tunjukkan kategori buku dah hilang, jadi daku merayau2 le mencarik buku-buku kat situ.  Habis 1 dewan round coz mesti le kena tau buku apa yang adakan.  Nampak buku2 dah byk susut dan kurang terurus le.  Kebetulan daku mmg dah bawa beg siap2 dari rumah, jadi senang sikit le nak jalan2 cari buku.  Pergi pusing dulu satu dewan, lepas tu baru repeat balik pungut buku.  Cheehhhh punguttttt...macam pungut durian plak.  Wahhh kat Sipitang tengah musim durian byk giler nih.  Jeles giler tengok dorang upload durian kat FB.  Nanti sy tepekkan kat entry ni supaya korang pun terliur sama yek.

Ada le sy beli beberapa buku masakan dan buku cerita. Byk jugak buku travel tapi pernah nampak hubby beli buku travel jugak tapi lepas dia pergi ke tempat tu dia terus buang jek buku tuh.  Jadi daku pun xde mood le nak belikan.  Baik buka internet jek, lagipun stor kami pun dah hampir penuh sampai ke siling. Kahkahkahakah......

Oppssss gambar ni sy ambik dari FB kawan sy, Azie.  Haiii Azie!!!!! Dah lunch belum?. Sorry tercuri gambar nih....

Ni le buku2 yg daku beli setakat inilah, setakat ini tauuuuu....

Gambar pameran buku dah byk dalam blog....biar sy kasi tunjuk yg jarang2 dinampak yea
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni anak buah sy, bulan Februari lepas masa kami balik kg dia masih kecik lagi.  Sekarang dah besar sampai makcik dia ni gosok2 bijik mata nak cam sape nih.  Ingatkan cucu angkat tlg kutip durian.  Maklum le anak buah ramai sangat.....

Sape le yg keji upload gambar ni!!!!!.  Duyan Kikik kami panggil, isi dia mmg oren tau, bukan letak pewarna.  Antara favorite tapi dia ni jarang berbuah. Time kami blik xde plak dia berbuah..hangin jek...

Ni namanya Duyan Kuning Simpur.  Saiz dia kecik sikit dari Duyan Kikik kat atas tu.  Sebenarnya ada banyak lagi jenis durian kat Sipitang. Adalagi yg rare macam Duyan Tak Nanggalah yg isi dia warna merah yang lagi excotic dan sangat jarang berbuah.  :) Rasa nak tebang jek pokok dia....ha..ha..


Oooooo...manggis jugak favorite ku.  Sampai jek kg pertanyaan pertama adalah 'mak manggis berbuah ka?'.  Kalau berbuah, tang tu jugak g lari ke seberang jalan g panjat.  Gembira coz ada beberapa pokok manggis yg ada kat kg sekarang, dan kebiasaannya lebat berbuah. Sumer org busy kutip durian sekarang termasuk le mak...sampai call pun tak berangkat!!! Hu..hu..hu...  

Ni namanya KEMBAYAU, kat sarawak di panggil Dabai.  Nak makan dia senang, kikis kulit dia yg hitam tuh, rendam dgn air panas dan bila dah masak, buang air dan letak gula.  Rasanya lemak2... Masa kecik dulu (sekarang pun sama), kami selalu kikis kulit dan masuk dalam mulut.  Lama2 dia akan hancur skit2.  Pahtu bijik dia yang lonjong tuh pun boleh mkn, caranya dgn membelah dua dan ambik lidi dan cungkil keluar isinya. Puuunnnnnn sedap jugak.  So, sape nak jadik anak angkat mak saya?

WWWaaaaaaa mau balik SIPITANG!!!!!!!

Dah duduk menetap di KL tp Sipitang tetap unik dihati daku.  Banyak makanan eksotik di sana....yg xada atau susah nak dapat di KL.  Paling windu mau makan payau, tarap, tibadak dan nanggalah (udang galah).  Waaaaa...windu nyer nak balik Sipitang.   

Bie, jom blik Sabah nak? Jommmmlaaaaahhhhh....sedih tau.... 




Saturday, 15 December 2012

Tak de keje


Salam kengkawan

Gambar ni sy ambik masa pergi ke tandas awam kat Cheras.  Tentu kengkawan pun biasa lihat kan coretan2 macam ni.  Kali ni sempat tangkap sebelum keluar tandas.  Sangat menarik sebab sempat lagi dorang ni berbalas-balas msg kat pintu tandas yea.  Kekadang sy terfikir dorang ni sebenarnya orang yg kreatifkan.  Cuma anugerah itu telah disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnyalah.

Tengok contengan2 ni mengingatkan kepada teman seasrama dulu masa sekolah menengah, dia ni suka benor menconteng.  Mana dia pernah lepak mesti akan ada signature yg dia tulis dengan nama samaran dia.  Mana2 saja leh, kat tangga depan, tangga belakang, kat kerusi meja dewan study, kat pokok kayu pun ada, jat stesen bas etc.  Kat meja dia sendiri tak yah ckp le kan.  Jenuh tegur tapi tak jugak berubah.  Biasa teguran sebab dia merosakkan kecantikan sesuatu tempat le kan.  Bygkan le kita tengah duduk tetiba terpandang contengan2 macam ni, rasa syg le kan, merosakkan pemandangan saja.  Ia bertentangan plak dengan sy ni, kengkawan sy panggil sy Pencinta Alam.  Sy tak suka kalo org lalu kat koridor sambil cuit2 atau patahkan daun atau bunga2 kat situ.  Dah buruk dah rupanyakan.

Ending nyer, sy pun study sains, ambik sains sekitaran dan jadik pegawai sains.  He..he..

Kawan sy tuh ingatkan dia akan jadi penulis novel ke atau cikgu ke coz kwn sy tu mmg pandai bab2 mengarang ni.  Tapi endingnya jauh berbeza.  Masing2 dah berkeluarga, dengan kerjaya sendiri dan tak sangka dah berpuluh tahun tak jumpa dengan geng2 sekolah menengah dulu.  Dulu masa asrama kami ada 3 sekawan best frend forever iaitu sy, Haisah dan Fajiah.  Haisah masih contact lagi dan mmg kagum dengan kawan sy yg sorang ni, setelah beberapa lama terpisah dia boleh carik sy balik. Dan dia jugak tengah membaca entry sy ni...Tq yea Sah *wink*.  Tahniah dah peknen sekali lagi.  Doakan sy dapat baby jugak yea.  Yg Fajiah plak mmg sampai sekarang xpenah jumpa.  Kat FB pun dia jarang muncul.

Kat sekolah plak kami ada 3 serangkai jugak iaitu sy, Haisah dan Yulia.  Yulia dah balik ke Jakarta dan dah kawin dan kerja di sana.  Dia mmg org sana dan datang ke Labuan ikut kakak dia yang berkahwin dengan orang tempatan.  Kami 3 org ni mmg akan kesana sini bersama, jarang berpisah.  Cikgu2 pun mengenali kami.  Ada sekali tuh Haisah demam, sy plak penakut nak pergi tuisyen seorang.  Pahtu cikgu tu bagi nasihat kat sy supaya sy lebih berdikari, sampai sekarang sy masih ingat lagi teguran cikgu tu yang mmg sangat betul.  Antara kami, sy adalah yg paling pendiam dan penakut.  Manakala Haisah dan Yulia mmg peramah dan extrovert.  Sy jek yang intovert, jadik sy lebih byk diam. Tapi sy aktif dalam sukan, dorang tak.  He..he..he..  Sy mula berdikari bila masuk matriklah. Pergaulan lebih luas dan ramai kengkawan dari seluruh sabah.  Sy dah boleh balik kampung sorang2 dan jalan2 di KK seorang2.  Sy mahu membuktikan kepada cikgu tu dan orang lain yang sy boleh berdikari sendiri.





Tuesday, 11 December 2012

Open your mouth thoughtfully....a weekend wise words


Once an old man spread rumors that his neighbor was a thief. As a result, the young man was arrested. Days later the young man was proven innocent. After being released he sued the old man for wrongly accusing him.

In the court the old man told the Judge: "They were just comments, didn't harm anyone."

The judge told the old man: "Write all the things you said about him on a piece of paper. Cut them up and on the way home, throw the pieces of paper out. Tomorrow, come back to hear the sentence."
Next day, the judge told the old man: "Before receiving the sentence, you will have to go out and gather all the pieces of paper that you threw out yesterday."

The old man said: "I can't do that! The wind spread them and I won't know where to find them."

The judge then replied: "The same way, simple comments may destroy the honor of a man to such an extent that one is not able to fix it. If you can't speak well of someone, rather don't say anything."

"Let's all be masters of our mouths, so that we won't be slaves of our words. "

Monday, 3 December 2012

PS2: Ambik dokumen dan mula bayar interest




Salam kengkawan

Dah lama tak update pasal rumah kan. Dah beli rumah ni dan tengah tunggu rumah siap, dah kira cool down dah.  Tak payah nak pening2 kepala dah, just byr jek interest bulan2 dan kumpul duit sikit2 tiap bulan untuk belanja rumah baru nanti. Ni bukan rumah pertama, jadi excited tu tak de le macam rumah pertama dulu.  Dulu mula2 masuk amani tahun 2008, sumer bende nak beli.  Tang-tang tu jugak pegi Jatimas, Ikea, Fella Design, kilang perabot, kedai lampu bagai g beli macam2.  Tak menyempat2, pergi sorang-sorang pulak tuh.

Sanggup beli side table jati masuk dalam waja dan drive dari Wangsamaju dalam hujan yang teramat lebat dan angkat kerusi2 berat tu naik lif ulang alik sorang2.  Masa tuh berangan nak beli perabot jati tuk umah tapi terhenti disebabkan masalah kewangan, sempat beli kabinet tv dan side table jati jek.  Bila tiba meja makan, dah kena beli Cavenzi coz dah pokai masa tuh baru kawin plak kan.  Tapi kayu jati mmg le cantik dan tahan lama.  Kerusi dan kabinet tv sampai sekarang masih elok dan nampak macam baru.  Ada le skit2 daku rosakkan hari tu, terhempas remote tv kat kabinet tv coz geram sgt tekan2 xleh tukar channel.  Sian kabinet jadik mangsa.  He.he..he..

Masa bercinta ngan hubby, pernah ckp yg rumah sy konsep dia kayu jati. Bila hubby pindah masuk umah dia pun perli2 yang daku sibuk ckp konsep jati tapi tup--tup ada 2 jek perabot kayu jati kat umah.  Kahkahkah...Nak buat caner, hari tuh mmg nak terbeli dah meja makan jati coz kira tahan lama tapi duit plak masa tuh tak berapa nak ada.. Segan jugak kan kalo ada ipar duai atau kengkawan dtg umah tapi meja makan pun xde.  Tp sejujurnya, sebenarnya sekarang ni kami masih duduk makan kat atas carpet depan TV, meja tuh macam jadik perhiasan jek.

Ada satu masa tu teman hubby g Ipoh ambik barang2 dia kat sana, hubby bawak jenjalan g Taiping, Kuala Kangsar dan sempat singgah kat umah bekas lecturer dia yg dah pencen.  Masuk jek umah dia, daku terasa nak pengsan coz tema umah dia kayu, pahtu daku jeling2 jgk susunan pinggan vintage kat kabinet jati dia.  Mmg sumer perabot dia adalah jati, meja makan, kabinet, sofa, kerusi, side table, meja kecik2 tuk telefon etc.  Sy juga nampak meja kecik yg beroda tuh tuk letak barang atasnya.  Entah2 dorang bwk sendiri kayu jati naik tongkang kot.  Perghhhhh...mmg hebat le umah nih. Ni mmg rumah typical orang melayu le.  Hubby jeling2 kat daku pahtu sound 'ni baru le tema jati'.  Cisssss......

Kali ni dah tak kisah dah, tunggu jek sale baru le g beli, rugi beli kalo tak sale....rugi banyak.  Hidup le apa yang ada dulu. Tak pasti lagi untuk rumah baru nanti nak bawak kerusi jati ni g sana atau nak ambik konsep moden.  Konsep moden ni murah skit pahtu senang nak matching tapi kalo konsep kayu ni terasa hidup lebih aman dan terasa le konsep kesejukan dan kealam semulajadinya.  Rasanya kalo bawa g PS2 dan beli meja makan jati, dah ok dah konsep jati nih kot.  Pahtu letak le beberapa pokok hidup dalam pasu letak kat ruang tamu...hhhmmmmmmm best...best. Pahtu kitchen kabinet boleh le ambik warna kayu gak....Ada dalam setahun setengah jek lagi rumah siap, jadik mulai dari sekarang dah boleh berangan le nak hias rumah caner. Nanti tunggu hubby cuti semester boleh le pujuk2 dia bincang tgg konsep umah plak. Daku paling syg kan dapur + oven Europe daku ni.  Hubby ckp daku beli dapur fesyen lama, tapi tak kisah coz dapur ni byk dah jasanya dan baking guna dapur ni mmg best.  Kena gak bawak dapur ni g PS2 nanti, wajib!!!.

Semlm teman hubby pasang side table ikea yg dia beli dulu-dulu.  Hubby ni mmg le suker benor beli barangan ikea.  Sedang sembang2 ngan dia tuh, tetiba dia terpandang meja dia macam terturun skit ke bawah kat tengah2nya.  Meja ikea tuh dia beli masa permulaan semester hari tu siap dengan kerusi dan kabinet besi lagi.  Semenjak hubby suker beli perabot ikea nikan, sy pun agak terpikat le jgk walaupun sy lebih suker perabot dari solid wood.  Biar beli mahal tapi boleh guna lama. Daku mmg agak kedekut, nak beli dan nak pakai sampai 10-20 tahun, boleh?.  Tapi bila nampak meja dia jadi macam tuh...tetiba kuar dari mulut sy 'Bie, tu le sebabnya sy lebih suke beli kayu solid'.  Kayu solid lebih tahan lasak.  Meja tuh dia letak laptop dia jek..dan kengkadang dia letak buku bila dia tengah buat keje jek......dah jadik cam gitew.  Hopefully hubby berubah fikiran le sebelum umah PS2 siap, boleh sambung konsep kayu kat situ.



Ni baru jek balik dari Kajang g ambik salinan dokumen perjanjian dengan OCBC tuh.  Dah lama lawyer panggil dtg tuh ambik coz dorang ckp takut nanti hilang kalo lama-lama sangat. Hari ni baru le sempat g ambik.  Dalam ni ada jugak dokumen dari pejabat tanah bagai, tak berapa nak faham le kan.  Syukur alhamdulilah hal-hal rumah ni dah settle. Lega rasanya, sekarang ni baru le terfikir betapa kucar kacir nyer hidup daku masa mula2 carik umah dan uruskan pasal loan tempohari.

Dah tenang2 ni, terfikir le jugak nape dulu tak cari rumah semi-D.  Rasa nak sangat dok rumah semi-D sebenarnya sebab sy jenis suka menanam, terutama pokok buah-buahan.  Tapi nak buat caner, ni jek yang mampu setakat ni.  Hubby jenis yang tak suker dok rumah bawah, dia malas nak fikir pasal maintenance rumah macam potong rumput dan dia juga risau pasal rumah kena pecah masuk segala. Dan lebih penting dia nak duduk area bandar ygn sibuk.  Jadi lebih suka dok rumah atas. Kira dalam hal-hal rumah ni, kami memang tak satu kepala le. Bersyukur le korang yang husband n wife satu pendapat tu yea.  Macam jiran sebelah ni, husband and wife dia nak rumah besar2.  Best sgt le dengar, yelah kalo combine loan husband + wife mmg best le boleh beli rumah besar skit.  Mungkin sebab kami tak ada anak lagi kot, jadi priority tu masih kabur dan lebih bersifat individualistik.  Nak rumah bawah kena guna gaji sendirik, macam tu le....gaji ciput, umah teres je le mampu beli nyer..

Tak pe le, nanti dah pencen boleh jual rumah kat KL ni, pahtu buat rumah kat Sipitang besar2.  Boleh le tanam semua jenis pokok kat tanah yang luas tuh.  Anak cucu pun boleh buat rumah kat Sipitang tuh jgk.  Best nyer!!!!! Boleh duduk dikelilingi pokok dan perbukitan yang saujana mata memandang.  Boleh mandi sungai dan boleh buat kebun buah2an keliling rumah.  Hhmmmmm terasa nak pencen awal plak.  He.he.he..hee

Beberapa minggu lepas, first time bayar interest bank.  Tak de le byk, dalam RM101.31 jek.  Selain tuh bayar insuran MRTA plak coz masa beli rumah hari tu, tarikh lahir dah lepas....jadi kena topup dalam RM480.  Mmg beli rumah ni kena stand-by duit cash lebih skit le coz ada jek bayaran tetiba kena bayar.




Sunday, 2 December 2012

Why Sharks Circle You Before Attacking...



Two great white sharks swimming in the ocean spied survivors of a sunken ship.
"Follow me son" the father shark said to the son shark and they swam to the mass of people.

"First we swim around them a few times with just the tip of our fins showing."And they did.

"Well done, son!  Now we swim around them a few times with all of our
 
fins showing."  And they did.

"Now we eat everybody."
 And they did.

When they were both gorged, the son asked, "Dad, why didn't we just
 eat them all at first? Why did we swim around and around them?"

His wise father replied, "Because they taste better without the shit inside!"



Thursday, 29 November 2012

Ajari Aku by Anuar Zain

Salam kengkawan

Suker sgt video klip ni.  Suka sangat Nora Danish dalam video ni, touching sangat dengan lagu
Anuar Zain ni.  Video ni pun mmg sangat cantik dan hebat dari segi pengarahannya.  Best...best...best...  Part paling suker masa Nora Danish kena mekap, pahtu dia berpusing2 dengan gaun pengantin!!!  Masa dia turun tangga pun best jugak.







Tuesday, 27 November 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang




Salam kengkawan

Hari ni nak berjiwang-jiwang kejap yea.  Semalam adalah hari lahir hubby yg ke-35, eeehhhh tertulis plak. Selamat Ulang Tahun kepada hubby Syed Saifuddin Syd Ahmad, love you soo much.  Sebenarnya kami lahir tahun yg sama, tapi saya bulan jun dia plak bulan november.  Semlm masa jumpa dia sy ckp kat dia 'Bie, awak dah tua dah, dah sebaya sy!!!'.  Hahahahaha... Dia salu perasan sebab sama besday dengan Pak Lah!!.

Isnin lepas keje, bergegas nak g sogo carik hadiah besday hubby coz busy benor xsempat nak kuar g beli minggu lepas.  Tahun lepas kasi hadiah kemeja Valentino kat dia, tahun sebelum tuh cokelat coz tgh gaduh. Syukur jugak le, dia pakai kemeja tuh.  Hujan plak, balik ikut plus jemm plak bila masuk mrr2.  Sampai bandar tun razak dah 5.40, naik tren g sogo.  Tetiba hubby msg nak ajak tgok Twilight mlm ni, beberapa minit kemudian msg balik tak jadik coz dia ckp ada program lain Boleh?.  Daku ala2 sentap terus merayap jap g sogo, beli kek Black forest tuk besday boy..  Seblm tuh g Kedai Warisan ke apa yg jual byk baju batik tuh.  Nak cari color merah tapi tadak plak saiz hubby, konon nak sedondon ngan batik yg hubby belikan hari tu warna merah hitam.  Terus belikan dia design baru warna hitam putih coz dah juling bijik mata tgok color. Yg best kolar dan tangan warna putih.  Kotak disediakan dengan sedikit tambahan RM.

Hmmmm tahun depan kena belikan benda lain plak nih...kena fikir dari sekarang nak beli apa nih.  Balik umah, tengok dia tgh sibuk buat assigment dia.  Hampeh...program le sgt kan!!!.  Pahtu tgok dia edit2 gambar2 kami main futsal masa raya haji lepas.  Daku pun tumpang sekali sebab gambar2 tuh sumer daku yang ambik. Ehhhh...lepas ni boleh le pinjam kamera hubby bawak g obersee.  Ingatkan nak ajak dia dinner kat luar, tapi sibuk le plak.  Terus masak nasi + telur goreng jek coz hubby tak nak makan.

Semlm baru le hubby ajak g tgok Twilight Part 2.  Pas dia blik keje terus kami bergegas g 1Shamelin tgok wayang kat situ.  Pahtu g makan Subway dan bergegas naik tgok.  Tak ramai sgt org, tu yg best tuh.  Hubby seperti biasa le kalo tgok wayang, muka dia melekat kat skrin tuh.  Hubby semenjak dua menjak ni agak jiwang skit, suker sgt dia part 2 ni.  Bagi sy part 1 tu lagi best, lagi banyak gaduh dan bercakaran.  Hubby suker part 2 coz ada feeling2 skit, protection skit, ada suspen skit.  Dah abis tgok wayang terus balik umah.

Semenjak dua menjak ni busy sangat.  Tiap minggu mesti ada task/event, rasa hidup makin singkat plak.  Ditambah lagi alat IC tengah rosak.  Dah lama dah rosaknya, semalam baru company dtg tgok tapi nampaknya bacaan dia tak accurate plak.  Mungkin kena tukar guard column.  Bukan manusia jek ada guard, column pun ada guard jugak!!!!.  Kena tunggu company analisis result semalam dan dtg baiki sekali lagi.  Tu yang hidup agak huru hara lately tuh.

Ahad hari tu pergi kursus pengukuhan pasukan kat SwisGarden Kuantan.  Perggghhh tempat ni kalo nak makan seafood mmg heaven le.  Terutama dinner le makanan dia mmg sedap2 dan penuh dengan seafood.  Masa sampai hari tu, sy terasa macam pernah dtg plak tempat ni.  Confuse sekejap, lama2 pusing2 hotel baru le perasan mmg xopis penah pegi dulu.....itu pun perasan bila tengok pantai dia.  Lepas tuh double confirm ngan Anum, xopismate jugak.  Pergi kali ni dengan pegawai baru dan lecturer baru.  Bygkan dalam group tuh sy le paling tua!!!.  Ada le lagi yang tua tapi group lain.  Sy pergi ni plak sebab tak cukup lagi 7 hari kursus.  Bukan kurang kursus pegi tapi kursus yang pegi tuh tak dimasukkan plak dalam sistem latihan.  Tak tau le plak kursus ni tuh staf muda....cissss....  Nasib baik ramai pegawai dari fakulti dtg, jadi best le ada member bergumbira.

Yg paling best ada Explorece pada last day.  Kena g Pusat Rekreasi Air naik van dan pergi menchanting batik dan mengukur kelapa. Dorang yg muda2 tuh terkejut dgn keteroran daku mengukur kelapa, malu le plak.  Terus sy ckp kat dorang cover malu 'Ni le orang muda zaman sekarang ni, mengukur kelapa pun tak reti'.  Dorang gelak jek........... First time menchanting batik...rasa kami dah warna paling cantik tuh...tetiba bila keputusan tiba, group kami paling corot dalam menchanting batik.  Group kami silap percaturan masa aktiviti kat pantai.  Kami kena angkat secawan air guna kain, setiap orang pegang penjuru.  Dalam group kami ada sorang tuh mmg pintar, engineer le katakan tapi kami diminta pilih ketua yg paling muda.  Jadik faham2 le kan.....Dalam group kami 2 lecturer engineering dan 4 pegawai.  Lecturer bijak ni dah ckp dah cawan xleh isi penuh tapi yg lain degil. Jadik kami telah dipintas dgn sebuah kumpulan plak.  Tahu sy jadik apa?.  Oleh kerana sy pompuan, kecik dan paling tua, ahli kumpulan salu risau ngan daku.  Yg best nyer kursus kali ni, pompuan ada 8 orang jek...lelaki dalam 20 org. Jadik daku hanya ditugaskan tunggu kat tepi pantai dan ditutup mata, keje daku adalah tuangkan air dalam botol air mineral jek. Hampeh ngan fasilitator tuh, ada ke patut dia jadi batu api kacau2 masa tengah tuang tuh.  Siap tuang air mineral lagi kat tangan daku suh kasi confuse.  Eeeehhhhhhhh...to tell you the truth, walau dah tutup mata tapi masih boleh lagi nampak skit2 muncung air mineral tuh...kikikikikik....  Trick dalam permainan ni adalah cawan plastik tuh jgn penuh sgt dan kain kena tegang.  Tu yang lambat skit group sy ni sampai kami jadik n0 3 dalam explorece ni dan effect markah keseluruhan, kami jadik no 2.

Sebenarnya sebelum explorace ni, kami adalah group ditangga no. 1.  Yg engineer muda ni mmg hebat, byk soalan2 matematik berbelit2 dia boleh selesaikan.  Mmg kagum le ngan dia, wife dia plak sweet sgt!!!.  Dia dtg dgn wife dia kat group sebelah, loving couple.  Yg mengagumkan, walaupun dorang dtg suami isteri, dorang tetap g makan asing2.  Yg wife dia g makan sesama pompuan, kecuali last day le.  Mula2 dorang kena 1 group tapi hubby dia bgtau kapten, terus dorang dipisahkan.  Dua-dua baru balik dari oversee sambung belajar, sejuk perut mak pak dorang ngandungkan dorang berdua ni kan!!!. Yg lain menarik jugak, lecturer yang sorang lagi tuh aktif suka ragbi, jadi kami punya sorakan ala-ala group All Black NZ tu le.  Cuma couple ni lagi menonjol pada mata sy coz dorang dtg suami isteri dan sangat sweet.  Ada jugak doktor2 perubatan muda tapi malas nak tegur coz nanti tersingkap kenangan lama..


Monday, 26 November 2012

Makanan beracun untuk lipas




Salam kengkawan sumer

Pernah tak korang mengalami pengalaman bila masuk kete korang jek, ada budak menjerit meroyan 'maaaaak cockcroach!!!!!!' sebab takutkan lipas yang berlari-larian kat dashboard kete korang? Sy pernah!!!.  Perasaan anda macamana?.  Perasaan sy rasa agak terhina sedikit walaupun yg jerit tuh budak2.  

Beberapa minggu yang lepas sy ada bawak jiran sy tuk tengok umah kat PS2 tuh.  Akak tuh berminat nak tgok semi-D, almaklumlah akak tuh bersuamikan datuk!!! Harus le kan beli umah semi-D atau banglo.  Apa kelas umah link house nih.  Kaya nyer akak ni, hubby dia penah nak belikan umah semi-D 2 bijik, pahtu nak jadikan sebijik umah.  Imagine!!!!.  Terasa nyer miskin daku golongan marhaen nih.  Tapi xpe, bukan nak citer pasal kakak tuh punya kekayaan tapi nak cite pasal Cik C nih.

Macam citer kat atas tadi le kan, bila masuk jek kete, little SH tuh terus jerit sebab takut lipas.  Sebenarnya sy mmg jarang le nak bersihkan kete ni, mkn kat kete pun jrg jugak. Tapi nape le lipas2 ni suker benor berkoloni kat kete daku nih.  Semalam sedang bergosip2 dengan Mrs M dan Ms E kat pejabat am, tetiba tercerita isu lipas2 ni.  Mrs M pun ckp menghadapi masalah lipas2 cenonet nih.  Ntah kenapa, tetiba terpancul depan mata kami 2 staf pest control tengah bertanyakan nama sorang kakak lab, dia nak sembur racun serangga kat makmal.  Apalagi Mrs M pun ckp kat dia 'Dik....dik dari pest control kan?, tau tak caner nak hapuskan anak-anak lipas2 dalam kete?'.  

Mula2 nak minta petua le konon, pahtu adik tuh ckp 'Oooo ada kak kami ada jugak jual dalam bentuk gel, bukan anak lipas tuh kak...itu mmg jenis lipas yang saiz dia kecik2'.  Lepas tu adik tu terangkan le biasa lipas ada 2 jenis....lipas kecik cam dlm kete tuh, lipas rumah dan lipas amerika yang besar tuh.  Kalo kat rumah, biasa lipas ni banyak kat loji tahi.  Jadik yg kat rumah tuh tak semestinya dia membiak dan beranak pinak kat dapur umah kita.  Kalo kat rumah dorang suggestkan sembur le tuk lipas, semut etc.  

Tapi kalo untuk kereta dia suggestkan dalam bentuk jel.  Jel ni akan jadi macam makanan lipas yang beracun le, nanti dia akan kong lepas makanan ni.  Cuma ni kategori racun, mmg xleh letak sebarangan le, kalo boleh letak tempat2 terselindung dalam kete, bawah kerusi ke apa.  Coz takut nanti kalo anak2 kita termakan plak.  Adik tu insist jugak tuk kasi demo coz dia ckp letak sikit jek letak, letak macam letak dot dot jek dalam kete.  Tapi kami menolak, menolak sebab kete macam tongkang pecah!!!!!.  Nanti kita akan tgok racun ni hilang separuh, pahtu korang carik le bangkai2 lipas tu kat dalam kete tuh.

Harganya dalam RM60-RM70 satu, agak mahal le tuk golongan marhaen cam kitaorang.  Jadik kami g share beli 2 orang.  Semalam sy dah letak kat dashboard kete dah.  Pagi tadi bila nak turun kete, baru perasan 2 ekor Cik C terpeliut tak bernyawa kat sini.....(sila tgok gambar kat bawah).  Pagi tadi dah selamat kasi kat Mrs M plak.  Racun ni boleh ulang letak balik dalam 2 bulan, kalo masih ada lipas le.  Kalo pakai sorang jek boleh tahan bertahun2 gunanya. Oh ya boleh letak gel ni kat umah jugak, mcm dalam kitchen kabinet ke etc.

Sehari selepas letak, dah nampak dah beberapa 5 ekor lipas terlentang kat atas dashboard dan kat celah2 kerusi.  Yg dalam2 xkorek lagi coz minggu ni busy yg amat.  Hari tu dah ambik gambar lipas2 yang dah mati tuh tapi xleh upload kat blog coz limit gambar dah nak maximum.  Ni pun dah delete skit2 kat picasaalbum, kalo tak mmg xleh dah upload gambar.  Rupanya sumer gambar yg kita upload dorang letak dalam picasaalbum ni, jadik kena delete gambar kat baru boleh upload gambar balik.  Eeeiiii xbest nyer xleh letak gambar bebanyak lagi...hu...hu...hu...  Kat dapur xnampak pun ada lipas mati.

Kepada sape2 yang berminat2 tuh, intai2 le pest conroller yang dtg opis korang tuh.  


Tuesday, 20 November 2012

Buku hubby, dating di MV




Salam kengkawan sumer

Semenjak hubby sambung study ni, daku le yang jadik research assistant dia.  G hantar dokumen g GSB, g pinjam buku2 dia kat library.  Kira setiap semester le g pinjam kan buku tuk dia.  Dah hampir 14 tahun habis belajar ni, terkial2 jugak le nak guna gemilang tuk search tajuk2 buku kat PTSL ni.  Menapak dari fakulti g libray nak mengangkut buku2 yang tebal nih.  Tapi satu kepuasan bila nampak hubby baca buku2 ni dan buat rujukan tuk buat tesis.  Lagi satu dulu dok berpusing2 kat rak tuk buku2 sains sekarang ni terkial2 g cari kat rak buku business plak.  Hubby mmg boleh pinjam buku macam student lain tapi sebab sy staf jadik sy boleh pinjam buku sampai 2 bulan dan boleh pinjam buku banyak skit.  Jadi boleh pinjam buku hampir sepanjang semester le, xpayah nak fotokopi bagai.  Semlm dapat buku penulisan tesis free dari staf opis (Tq yea Mrs M sbb kasi free!!!).  Hubby minggu lepas minta tlg g beli tapi daku tak tau nak beli kat mana.  Rasanya dulu2 beli kat penerbit U.  Bila tanya kat staf pej am, dorang kasi free plak.

Syukur ni dah semester ke dua dah dia, mula2 dulu rasanya dia agak culture shock jugak dgn skema pemarkahan U kami nih.  Yelah sebelum ni dia study kat universiti lain yang dia mmg selalu jadik pelajar cemerlang punya, dapat anugerah dekan bagai.  Bila exam hari tu dia agak terkejut jugak tgok result dia kot, kemurungan seketika!!!.  Tak pe le, lain universiti lain caranya, mmg universiti kami ni agak susah jugak nak dapat CGPA yg mencanak2 naik.   Hopefully dalam masa 4 tahun lagi dah boleh le konvo nyer!!! Nak uruskan sticker parking plak nih, nak kasi satu sticker kat hubby supaya dia senang nak parking memana masa dtg jumpa lecturer.  Bila sy offer sticker hari tu dia siap ckp lagi 'kalo sticker student tak nak' dan 'oooo kalo sticker staf boleh parking memana ke'.  Sy jwb 'boleh parking kat mana2 selagi tadak sign parking orang lain'.  Jgn plak parking kat parking profesor emeritus plak kang.  Amboiii demand bukan main.......dapat bini staf nak kemudahan macam staf jugak yea!!!



Ahad lepas hubby teman g midvaley.  Sy ajak hubby coz sabtu tuh dah berhempas pulas mengemas rumah.  Rajin plak hubby bantu pasang sarung kusyen bila diminta.  Biasa dia buat dek jek...ha...ha...ha..  Bukan manja tapi sarung kusyen tuh mmg susah nak pasang balik.  Kami kuar dalam jam 10.30 macam tuh.  Tak sampai 15 minit dah sampai midvaley....wah...wah...wah...byk giler lagi parking kosong.  Mungkin rezeki kami, tak ramai orang kat Mid valey pada sabtu lepas.  Tak ada niat nak shopping2 pun, just nak keluar jenjalan ngan hubby jek, jalan2 cuci mata dan ambik2 gambar.  Dalam 3 jam kemudian balik umah dah.  

Kuar kete jek ambik gambar kete dulu, kang jenuh plak nak mencarik

Ada Chef Riz tengah buat demo memasak.  Tinggi le dia nih...

Sempat lepas gian makan Asam Laksa kat Jusco, tingkat atas...ntah Teri Garden ke apa ntah nama dia.  Mmg dari bujang lagi suker mkn sini, bila tghari sesak dan kena berdiri tunggu tepi meja orang yg tgh mkn tuk booking tempat!!!  Sanggup tuh

Bunga2 ni dorang buat dari kertas (nipis) jek....



Sunday, 18 November 2012

WELCOME TO THE HUSBAND STORE




A store that sells husbands has just opened in New York City, where a woman may go to choose a husband.


Among the instructions at the entrance is a description of how the store operates.

You may visit the store ONLY ONCE! 

There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights.

There is, however, a catch...you may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building!

So, a woman goes to the Husband Store to find a husband...

On the first floor the sign on the door reads: 

Floor 1: These men have jobs and love the Lord.

The second floor sign reads: 

Floor 2: These men have jobs, love the Lord, and love kids.

The third floor sign reads:

Floor 3: These men have jobs, love the Lord, love kids and are extremely good looking.
"Wow," she thinks, but feels compelled to keep going. 

She goes to the fourth floor and sign reads:

Floor 4: These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.

"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can hardly stand it!" 
Still, she goes to the fifth floor and sign reads:

Floor 5: These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop-dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.

She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:

Floor 6:  You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please.

Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!

** Please send this to all men for a good laugh and to all the women who can handle the truth!

REMEMBER:  Greed!. 
You have to learn to be grateful for what you have to get more. When you are ungrateful you end up with nothing.




Friday, 16 November 2012

Red valvet cake

Salam kengkawan

Tahu kat mana ada jual kek red valvet yg sedap? Sy ada jumpa satu kedai melayu yg jual kek ini kat Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Biasa le ni outing time rehat, hari keje.  Mula staf opis yg beli kek ni, jadi harus le minta direction kat dorg. Setelah pusing kepala nak mendigest instruction dari Erna, akhirnya dpt jgk. Erna ckp dkt dgn Restorent Bamboo n dibelakang Butik Manjaku yg daku tak familar. Jadi rehat tuh bergegas beli 2 pieces tuk diri sendiri n jugak hubby. Hubby ckp 'oklah'. Kira sedap le tuh coz biasa hubby geleng kepla jek. Kalo nak cari g google Restorent bamboo tu yea dan kedai ni selang beberapa kedai jek dr situ.  Kalo dari Tol Kajang (amboi jauh nyer nak carik kek!),keluar cari jln nak g Bandar Baru Bangi, lepas traffik light.....terusssss.... sampai jumpa trafgic light kat simpang 3 tuh. Dari situ dah nampak dpn mata Butik manjaku tuh, ambik kanan dan lepas tuh ambik kiri. Agak2 le n cari jln nak masuk ke deretan kedai belakang Butik Manjaku tuh. Kat situ le kedai2 dia. Area situ jgk ada kedai jual brg2 buat kek. Kedai kek velvet ni namanya Bread Time Bakery, speciality mmg buat kek valvet!. Daku tadak apa2 share dlm kedai ni, cuma nak berkongsi info ngan korang yea....  Bertambah le list tempat beli kek daku....

Sebenarnya nak try jugak buat red velvet ni, tengah cari resepi yg best.  Ada jugak google resepi org putih, tapi tgh pening nak cari bahan-bahan pulak.  Jadi kena le taste dulu caner rasa kek nih, nanti baru boleh buat benchmarking ngan kek sendirik kan...kan!!!.










Ada jugak cokelat comel2 macam ni, beli jgk sekotak tuk hubby! Saja kasi suprise letak atas meja study dia sebelum keluar pergi Manjung hari tuh.