Monday, 31 October 2011

Percutian ke Perth Day 2

 

Hari ni hari ke-2 dia Perth.  Lepas makan pizza baki semalam tu, program hari ni nak ke Fremantle.  Nak ke Fremantle ni ada 3 cara boleh pergi. 

1.  Naik cruise dari Barrack Jetty
2.  Naik Tren kat Wellington Street
3.  Naik bas dari Wellington Street

Kat Wellington ada MRT station dan bus station yang terletak bersebelahan.  Kat Esplanade jugak ada stesen bas.  Mula2 kami nak naik cruise tapi memandangkan kami nak jimat kami naiklah tren.  Hari ni pergi sebab Fremantle market hanya buka pada hujung minggu. Kami beli family ticket dari mesin tiket dengan harga AUD9.50 untuk sekeluarga (maksimum 7 orang) untuk sepanjang hari untuk tren dan jugak bas Transperth.  Berbaloi-baloi...




Family rider ni hanya boleh dapat masa hari2/masa2 tertentu saja kalo tak silap. Sabtu dan ahad, serta bukan peak hour kalo hari biasa (hubby ckp).

Tren mengambil masa dalam setengah jam sebab akan berhenti dia stesen2 di laluannya.  Fremantle ni adalah bandar pelabuhan.  Kami mengikut laluan dalam peta yang kami ambik masa pegi MATTa Fair hari tu menuju ke Fremantle Market.  Fremantle ni unik sebab bangunan dia design lama tapi nampak dijaga dengan baik.  Bandar dia macam Perth jugak, kecik saja dan bersih.  Kami pergi ke Fremantle market dan disana ada jual souvenir, buah-buahan, jumpa kedai halal dan hubby beli karipap (hubby suka tapi saya tak suka sbb manis).  Ada jugal produk dari Australia dan bunga2 segar.  Kami beli epal dan strawberry.  Merasalah jugak makan epal fresh dan strawberry yang manis. Tapi harga dia tak le semurah epal kat Malaysia.  Dorang ni sumer jual barang mahal2, sebab tu negara dorang kaya kot.  Beli epal 4 biji dalam AUD2.90.





















Kat dalam E-shed ada byk jual souvenir
Selepas tu kami berjalan2 menyusuri kedai2.  Terjumpa Fremantle Prison dan ambik gambar kat luar jek.  Kalo tak silap yuran masuk dia AUD19 seorg, kami tak masuk dan terus berjalan menuju ke E-Shed Market yang popular itu.  Kat sini ramai orang asia dan barang2 souvenir jugak murah sbb byk made from china.  Sana sini jumpa orang ckp melayu.  Kami sinilah kami memborong t-shirt budak dalam AUD5 sehelai, key chain, fridge magnetic, tea towel (AUD2).  Saya seperti biasa beli barang untuk rumah, saya beli apron dan sarung tangan dan jugak alas meja.  Banyak beli barang promotion jek coz murah. 







Mmg sepanjang harilah kami di Fremantle berjalan2 ikut peta.  Kadang2 gaduh manja, kadang lapar, kadang berlari, kadang2 menunggu...merangkak jek tak.  Selepas dari E-Shed, kaki dah lenguh dah jalan, rasanya dah hampir 4 jam kaki ku melangkah...terasa tapak kaki pun dah sakit semacam.  Kami pergi ke Muzium Maritim tapi saya tunggu hubby kat luar jek coz dah tak larat nak jalan.  Hampir sejam tunggu hubby tak datang2, mana plak pegi ni.  Hati dah mula risau tapi tetiba nampak kelibat hubby, baru gembira hatiku.  Rupa2nya hubby pun tercari2 jugak, mula2 janji nak tunggu kat depan tapi tunggu kat depan tu angin sikit punya kuat...pakai baju 2 lapis + baju sejak pun masih rasa sejuk.  Terus saya duduk kat kerusi kat tepi muzium.  Perut dah lapar.  Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kailis Seafood yang terletak di hujung pantai tuh.  Kami berlari2 anak pergi sana coz hujan mula turun renyai2.  Mula2 tak nak pegi coz nampak dalam peti macam dalam 2km jek kena jalan lagi.  Tapi my hubby ckp dekat jek, menyeberang jalan jek kononnya.  Rupa2nya masa dia hilang tadi dia dah separuh jalan ke sini.  Cisssss...  Agak jauh jugak kami jalan lalu kat round house tuh.  Baru le nampak Kailis tu.  Masuk dan terus order fish n chip yang popular tuh.  Sambil2 tu tengok laut dan apalagi...my favorite...burung camar.  Tren paling last pegi Perth jam 5.30. jadi kami kena cepat.  Lepas order, kita akan diberi 1 alat yang akan berbunyi bila makanan kita dah ready.  Kat sini jugak boleh beli seafood by kilo dan minta dorang masak.  1 plate fish n chips tu dalam AUD19 yang ada 2 fillet ikan tu, seperti biasa kami sharing.  Sebab tu cepat jek lapar nyer!!!.  Berdekatan Kailis ni ada jugak restoren lain tapi masa kat Fremantle ada makcik tu recommend restoren ni.  Sebelum maraton lari ke stesen keretapi balik, saya sempat order aiskrim.  My hubby ambik rum dan saya ambik pisthacio...bubuh dalam 1 kon jek (Kan shaaaaaaaring, itu pun 2 scop dalam AUD4 kot).  Sambil berlari dibawah hujan2 tu sambil makan aiskrim.  Hubby kutuk saya 'taste you ni teruk' coz dia tak puas hati pistachio pilihan saya rasa macam ubat nyamuk.  Saya pulak g korek2 rum dia kat bawah sambil senyum2.  Saya jauh tertinggal dibelakang, dia dah sampai stesen. Baru jek sampai kat luar stesen, hubby dah lambai suruh masuk.  Ingatkan dia just remind dia nak masuk dalam, rupa2nya tren dah menunggu dah...lagi 2 minit nak berangkat.  Saya pun pecut 100km sejam masuk dalam tren sambil semput2, hubby plak tertinggal kat belakang.  Sib baik tiket tak payah beli dah, guna pagi tadi punya. Negara maju le katakan, dlm jadual kul 5, jalan tetap kul 5 tepat ok.  1 minit kemudian, tren jalan.  :)

Dalam setengah jam kemudian sampai kat Stesen Train Perth.  Bila singgah kat Farmasi kat atas jumpa Perfume Circus Fantasy 100ml edp promotion AUD37.  Org kedai tu ckp promosi sampai isnin jek.  Takpe..tak pe ada masa lagi leh survey.  Kami pun nak masuk Myer shopping mall, rupa2nya dah tutup.  Sedihhhhh....terus kami berjalan kaki balik hostel.



Malam tu saya masak bubur knorr, share makan ngan hubby.  :)  Terasa miskin nyer dok negara orang ni.  Tak boleh dah beli makanan coz AUD100 dolar yang kami kumpul semalam tuh dah tinggal AUD50 jek lagi.  Cadangnya AUD100 tuh tuk 5 hari, ni sehari dah belanja AUD50 dah.  Yelah, kami beli buah2an + air  sumer guna duit makan share tuh.  Tapi best coz masa jalan2 kat Fremantle tadi sambil kunyah epal dan makan strawberry. Nampaknya makanan saja dlm AUD50 tuk 2 orang sehari.  Itu pun sharing...kurus le pas ni. 




Friday, 28 October 2011

Percutian Ke Perth Oct 2011 Day 1

Assalammualaikum semua.

Terima kasih sebab sudi membaca blog saya.  Blog yang menjadi pengisi masaku dirumah dan menjadi tempat bagiku mengasah skill menulis. 


Berdekatan Esplanade, Bell Tower dan Barrack Jetty

Diluar airport, nampak tak stand color oren?.  Di situ le nak tunggu mini bas CONNECT tuh.

Airport dia kecik saja

Ozi Inn Backpacker yang kami duduk.  Kami ambik bilik berdua dengan harga AUD60/night. My hubby booking kat website booking.com.   Toilet kat luar dan ada dapur yg sharing masak kat bawah.  Hostel ni macam banglo 2 tingkat jek dan kebanyakkan yang duduk sini berkerja di sekitar Perth dan ada yang tinggal berbulan2 kat sini.



Ni dia hostel sebelah Ozi Inn jek, lagi besar dan mcm best.  Sempat kami menjenguk2 ke dalamnya, lagi murah dari Ozi Inn.  Namanya kalau tak silap Underground Backpacker, ramai jugak orang duduk sini.



18SX

Mesin byr parking

Area Northbridge ni byk betul restoren halal



Salu jumpa bende2 artistic macam ni kat town...i like!!




Kami salu guna menara jam ni as trade mark bila pusing2 atau nak g pusat bandar.







Saya dan hubby bercuti ke Perth pada 20hb Oktober 2011 yang lalu menaiki pesawat AsiaAsia X, bertolak pada pukul 11.50 malam dan sampai di Lapangan Terbang Perth pada jam 5.45 malam. Melewati imigrisen yang agak ketat, ini adalah kunjungan saya kali ke2 ke negara kangaroo ini, jadi dah maklum sedikit sebanyak tentang karenah imigresen di Australia.  Saya declare bawak makanan kering dlm borang imigresen.  Bila turun menuju ke kaunter imigrisen terdapat beberapa orang kakitangan bertanya jenis makanan apa yang saya nak declare, saya jawab  'dry noodle'.  Selepas itu berbaris pulak untuk scan beg, bila sampai ke kaunter, staf situ tanya jenis apa makanan yang sana nak declare, saya jawab 'instant noodle'.  Lepas tu dia scan beg dan suruh saya pergi begitu saja.  Biasanya beg akan dibuka dan diteliti setiap ingredient yang tertera pada packing barang yang kita bawak.  Lepas tu barang2 yang berasaskan susu tak boleh bawak, kerepek2 pisang xboleh bawak, barang2 yang dah dibukak pun tak boleh masuk.  Jika kita ingin nak bawak kuih (raya) yang dibuat sendiri, kita kena lekatkan isi kandung pada barang yang kita bawak itu.  Selepas menuju ke kaunter lain untuk cop passport pulak.  My hubby ada masalah sbb surname dia ada 2.  Bahaya jugak kalau nama panjang2 ni, passport kami di pass pada pekerja di belakang kaunter.  Selepas dia membetulkan maklumat dalam sistem dia (agaknyalah) baru passport kami dipulangkan semula.  Selepas itu kami keluar ke luar airport.  Masa ni jam telah menunjukkan hampir pukul 7 pagi.  Pekerja disana telah menunjukkan shuttle Connect warna oren yang boleh kami naiki menunjukkan tempat untuk menunggu bas tersebut.  Nampaknya orang2 Perth ni agak berbeza sedikit, dorang agak peramah dan suka menegur/menolong dan senyum.  Van kecik saja dan ada macam tong kecik kat belakang bas yang terpisah dari badan bas tu utk tempat letak beg.  Nampaknya dalam 20 minit lagi baru bas kami akan sampai.  Kami lepak2 dulu kat luar airport.  Cuaca pada masa itu tidak sejuk sgt tapi bila angin bertiup, mmg terasa sejuk sampai ke tulang.  Dah le pakai selipar, terasa sejuk sgt kaki.  Dah pakai baju sejuk + shawl pun rasa sejuk.

Bila bas kecik oren CONNECT tu sampai, kami byr sebanyak AUD16 seorang sehala dan diberikan peta bandar Perth.  Nama hotel kami jugak diambil.  Perjalanan menuju ke Perth tidak lama, dalam setengah jam lebih kot...tak ingat coz saya sempat lagi tido.  Bas comel ini akan pergi ke Domestik terminal dulu.  Agak bagus sebab kita akan dihantar terus ke hostel yang kita nak. 

Sampai ke Ozi Inn Backpacker, kami ambik masa yg agak lama nak tunggu pekerja dia sampai.  Harga hostel kami ni untuk private room tapi shared bedroom dalam rm800 untuk 5 hari.  Menunggu hampir 1 jam, kami ambik keputusan untuk berjalan2 di area Northbridge.  Sempat makan pizza yang berharga AUD11 + air oren AUD2.50.  Kami mmg telah membuat perjanjian yang makanan kami akan share bagi menjimatkan duit.  Kami kumpul duit AUD50 seorang untuk makanan sahaja.  Lepas makan kami balik ke hostel semula.  Sejam kemudia baru le pekerja tu sampai.  Dimaklumkan pengurusan hostel ni letak berubah dan mmg byk komplen dah.  Pekerjanya hanya seorang dan menunggu ni agak membuang masa kami memandangkan masa yang terhad.  Saya tak recommend le hostel ni coz bersepah dan pengurusan dia teruk sejak bertukar pengurusan ni. Tandas pun kena share, mmg tak selesa.  Sebelah hostel ni ada bangunan hostel yang lebih besar tapi tak ingat nama dia.  Kebanyakan penghuni disini adalah orang yang tinggal dalam masa yang laam, ada yang dah tinggak kat situ 2 tahun pun ada.  Secara keseluruhannya tentatif kami:

Day 1:  Perth City + Bell Tower + King's Park
Day 2:  Fremantle + Murray Street
Day 3:  Midland + Mandurah + Murray Street
Day 4:  Belmont Forum Shopping Mall +  Murray Street
Day 5:  Balik KL selepas subuh

Selepas check in, kami terus jalan kaki menuju Wellington Street, Perth MRT Station dan terus ke Esplande dan ke Baracak Jetty.  Di sini boleh bergambar kat Bell Tower dan ambik cruise menuju ke Swan Valley, Perth Zoo dan ke Fremantle dan tempat2 lain juga ada macam nak ke Margaret River, Lancelin etc.  Kami mmg tak nak ambik pakej sebab pakej ni mahal.  Pakej bot menyeberang ke Perth Zoo + entrance fee pun dan AUD25.  Walaupun boleh naik bas CAT yang free dalam bandar tapi kami lebih selesa berjalan kaki ke mana-mana.  Semasa dalam perjalan dari airport tu pun, kami dah dibawah oleh van Connect tu round2 city sambil hantar orang. 













Suka sangat kat burung camar ni, ni kira ikon untuk Perth jugak coz sana sini boleh jumpa


Perth ni mesra basikal

Dari Barrack Jetty kami jalan kaki menyusuri laut untuk ke King Park, tangga John Ladder ni kami jumpa untuk naik ke King Park tuh, punya le tinggi.  Tangga ni jadik tempat dorang bersenam plak lari turun naik tangga.







Kami meneruskan perjalanan menyusuri pantai sambil melihat2 camar laut yang sangat cantik. Lepas tu kami ikut jalan laluan pejalan kaki dan basikal menuju ke John Ladder dan King Park.  Agak tinggi jugak John Ladder ni, semput nak naik.  Kat tangga ni ramai orang jogging turun naik tangga.  Sampai ke King's Park, kami ambik2 gambar jek.  Masa sampai situ dah dekat jam 4 petang.  Kat sini jam 5 pun dah mula gelap.  Hanya dalam sejam je lepak2 kat sini.  Sempat ambik gambar dan menghidu secara live bunga lavender.  Sebijik macam bunga lavender plastik tuh.  Bukan macam bunga ros yang wangi dia agak kuat tapi lavender ni kena cium dekat2 baru boleh cium bau dia.  Dari sini nampak laut dan bandar perth yang indah.  Suka pijak2 kaki kat rumput dia, sejuk...mungkin ada air kat bawah rumput ni untuk siram dia. 


Bunga lavendar yang cantik

Teringin nak round seluruh taman ni tapi taman ni teramat le besar.  Bunga2 liar pun ada kat sini. Bila makin gelap kami turun ke bandar melalui rumah2 kat situ.  Org kat sana suka tanam bunga ros di halaman rumah, besar2 pulak tu bunganya...kami cuci2 ambik gambar dan cium macam org jakun.


Tempat local lepak2 sambil tengok bandar Perth

Sempat jalan2 kat Murray Street kejap.  Tengok perfume dan barang2, hhhhhhmmmm nampaknya tadak le chance le nak shopping, brg sumer mahal2.  Beli perfume ok le kot.  Otw balik, beli pizza kat Isqa Kebab dengan harga AUD9.50 + 1 tin air.  Sampai hostel kami makan kat pantry dan balik tido.  Malam2 dok bilik jek coz shopping mall kat sini tutup 5.30 petang.
















Esok sambung jalan pulak.  TQ kerana sudi singgah ke blog saya. :)