Saturday, 3 December 2011

Twilight Breaking Down Part 1


Hari ni saya dan hubby telah pergi ke Mid Valley untuk menonton Twilight Breaking Down.  Tahun lepas kami ada jugak pergi menonton filem ini, tahun lepas kami tengok citer ni kat MBO Spark kalau tak silap dan kami baru kawin masa tu.  Tidak seperti kali pertama saya menonoton cerita ini pada tahun lepas, dimana saya tak faham dan asyik bertanya kepada suami saya banyak soalan yang menyebabkan suami saya agak bengang.  He...he... Ingat lagi antara soalan saya masa tu adalah 'apa beza si Jacob ni dengan si dracula nih?.  Kenapa plak si Dracula ni bergaduh ngan si Jacob?. Dan macam2 lagi.  Masa itu saya begitu confuse konflic antara dorang bertiga ni dan kenapa mereka saling bergaduh antara satu sama lain.  Dan paling terkejut apa kaitan serigala pada awal2 kejadian dengan dorang bertiga nih.  Dan masa tu ada 1 babak dimana si Jacob membuka baju dan 2 orang perempuan yang duduk sebelah bukan main lagi bersorak. Masa tuh saya fikir 'hmmmm macam biasa jek mamat ni, nape le dua org pompuan kat sebelah ni excited sgt'.  Bila dah last2 tuh baru le terasa yang citer ni best. 

Oh ya cita kali ni byk pasal Bella.  Mula2 cerita adalah kisah tentang persiapan perkahwinan mereka dan cantik sgt dorang kawin kat dalam taman + hutan2.  Lepas kawin dorang pergi Brazil dan bercuti kat sebuah pulau.  Jacob dtg masa kawin Bella tapi jumpa kat belakang taman jek.  Masa kat pulau mereka risau tentang hubby dia akan cederakan Bella masa make love.  Inilah yang Jacob risaukan dan menyebabkan pertengkaran antara Bella dan Jacob masa resepsi perkahwinan dorang.

Masa kat pulau tu, baru 2 minggu kat sana tetiba Bella dah mengandung.  Biasa le kan express jek baby dorang ni, baru 2 minggu baby dah bergerak.  Dorang balik ke rumah hubby dia balik dan Bella terpaksa tipu bapak dia yang dia berada di Switzerland makan angin.  Bella menghadapi masalah masa pregnant dan byk scene dan konflic time nih.  Ending nyer pegi le tengok sendiri yek...  Saya dapat rasa yang citer ni akan ada sambungan nya.  Dan cerita2 makin menarik pulak. 

Selepas menonton wayang kami sempat berpusing2 dalam Mid Valley dan pergi ke Exhibition Centre ada pameran games dan gadget.  Tetiba ternampak idaman hari: 




Tapi tak beli pun.  Lepas tu pergi ke Centre Court dan hubby belanja makan Baskin Robin aiskrim.  Hubby beli 3 scoop dan kami share jek.  Perut dah lapar, kami pegi makan kat Restoran Belangan kat The Garden.  Hhhhhmmmm restoren ni menjual makanan pantai timur..mmg sesuai ngan selera hubby.  Hubby makan nasi kerabu dan saya makan nasi dagang.  Memang sedaplah masakan kat restoren ni, saya recommend le restoren ni kepada kengkawan2 semua untuk dicuba yea. :)



No comments:

Post a Comment