Thursday, 3 November 2011

Percutian ke Perth Day 3




Salam semua

Sambung pulak perjalanan kami pada hari ke-3.  Hari ni seawal jam 7.30 dah berjalan kaki dari Northbridge ke Wellington Train Station.  Entah kenapa kami lebih selesa menggunakan MRT berbanding bus walaupun stesen bas besar ada bersebelahan stesen MRT ini.  Beli family tiket macam semalam.

Hari ni kami mengambil keputusan untuk pergi ke Caversham yang popular itu.  Sebenarnya masa kar Brisbane dulu saya dah pernah masuk zoo dan nampak koala tapi kesian kat hubby, mesti dia teringin nak tengok koala jugak.  Mula2 kami nak turun kat Buildford tren station untuk cari bus ke Lord Street tapi my hubby nak turun kat Midland pulak sebab kat situ pun ada stesen bas yg agak besar.  Mesti ada punya bas yang pergi ke Swan Valleykan.  Jadik kami sampai Midland Stn dalam jam 8.00 pagi.  Saya dalam tren dah bersemangat bukak2 pamphet Caversham, tetiba ada sorang lelaki tegur kami dah ckp hari ni hari ahad, perkhidmatan bas tak ada.  Aduhhhhh...dorang ni mmg le kaya...hari sabtu masa lepak2 kat umah je agaknya. 




Sampai Midland Stn, mmg sah nampak stesen bas didepan stesen MRT ni kosong, 1 bus pun tadak.  Apa daaa...Hubby nampak ada menara jam tidak jauh dari situ dan kami mengambil keputusan untuk ambik2 gambar kat sana lepas tu naik tren balik jam 8.30 pagi.  Trennya setengah jam sekali jek.  Bila sampai menara jam tu nampak macam pasar pagi untuk local people.  Kami pun jalan2 kejap kat pasar pagi tuh.  Walau pun pasar pagi, tetap bersih, tak nampak sampah pun kat situ.  Penduduk dia dan peniaga sama2 ambik tanggunjawab jaga kebersihan.  Penduduk tak buang sampai merata2 dan peniaga pun bersihkan tapak berniaga mereka lepas perniagaan tamat.  Bukan macam kita, masing2 buang sampah dan tunggu Alam Flora bersihkan. 


Pasar pagi tu kecik saja, adalah dalam 15 buah gerai.  Kebanyakkannya peniaga yang menjual sayur-sayuran dan buah2an, ada juga yang jual pastry, buangan2an, home made produkt etc.  Kami nampak orang jual daging tapi heran kenapa dia jual tulang2 yg macam dah disalai?.  Rupa2nya orang tu jual makanan anjing!!!.  Yg menakjubkan, sayur dan buah2an kat sini sumer double size.  Bygkan sayur2an macam terung tuh besar yang amat, sumerlah size besar.  Rasa macam nak beli tapi nanti pengsan pulak nak angkat balik KL.  Kami beli epal dan vegetarian pastry jek (share sebijik).  Lapar sgt masa nih.  Kami tinggalkan pasar pagi itu tu dan berlari2 anak kejar tren.  Asyik berlari jek kami ni kejar2 tren.

Swan Valley ni menarik pergi dalam bulan Februari sebab masa ni anggur tengah masak.  Kalau dok lama skit, boleh ambik upah petik buah anggarkan.  :)  Ada banyak ladang anggur milik persendirian kat area ni, boleh jek pusing2 pergi dari satu ladang ke satu ladang sambil rasa anggur dan wine (?). Tu yang kami pun tak berminat nak round Swan Valley nih coz tak leh le nak makan anggur fresh. Barulah berbaloi2 ambik hip hop bus yang berharga AUD30 untuk pusing Swan Valley.  Kat Swan Valley jugak ada kilang cokelat dan boleh jugak sewa basikal dan round2 guna basikal kat sini.  Tak pe le, nanti boleh pergi sekali lagi.

Kami turun kat Perth Tren Station dan kami ambik keputusan untuk naik tren ke Mandurah.  Kami ni bajet ciput jadik tak ambik le pakej2 ni.  Sebenarnya dari Perth ni kita boleh beli tiket kapal terbang ke bandar2 disekitar australia yang menggunakan local airway.  Boleh beli tiket kat agen2 pelancongan yg byk dalam bandar ni jek.  Australia besar, jadi naik kapal terbang lagi mudah dan cepat.








Perjalanan naik MRT ke Mandurah dalam 40 minit macam tu le.  Ingatkan jauh tapi tak de le jauh sgt sebab tren ni pergi ke luar bandar dan bilangan stesen yang dia berhenti pun kurang skit dan tren ni lagi laju dan besar dari tren pegi ke Fremantle.  Dari tren ni kami sempat skodeng 2 ekor burung pelican kat tepi pantai.  He...he..  Sampai Mandurah stesen naik bas No... untuk ke pekan dia.  Naik bas kat Perth ni mudah coz byk info boleh dapat.  Paling senang tanya kan guard kat tren tuh atau tanya terus ke driver bas. Bas pun banyak dan on time.  Kat setiap stesen bas ada info pasal no bas, laluan dan masa tiba ke stesen tersebut.  Mudahkan?  Bila le standard pengangkutan kat negara kita akan jadik macam ni...hopefullly soon.

Naik bas pun guna tiket family tuh jek, tak payah beli tiket dah, tunjuk jek kat driver bas tuh. Jadik simpan elok2 tiketnya!!!.  Tiket family tuh leh guna sepanjang hari untuk weekend sahaja.  Tak sampai 10 minit dah sampai ke pekan Mandurah yang terletak di tepi pantai.  Masa kami turun tu nampak macam ada pesta.  Rupa2nya ada Children Fest.  Nampak le kanak2 orang putih yang comel2.  ADa gerai buat face painting, kite painting, tiup2 gelembung, booth modelling agensi (siap ngan persembahan sekali), booth panjat2 batu, booth anjurkan pertandingan lari dalam guni + bawak belon dalam sudu + lain2 permainan, play land pun ada, gerai jual2 brg kanak2 pun ada tapi tak byk, booth kelas taekwando pun ada (siap ngan demonstrasi lagi) dan banyak lagi.  Saya tengok macam sama jek ngan tempat kita tapi bezanya dari segi kreativiti.  Mungkin budak2 punya booth jadi byk perhiasan setiap booth penuh dengan warna warni.  Lepas tu kurang jual makanan dan minuman.  











Kami pusing2 kat pekan dia dan pergi ke pasaraya woolworth.  Kat sini kami memborong Cadbury cokelat yang berharga AUD2.  Kat town dalam AUD4 kot harganya.  Pastu beli le raisin dan nut.  Cari macademia nut sebenarnya.  Yg bestnya kat sini kita boleh bayar sendiri barang yang kita beli samada guna cash, debit atau kad kredit guna mesin. Hubby excited betul nak try mesin ni, touch screen plak tuh. Kat dlm touch screen tuh ada button 'need help'.  Kalau blur tekan jek kat touch screen tu, nanti staff dia dtg.  Sebenarnya staf yang jaga tu kat belakang kami jek :).  Tapi kami berjaya menggunakannya tanpa bantuan staf tuh...sungguh berbangga sekali.  Senang jek...pilih cash (kami byr cash) +scan barang kita satu-satu + tekan pay + masukkan duit dalam mesin dan ambik baki (kalau ada) + masukkan barang dalam beg plastik +siap!!!.  Lepas tu kami mencari tempat makan.  Jumpa halal food!! Ada jumpa 2 halal food kat sini.  Makan kebab dalam AUD12 (share).  Lepas makan kami ronda2 ke hujung pulak, jumpa muzium. Pahtu kami jalan kaki cari tandas.  Tepi tanda tu ada bunga lavendar.  Masa keluar dari toilet, nampak hubby tengah berborak ngan sorang pempuan orang putih, saya berhenti kejap kat lavendar tu dan cium, orang putih tu senyum dan ckp 'lovely'. 

Kami pun pergi balik ke pesta kanak2 tu dan jam dah pukul 1 tengahari dan pergi ke stesen bas.  Bila nampak bus, kami naik dan ckp nak g Mandurah Stesen. Driver tuh ckp tak g situ, dia tunjuk tempat tunggu bas yang sepatutnya dan dia bagitau naik bas No...  Kami pun pegi situ.  Tengok jadual bas dan nampaknya bas dalam 15 minit sampai.  Sedang tunggu2 nampak orang melayu sekeluarga keluar dari restoren asia ke apa ntah, restoren ni halal.  Dorang menyapa kami dan family tu ckp berasal dari Muar dan dah duduk sana selama 27 tahun.  Dorang ada 2 orang anak dan memang menetap kat Mandurah.  Selepas berbahasa basi, dorang pun pergi mana ntah.  Jumpa plak orang melayu kat sini.





Ni tempat tunggu bas, jarang ada bus stop yg berbumbung


Tak lama lepas tu bas sampai, efficien tul bas kat sini ni. Kami naik bas dan terus naik tren ke Perth.  Nampak sangat company bas kat sini berasaskan service bukan pada keuntungan sebab bas2 yang kami naik ni sumer tak penuh pun. Dalam 5-6 je orang yg naik tapi bus panjang + aircond cam bus intrakota dan durasi dalam 10-20 minit setiap bas.  Kalau nak fikirkan untung memang tak untung pun syarikat ni.  Mungkin negara dia banyak kasi subsidi kat pengangkutan awam ni kot.  Selesa dan cekap. :)

Sampai di Perth, kami pusing kat Murray Street, singgah kejap kat JT Duty Free berdekatan dengan Holiday Inn.  Banyak jugak perfume murah2 tengah sale sekarang ni.  Ada J.Lo Glow 100 ml boleh dapat dalam AUD50. Vera Wang Princess 100ml AUD50 dan Bouqet AUD40.  Hugo Boss 100 ml AUD50.  Dan ada lagi beberapa.  Esok le, cari dan pusing2 dulu Kat Myer.  Tetapi tadak sale yang best plak kat sini.  Cuma ada perfume CK yang tengah sale.  Tapi tak semurah beli kat farmasi/kedai duty free.  Kami naik atas pergi ke farmasi depan pintu masuk MRT.  Saya beli Britney Spear Circus Fantasy 100ml untuk AUD37. Yg ni kawan saya punya, jadik kena cari yang murah2 ikut bajet dia.  Yesss...dah dapat, setakat ni, ini le yang termurah sekali.

Perut dah lapar, kami pusing2 pergi ke belakang stesen MRT, jumpa restorent lebonen.  Memandangkan duit ada lagi dan kami lapar yang amat.  Kami pun beli makan asing, masing2 order nasi goreng, AUD10 setiap satu.  Lauk je lain2.  Lepas tu dikasi roti pita plak.  Kami makan dengan lahapnya coz lapar.  Air beli 1 botol jek, share minum.  Tuk esok ni kena kutip duit lain plak tuk makan.  Saya siap tapau lagi roti pita tu dan letak skit daging yg tak habis dalam tuh.  Kalo lapar esok boleh makan.  Lepas tu kami pun jalan kaki balik hostel.  Malam tido....

Wild flower yg kami jumpa




Gurun yg kering dan tandus.  Ni trek untuk basikal dan pejalan kaki, sebelah kiri tu highway dan laluan LRT. 


Penat pujuk hubby halakan lensa kamera dia ambik gambar wild flower...




Cantik...




2 comments:

  1. Yaaa...wildflower...bila masuk dlm belukar ni terasa panas + bahang (tanah pasir) + gersang + badan melengas tetiba. Macam best lagi hutan khatulistiwea yg nyaman dan tenang!!! :)

    ReplyDelete