Sunday, 18 December 2011

New Year's Eve: Pergi berdua balik sensorang

Hari ni hubby ajak pegi tengok wayang, bukan dia ajak sebenarnya, saya yang ajak dia dari beberapa hari lepas.  Hubby tak ckp nak tengok wayang kat mana, dah berbuih mulut saya bertanya...dia masih macam tu jugak, membisu.  Rupa2nya nak ke Wangsawalk.  Kami tengok New Year's Eve jam 11.20, hubby ckp nak tengok movie paling awal.  Pun tak tau kenapa coz hubby tak jawab bila di tanya.  Nampak nya macam one way communication jek nih.  Sy mmg keluar bawak badan je coz tak tau apa2.

Citer ni best sebab ramai pelakon hebat2 berlakon sama, Sarah Jessica Parker, Hale Berry, Hillary Swank, Michelle Pfeiffer, Zac Efron, Abigail Breslin, Jake Ta Austin,Asthon Kutcher, Lea Michele (Glee), Jon Von Jovi, Katherine Heigl, Robert DiNero, Alyssa Milano, Cary Elwes, Set Meyers, Jesscie Biel, Til Schweger,Sarah Paulson, Josh Duhamel, Sofia Vergara etc.  Ceritanya tengan Hillary Swank Vice President of Times Square Alliance sedang menguruskan penurunan bebola besar atas bangunan Times Square.  Beberapa jam sebelum detik 12 tengah malam, bebola itu akan dinaikkan ke atas dan bila tepat jam 12.00 tengahmalam, bebola itu akan diturunkan ke bawah.  Susahnya nak cerita semua...goggle le ya.  Mengisahkan cerita beberapa orang yang sebenarnya ada hubungkait sedikit antara satu sama lain.  Setiap babak tu ada cerita masing2 dan semuanya berkaitan dengan sambutan tahun baru.  Ceritanya santai dan menyeronokkan, lucu, ada romantik comedy dan ada nilai2 kekeluargaan.  Semuanya berlaku pada malam hari sebelum tahun baru dan malam tahun baru.  Bestnya tak payah nak fikir2 sgt citer ni cuma pada penghujungnya ada persoalan siapakah perempuan yang hendak dijumpa oleh hero kat restoren pada tahun baru tuh. Memandangkan byk watak dalam filem ni...saya tertanya2 siapa kah perempuan itu?.  Perempuan yang hero jumpa pada sambutan tahun baru tahun lepas dan mereka berjanji untuk jumpa pada tempat yg sama pada tahun ini. Suspen pun ada....

Kenapa tajuk pergi berdua balik sensorang?.  Lepas tengok movie, saya mengambik keputusan untuk balik ke Cheras naik lrt sebab tak tahan tengok hubby sibuk main iphone saja.  Dah namanya outingkan, cuba2 le fokus pada isteri ni haaaa.  Jgn dok asyik main iphone saja, sampai tengah berjalan2 di koridor dok main iphone jgk...udah2 le tu.  Itu pun dah cukup baik saya balik sensorang, kalau saya baling iphone dia ke dalam longkang caner?

1 comment: