Tuesday, 13 December 2011

Dapur impian - Special edition for Zaila

Baru mendapat panggilan dari kawan lama, Pn. Zaila.  Kawan serumah dulu dan sekarang ni adalah ibu kepada 2 orang cahaya mata.  How sweet kan...  Sempat minta dia tengok gambar tabletop yang baru buat tuh bila dia pun tengah nak cari info pasal ni.  Nak buat dapur idaman ni, mula2 kena fikirkan bajet dulu berapa, lepas tu buat peta lantai macam ni:


Mula2 nak buat pelan lantai ni pun sikit punya pening.  Nak buat tabletop pada semua dinding atau just simple jek.  Nafsu sikit punya besar nak tabletop keliling le kononnya mula2 tuh.  Lelama ni lah pelan lantai yang final sebab bajet RM2k jek. Dah ada ni senang sbb kita dah boleh nak ukur berapa panjang tabletop yang kita nak, lepas tu kalau nak minta quotation pun just email pelan lantai ni kepada kontraktor tuh. 

Faktum Kitchen Muka surat 140 & 141 Katalog IKEA 2012, dengan pelbagai pilihan materialnya, suka solid tapi tak de bajet

Ni adalah harga bagi setiap part yang kita pilih ikut jenis material dalam muka surat 140 & 141 tuh.  Muka surat ni pada 352 & 353.

Kawan saya ni berminat pada IKEA.  Saya pun suka ikea, untuk Wall KC saya pun nak ambik IKEA jek.  Hari tu masa survey ada 2 jenis dapur yang saya tengok.  Yang pertama yang Faktum tu dan yang kedua ialah yang Udden yang semuanya besi.  Udden ni saya tengok macam dapur kat hotel2 yang semuanya dari besi, praktikal tapi saya tak minat.  Kitchen kabinet untuk bawah tabletop tuh dipanggil BASE, manakala kitchen kabinet untuk atas dipanggil WALL.  Kalau kita buat tabletop sahaja, maksudnya bawah tabletop tuh akan jadi lompong.  Tabletop ni pulak ada banyak, ada yang dibuat dari tiles 2' x 2 '(paling murah), granit, melamin, marmar etc. 

Ni Udden, sumernya guna material besi
Kebaikan Faktum ni kita boleh pilih2 dan gabungkan mana yang kita nak (ikut pelan lantai tadi) dan kita dah boleh agak berapa harga.  Ada juga aksesori yang kita kena beli macam handle etcnya....tapi kita senang le nak bajet.  Tak ada experience ambik Faktum untuk Base tapi sebab saya nak buat Wall, jadik saya ada le buat research sikit2. 

Saya nak buat wall, tapi saya punya dinding tu panjang dia hanya 71 inci, saya nak ambik Wall cabinet yang tinggi skit 80cm x 92 cm. Muat le 2 unit kabinet yang ada 2 pintu tuh, ada lebih skit beberapa cm rasanya.  Saya nak yang putih dan jenis APPLAD White, RM410 seunit.  Jadi untuk kabinet jek bajet dalam RM820.  Saya fikir2 nak beli yang ada glass tapi yang STAt Glass White tu harga dia RM650 pulak...tak jadik le mahal.  Ikutkan kalo glass senang nak tengok apa barang letak dalam tuh.  Hu...hu..  Jadik kos kabinet + handle/knobs + penghantaran + pasang = RM1k plus plus le bajet.  Hari tu dah survey, saya nak yg macam ni tapi yang ni solid rasanya tapi saiz dia lebih kuranglah:


Ada jugak kwn saya yang ambik kabinet IKEA ni.  Pergi le sana bawak plan lantai tu dan minta staf kat situ bantu.  Saya pun nak jgk pegi sana lepas trip g New Delhi nanti.  Bulan ni tak boleh sebab nak langsaikan sumer hutang2 kad kredit dulu. Sekarang ni tengah kumpul duit untuk beli rumah kat area opis plak.  Tak larat nak berulang-alik tiap hari. Lgpun takut nanti dalam beberapa tahun ni kos idup + minyak naik.   Dah lama dok umah atas, tetiba teringin nak dok umah bawah plak.  Pegi ikea pun nak cari aksesori macam rak rempah, ruang berpetak untuk laci, dulang kutleri, cangkuk pengetus pinggan dll lagi lah untuk ruang dapurku yang comel ni.  Semuanya kena gantung sebab ruang tak berapa nak luas kan.
..
Selamat maju jaya yea Zaila!!!

1 comment: