Sunday, 27 November 2011

Puss in Boots



Hari ni saya pergi menonton wayang Puss In Boot bersama-sama dengan kawan rapat saya Ms N.  Semalam saya dtg lepak2 umah dia sebab my hubby ada trip ke Kuala Terengganu.  Masa inilah masa bersantai2 untuk saya bersama kengkawan.  Tiket telah dibeli di TGV online dari semalam lagi.  Senang, tak payah nak bersesak berbaris.  Bayar online guna cimbclick.  Tengok kat Wangs Walk Wangsamaju.

Sebenarnya anak buah saya ada kat umah, jumaat malam saya ambik dia kat UniKL tapi sebab saya dah janji ngan Ms N saya nak lepak umah dia hujung minggu ni, jadik saya biarkan je le anak buah saya dok sorang2 kat umah.  Lgpun dah besar dah...dia pun ckp 'tak pe le makcik. adik boleh je dok sorang2 kat umah makcik'.  Ni le yang best ada anak saudara yang sporting.  Tq Fadlee...:)

Berbalik pada movie ni.  Citer ni ada unsur2 sepanyol yang menari2 samba tuh.  Citer nyer agak santai dan boleh diagak tapi sesuai untuk budak2lah sebab byk moral yang boleh kita dapat dari sini.  Tentang setia kawan, kejujuran, kasih sayang dll.  Citer nyer tentang seekor kucing yang dijaga di rumah yatim.  Dia telah diperangkap oleh teman rapatnya sendiri si telur.  Semenjak dari itu, dia telah melarikan diri.  Dia berazam mencari magic bean sebab dia nak tebus balik kesilapan yg dia lakukan pada penduduk kat kg dia.  Tak reti le nak cerita lebih lanjut coz cite ni macam citer si Jack dengan kacang panjangnya yang naik sampai ke awan tuh.  Kat sana dia jumpa anak itik yang boleh bertelurkan emas.  Dorang nak bawak balik kat kg.  Dia jugak telah jumpa balik ngan si Telur dan mereka bersama2 mencari Magic bean tu.

Lepas tengok wayang ni, kami balik umah dan masak2.

No comments:

Post a Comment