Saturday, 26 November 2011

Heppi Birthday My lovely hubby


Hari ni birthday my hubby.  Ni kali ke-2 sambut birthday sebagai hubby saya.  Dia begitu berbangga coz sama tarikh birthday ngan Pak Lah. Ha..ha...ha..  Mula2 pening nak cari hadiah tuk dia.  Tahun lepas saya dah tempah kek Secret resipi tuk dia tapi rupa2nya dia dah sambut birthday ngan kengkawan dia, maklumlah masa tu 1st time dia dok kl...byk le kengkawan dia wish dia dan kengkawan dia siap belikan kek bentuk muka panda lagi malam tuh.  Dia balik lambat malam tuh, sy dah tido masa dia balik.  Sedih sgt masa tuh, penat2 saya berlari ke Jusco beli kek pas keje.  Ingatkan nak buat suprise le konon nyer. Jadik pepagi nyer hari sabtu, baru le saya kuarkan kek Choclate Indulgence yang sikit punya besar tuh tuk dia potong.  Masa tu baru-baru kawin lagi, jadik sy tak reti lagi nak belikan barang tuk dia.  Jadik saya belikan dia cokelat Ferero Roche yang paling besar n letak kat atas meja dia.  Saya rasa saya tersilap coz habiskan sikit punya byk duit tuk makanan, kali ni saya nak beli yg kekal punya.  Pelik pulak....tak de plak kengkawan dia celebrate birthday dia tahun ni. 

Jadi supaya tak berulang lagi macam tahun lepas, esok birthday dia, malam ni jam kul 12.00 saya bangun n wish dia heppi birthday dalam facebook dia.  Alamak...jatuh saham hubby., lepas saya wish dia tak de plak orang wish coz mesti kengkawan dia takut nak wish kot.  Yea...yea...berjaya menjadi orang pertama wish dia.  Pahtu letak hadiah dia ngan cokelat tobleron comel bersama kad atas meja dia.  Harapnya esok dia sempat g ambik le.  Kebetulan esoknya dia pegi Terengganu. 

Hadiah kali ni saya kasi dia baju kemeja untuk pakai g keje.  Sebelum g beli, g ukur dulu bahu baju yang dia suka pakai.  Dia ada favorite baju brand yang dia suker tapi saya nak kasi dia baju ni, agak special.  Dan saya cari color yang terang2 untuk dia.  Agak mahal le baju dia ni, dah sale pun masih mahal lagi.  Tak pe le, tak nak le berkira sangat dalam bab-bab ni coz hari tu dia belanja saya makan kat Friday Mid Valley makan steak.  Walaupun sebahagian besar steak tuh dia yang perhabiskan, dia kasi birthday girl ni hirisan steak ciput2 jek...tak pe le.  Sekurang2nya celebrate le jugak.  Saya mmg tak pernah pegi beli baju2 lelaki ni, pening le jugak mula2 pilih.  Saya berkenan jugak kat baju Bonia coz saya pernah teman kawan saya beli hadiah tuh hubby dia.  Tapi tak pe le, tahun depan boleh beli Bonia pulak.  

Harap hubby suker...love you sooo much sayang.  Moga panjang umur, murah rezeki dan perkahwinan kita kekal bahagia ke akhir hayat.  Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya, sehingga sekarang bila saya baring sebelah awak..saya masih terfikir betapa bertuahnya saya mendapat awak.  Betapa tenangnya saya melihat awak tido, dan betapa saya suka usik2, gigit2 jari awak, cubit pipi awak dan peluk2 bila awak nak melelapkan mata.  Takdir Allah telah mempertemukan kita. 

No comments:

Post a Comment