Thursday, 8 December 2011

Tabletop Dapur

Cantikkkkkkk...

Saya nak share tentang pegalaman saya membuat tabletop untuk dapur rumah kami. Semasa bujang saya tak kisah sgt pasal dapur ni.  Tapi bila dah kawin, tetamu terutama belah suami ramai datang rumah.  Rasa malu pulak dan masa tu singki kami dah nak runtuh dah.  Jadi saya mula buat layout pelan untuk dapur dan mula mencari2 quotation untuk tabletop sekali dengan base KC.  Memandangkan bajet kami dalam RM2k jek...jadik ambik masa sikitlah untuk cari yang kami nak.  ADa jugak saya cuba antar layout plan ke website yang buat KC tapi bajet paling murah dapat RM2100 untuk tabletop saja.  Tabletop kami ni tak sampai pun 7 kaki.  Suami saya pun ada jugak cari tapi jumpa RM3700 minimum untuk kabinet saja, tapi base + wall.  Aduhai pening pala.  Entah macamana hari tu dah rezeki, terjumpa jiran selang serumah dan dia kasi contact nombur sorang kontraktor ni. 

Dengan kontraktor ni, dia dtg ukur dan dia ckp tabletop + pintu kabinet, dia akan kasi RM2k saja.  Cuma saya nak laci seunit kena tambah RM150.  Saya bagitau nak tile yang kilat2 dan high kualiti, xmo barang dari China.  Dia ckp ok.  Cantik tak?. RAsanya berbaloi jugak dengan harganya.  Cuma kontraktor ni lambat sgt buat keje.  Seminggu sekali jek dia datang, itu pun keje 2 jam jek.  Kalau ikutkan kualiti keje nampak cantiklah dia buat tiles ni.  Oh ya..singki dia kasi free, manakala paip air saya beli kat Kedai Wiltek bangi dalam RM80.  Dah sebln pun tak siap2 lagi, dah penat dah saya kejar dia suh dtg buat keje...sampai penat sgt.  Byr plak skit2, bila dia dah beli simen sy kasi skit, dah buat tiles byr skit.  Kadang2 nak gelak dengar macam2 alasan tak leh datang.  Kunci gril umah mmg kasi kat dia coz takkan le saya nak tunggu dia buat keje, dah le keje tak tentu masa.  Saya dan hubby keje jauh plak tuh. 


Tiles dia susun mmg cantik, rapat dan hampir tak nampak

Akhirnya hampir 2 bulan baru le siap.  Cuma yg tak bestnya...rak dalam kabinet ni macam main2 jek.  Masa sy tanya dulu, dia ckp akan buat rak.  Tapi tak sangka pulak dia kasi rak yang tak attach kat dinding dan lantai pun dia tak simen.  Dah satu hal plak saya kena cari papan tuk alas lantai ni.  Rak dia ni terdiri dari 2 keping papan yang dipakukan saja dan dibuatkan kaki.  Mmg tak sesuai tuk letak bende berat...sure roboh punya.  Saya ada jugak suh dia dtg balik buat rak betul2 dan saya akan bayar lebih tapi sampai sekarang tak datang2.

Ni kiranya projek hujung tahun kamilah.  Syukur hubby nak share buat tabletop ni.  Projek tahun dpn plak nak buat wall kabinet pulak.  Kali ni nak ambik yg ikea punya jek...dah tak larat dah nak tunggu2 macam kontraktor ni.  Berjanggut tunggu dia siap buat keje...sabar je
le.


Ni yang frust...ni part yang paling last dia pasang.  Terkejut tengok tapi masa tu dalam otak nak suh dia habiskan cepat2 jek, tak larat dah nak tunggu

Apapun kombinasi color ni mmg cantik.  Hubby nak warna gelap coz dia ckp kalo kotor tak nampak.  Sy plak nak warna putih.  Sy gabungkan ambik tiles 2 kaki x 2 kaki color walnut dan kabinet color putih.  Nak pilih color pun hari tu pening pala dah.  Nanti kabinet ikea nak color putih.  Sweet n comel jek coz sy tak nak buat besar2 kabinet ni coz tak nak menyempitkan dapur.  Kalau ikutkan ada lagi dinding belah sini yang boleh buat tabletop tapi memandangkan bajet pun ciput...buat je le seadanya.  Kalau ada rezeki nak buat wall KC plak tahun depan dan nak buat wardrope jugak.

4 comments:

  1. Pintu kabinet tu bai boleh re-install dan psg balik sendiri, sbb dia skru je kan?...mmg pelik pintu tu, tersalah psg ke apa...huhu...

    btw...KC ni dh cantik dan sesuai dgn dapur tu. Good job sis.

    ReplyDelete
  2. Tq kaksu. Tak sabar nak mulakan projek Wall KC plak nih...he...he..

    ReplyDelete
  3. xla... pintu tu da btol da pasang

    ReplyDelete
  4. Klau nak buat wardrobe visit blog ni.... agrcabinetnwardrobe.blogspot.com

    ini kilang cabinet melayu....dia workers cina...hasil kerja dia memang quality. ini kilang over 10 years. harga dia memang x mahal sgt dan x murah sgt yg penting quality....dia ckp puchong kitchen memang murah...ramai yg compalaint mahal x sampai 2 tahun kayu dimakan anai2.

    ReplyDelete