Wednesday, 9 November 2011

Percutian ke Perth Day 4



Hari ni hari terakhir, terasa sekejap jek dah hari terakhir.  Terasa nak dok lama lagi sambil bermalas dan bergurau senda ngan my hubby.  Tapi apakan daya, kena balik dah, duit pun makin nipis.  Tinggal duit tuk shopping jek lagi.

Kali ni kami nak pergi ke Belmont Forum.  Kami nak naik bas tapi bila pergi ke Stesen Bas kat Wellington tuh, pekerja tu ckp bas tak ada pegi Belmont forum dari situ, kena pegi ke Esplanade punya stesen bas.  Kami pun pergi ke stesen MRT dan beli tiket one way AUD2.30 seorang.  Kami naik train pergi ke Oats Street.  Kami dah confuse sebab patutnya nak berhenti kat Stesen Victoria tapi kami tersilap naik tren plak, tren ni tak berhenti kat Victoria Stesen.  Sampai Oat Street kami turun.  My hubby ckp kena pegi balik ke Esplanad.  Saya dah frust dah coz itu nanti akan buang masa jek, mmg tak byk info pasal Belmont Forum ni dalam website. Yg tau ada bas dari King's Park berhenti kat Belmont Forum dan terus pergi ke Airport.  Sedang pening2 tu tetiba saya nampak jadual bas kat tepi bus stop yg  nampak dari ruang menunggu kat stesen ni.  Saya pun tengok dan nampak yang bas no 88 tu akan lalu Belmont Forum.  Yes...yes...saya pun ngan happy nyer ckp ngan my hubby.  Lepas tu naik bas di tepi Oat Street tu bas no 88 kalo tak silap dan guna tiket tren tu jek.  Cuba tengok kat timetable di tepi bus stop tu yea tuk tengok jadual bas nya.  ADa 2 bas je yang singgah kat tepi stesen MRT tuh.  Kalau tak silap bas yang lagi satu tu pergi ke Fremantle.  Kami melalui rumah2 teres dan dalam 15 minit kemudian nampak poster Coles, Woolworth...kami pun turun.  Kebetulan ada penumpang tekan loceng nak turun kat situ. Cadangnya nak pegi bli Pyrex container yang kaca tuh.  Lepas tu saja je gatal2 nak tengok Corelle.  Mula2 pegi terasa lengang jek kawasan tuh, bukan macam sesetengah shopping mall kat KL yang penuh sesak dengan kereta dan orang melepak.  Kami sampai sana pun dalam jam 9.30 pagi lagi.  Yg malangnya kat australia ni, teksi susah nak dapat.  Hampir saya tak nampak pun teksi semasa berada di Perth.  Pengangkutan utama bas dan MRT jek.

Belmont Forum ni besar rupanya, ia gabungan pasaraya besar macam Coles, Woolworgth, Biq W dan ada byk lagi.  Tapi ia tidak bertingkat dan tak nampak mewah dari luar.  Dalam nya kami pusing2 cari barang dan pegi makan kat Food Court dia.  Ada 2 gerai halal food kat Food Court dia, tapi seperti biasa le gerai mamak.  Kami makan kebab dan fries dalam AUS10.  Standard le makan kat Perth ni dalam AUD10-12 sepinggan.  Lepas makan kami pegi Big W tengok Corelle.  Nampak Iris tu yang pinggan 4 segi tuh, 16pcs dalam AUD86 jek.  Tak banyak pilihan tapi sumernya design baru punya.  Sib baik saya dah ada 2 set beli kat Brsibane dulu, kalau tak mesti sambar punya.  Set dia lain skit dari kat KL terutama mug dia.  Saya pergi ke bahagian Pyrex dan jumpa 10 pcs dalam AUD 34 dan 6 pcs AUD23.  Murah le skit dari KL.  Tapi kami keluar dulu dan masuk dan keluar mall2 kat sana banding2 harga.  Yg peliknya kat sini, akan ada orang tunggu kat tepi pintu keluar dan nak tengok beg yang kita bawak.  Macam kat Manila pulak. 


Lepas puas2 pusing sana sini, baru le saya beli set pyrex sy dan dengan happynya keluar Belmond Forum.  Kami singgah kat Mall kat depan, namanya Village apa ntah...kami tengok ada farmasi jual perfume murah kat situ.  Britney spear Curious 100ml AUD50.  Ni yg menggoda i nih...Lepas fikir-fikir, pejam mata sebelah je le.  Lgpun my hubby ckp wangi.  Lepas tu tunggu bas yg sama macam masa dtg tadi dan naik tren pegi ke Perth balik.  Balik hostel dulu hantar barang dan kul 2.00 kami pegi balik ke Murray Street pusing2 dan keluar masuk mall.

Murray Street tempat shoping2 kat town!!






Sumber gambar2 ni hubby yg ambik.  Pokok togel ni macam satu trademark kat sini plak...sana sini ada..

Merata-rata ada


:)



Taman dlm town

Waaaaa...petang ni kira last le jenjalan kat sini.  Kami pegi lagi ke JR Duty free, sampai pekerja yg keje situ perasan kami.  Kami pun malu dan keluar, pening dah pala cium minyak wangi macam2 bau.  Kami g makan Nando's, sy ckp kat hubby yang Nando's kat sini Halal tau.  My hubby buat muka confuse, bila lepas beli set 1/2 ayam + air, masa nak duduk baru nampak dia tampal pengesahan halal.  Baru le happy memasing dan menikmati nya dengan gembira.  Ayam dia rasa sedap dan tak gumuk macam ayam kat KL.  Hubby ckp ayam kat KL guna makanan menggemukkan ayam...sebab tu ayam kat Perth ni kurus2 jek nampak.  Ayam dia sedap dan tak nampak biru atau lebam isi dia.  Lepas makan kami pusing2 lagi. Sy pegi beli kotak tissue yg ada koala dan kanggaro dalam AUD6 setiap satu, harga promotion.   Lastly pergi ke kedai Duty Free tu dan beli Vera Wang Princess 100 ml EDT AUD 50 dan hubby beli Hugo Boss 100 ml AUD50.  Cashier tu mintak passport dan itinerary tiket.

Lepas tu kami balik hostel setelah membelanjakan duit baki di situ.  Balik2 kemas beg.  Alamak...beg tak muat plak.  Terpaksa merengkek tumpang beg my hubby akhirnya.  My hubby ckp van g airport jam 2.45 pagi, tadi orang hostel dah tipon dan confirm van Connect oren tuh.  Kena call sehari sebelum tuk van ni. 


Jam 2.15 dah bangun dan mandi.  Ada sorang mamat dari UK ikut kami.  Mula2 dia call teksi tapi lastly ikut kami naik van coz teksi AUD50, van connect ni AUD16 jek.  Kami diminta tunggu kat depan Underground Backpacker kat sebelah hostel kami.  Dalam hujan renyai2 kami tunggu van kat situ.  Dalam jam 3.00 van sampai dan membawa kami ke airport.  Karenah kat airport tak seketat masuk.  Flight delay jugak sebab kesesakan airport dan sampai ke KL dalam jam 1.00 petang.  Sedih meninggalkan bumi kangaroo ni.  Tapi kalau ada rezeki, lepas ni nak pergi New Zeland pulak.  Tapi dah ckp ngan hubby nak g musim sejuk skit yek...nak main salji.  Makan kat air asia share jugak coz mengada dorang ni, nak ambik duit AUD jek, RM tak terima.  Sib baik ada berbaki lagi duitnya.  Makan le sy nasi lemak Pak Nasir dengan harga AUD12.  Hu...hu...  Sampai jek KL sentral terus melulu turun tengok beg, takut beb kalo ada orang copet Pyrex sy.  Pahtu terus serbu McD.


Harapnya nanti kalau ada rezeki boleh lagi pergi ke Selatan negara Kangaroo pulak.  Seronoknya pergi ke Perth.  Bandarnya bersih dan sesuai untuk tempat berhijrah.  Duduk dalam 5 tahun kat sini best jugak.  Melancong ke negara maju ni tak banyak yang perlu dirisaukan sebab semuanya ada terutama dari segi kemudahan dan pengangkutan, sediakan ongkosnya aja.  Nampaknya kat Perth lagi best le dari Brisbane.  Orang2nya terutamanya, lebih ramah dan kurang racist.  Senang menegur walaupun tak kenal.  Dan yang paling akan dirindui adalah BURUNG CAMARNYA ATAU SEAGULL


Sistem tren kat Perth. Ada 1 company jek yang uruskan bas + tren kat Perth iaitu Transperth ni.  Kami dah sampai Midland,  Fremantle dan Mandurah.


Sy nak pegi pakej ni yg byk ada kat Barrack Jetty tp ongkos tak mengizinkan hu..hu..
Hubby plak nak g sini tapi dia pun tak jadik pegi gak....


Pakej ni murah skitt




7 comments:

  1. Woweeee..
    best gile jd k.bai jln sana sini..
    nk pergi Tajmahal plk tahun dpn jeles tauu..
    keep writing ok..
    suka baca..

    ReplyDelete
  2. Ok TQ...kekadang malas nak update. Ada lagi gambar tak upload nih. :) Tak sabar dah nak g Tengok Taj Mahal nih.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya... Nak dapatkan van Connect oren tu kena inform pihak hotel ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami sampai Perth tu kami tanya kat guard je macamana nak pegi hostel dari airport. Guard tu yang bagitau naik connect dan suruh kami pegi ke booth tepi airport tu untuk tengok timetable bas dan tunjuk kat mana nak tunggu. Bas connect ni macam bas rasmi untuk airport ni dan dia jalan dalam setengah jam satu macam tu le.

      Masa balik je kami minta hotel tlg arrangekan untuk Connect ambik kami kat hostel. Coz pilihan yang ada teksi. LRT xde yg g airport. Bas lain sy tak perasan coz airport ada 2, internantiol airport dan domestik yang terletak jauh antara satu sama lain. Kalau nak tanya hostel pasal shuttle connect ni ok kot, mungkin boleh tanya dorang jam berapa bus connect ni jalan dari airport, yg berdekatan dengan masa flight korang mendarat. :)

      Delete
    2. Ok noted... Sonok baca ur expirience...

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Noted... Thanks for sharing the info...

    ReplyDelete