Sunday, 4 December 2011

Lawatan Pelajar Tahun 1 ke Ladang Babi Sepang dan Putrajaya


Swan Pond kat Taman Wetland Putrajaya

Assalammualaikum semua, terima kasih for reading my blog ya

Setelah hampir 2 bulan membuat persediaan untuk lawatan pelajar ni, akhirnya semalam kami bertolak ke Sepang seawal jam 8.30 petang membawa bersama 46 pelajar tahun satu, 2 orang pensyarah dan 4 orang kakitangan makmal.  Budak-budak ni tahun 1 dan saya mmg puji mereka sebab semasa taklimat khamis lepas saya remind mereka untuk berkumpul kat Foyer Bangunan Biologi pukul 8.15 pagi. Paginya tuh saya mmg teramat malas nak bangun nak pegi Bangi pepagi ahad ni tapi disebabkan oleh tugas, terpaksa le jugak.  Ditambah lagi dengar2 hubby nak pegi KLCC hari ni, lagi le jeles.

Sampai je kat foyer jam 8.15 pagi, budak2 ni dah berkumpul.  Mmg berdisiplin mereka ni, harap2 disiplin ni sampai le dorang tahun 3 nanti yek.  Saya pegi opis kejap ambik fail dan print kehadiran pelajar.  Jam 8.35 kami bertolak melalui Dengkil, Jenderam Hulu, Salak Tinggi dan terus ke Tumbok Estate.  Berhenti di tepi jalan besar dan menapak hampir 1 km sebab bas tak boleh masuk.  Kali ni kami akan melawat Ladang Ternakan Babi. Budak ni mmg kecoh sebab bau yang teramat le busuk bila melalu ladang-ladang ayam dan dorang pun excited dan tak sabar2 dah nak sampai. 


Lagoon No.4, kat sini ada 5 lagoon.  Air kumbahan mengalir dari lagoon 1 , masuk lagoon 2, dan seterusnya sampai Lagoon 5.  Mmg dipanggil lagoon ya, bukan kolam kata wakil dari ladang ni.  :)

Sampai ke ladang babi tu, kami disambung oleh pekerja di sana.  Kami dibawa melalu kandang babi dan kami nampak babi-babi in diletakkan di dalam kandang dan hampir 10,000 ekor babi ada dalam ladang ini.  Seteruskan kami di bawa ke kolam takungan kumbahan.  Mula2 air dari kandang babi akan ditapis, pepejal akan di masukkan ke dalam karung yang akhirnya akan dijual menjadi baja dan sisa cecair pulak akan di masukkan ke dalam kolam pertama.  Ada 5 kolam takungan yang ada dan kolam takungan kelima akan disalurkan ke paip dan longkang.  Ladang ni agak baik pengurusan kumbahannya, cuma ada banyak lagi penambahbaikan yang dorang boleh buat untuk meningkatkan cara perawatan sisa mereka. 

Kat lagoon 1, lagoon paling kotor....airnya pekat..budak2 ni semangat jek mendengar

Semenjak kes JE, byk ladang2 babi telah ditutup dan mereka menggantikan ladang tersebut dengan tanaman buah naga dll.  Cuma ada sedikit je lagi yang tinggal beroperasi.  Memandangkan penduduk negara ini ada yang memakan daging ni, memusnahkan semua ladang babi adalah mustahil.  Apa yang boleh dibuat adalah untuk menghadkan ternakan untuk domestik saja memandangkan ternakan babi ini berisiko tinggi dengan pengurusan sisa kumbahan yang baik bagi menjaga alam sekitar kita dari tercemar. 

Ni baby babi ditempatkan dalam kurungan, lepas dikasi mandi...nampak bersihlah

Setelah hampir sejam disini kami mengucap terima kasih kepada pihak ladang yang begitu baik sekali, memberikan kerjasama dan melayan kami dengan baik, kami meneruskan perjalanan ke LCCT, singgah makan dan solat di Dengkil.  Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Taman Wetland Putrajaya.  Mula2 saya nak tempah tram untuk pelajar tapi kebetulan masa ni Pertonas ada buat family day kat sini dan telah menempah semua tram yang ada (ada 2 jek pun). 


Lookout Tower...budak2 ni suka panjat ni dan bergambar2 kat atas...last sebelum bertolak balik
Di sini kami melawat Swan Pond, Interpretation Centre dan Lookout Tower.  Memandangkan ada antara pelajar ni adalah dari Indonesia, jadi mmg sesuai sgt bawak dorang ke Putrajaya.  Kat Interpretation Centre tuh ada muzium dan galeri yang menerangkan tentang kepentingan wetland ini.  Dalam soalan yang saya telah buat untuk pelajar ni, mmg ada soalan tentang fungsi Wetland ni....jadi budak2 ni sempat le mencopy jawapan kat sini.  Taman Wetland ni mmg memberi byk sumbangan kepada Putrajaya.  Di sini aliran air (run off) dari Putrajaya dialirkan ke sini dan tasik2 ini dibuatkan sel2 yang menakung air dan ditanam bermacam jenis tumbuhan air yang boleh menapis bahan2 merbahaya seperti logam berat dah sebagainya sebelum air ini dialirkan semula ke sungai2 dan tasik Putrajaya.  Selain itu ia berfungsi sebagai tebatan banjir, santuari burung dan eco-tourism.

Taman ni sesuai untuk aktiviti camping, berkelah, juga boleh sewa basikal.  Pihak taman juga ada menawarkan macam2 pakej seperti pakej camping, treasure hunt, aktiviti air dll..anda hanya perlu pergi ke Information Center di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut ok.  Harapnya lawatan ini akan mendedahkan pelajar kepada hubung kait aktiviti manusia dan alam sekitar dan berjaya mencapai objektif kursus Manusia dan Sekitaran ini.  Saya pun gembira sebab telah dapat menguruskan lawatan ini yang pensyarah sifatkan bagus dan ekstrem dari lawatan biasa yang mereka buat.  :) Budak-budak ni pun happy jek dan gembira sepanjang lawatan..sampai ada yang tak nak balik.  Selepas mengharungi kebusukan di ladang babi, mereka happy dapat pergi ke Taman Wetland.  Ramai antara mereka berminat datang ke sini lagi bersama-sama keluarga masing.  Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar kita demi kelestarian anak cucu kita dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment