Monday, 31 October 2011

Percutian ke Perth Day 2

 

Hari ni hari ke-2 dia Perth.  Lepas makan pizza baki semalam tu, program hari ni nak ke Fremantle.  Nak ke Fremantle ni ada 3 cara boleh pergi. 

1.  Naik cruise dari Barrack Jetty
2.  Naik Tren kat Wellington Street
3.  Naik bas dari Wellington Street

Kat Wellington ada MRT station dan bus station yang terletak bersebelahan.  Kat Esplanade jugak ada stesen bas.  Mula2 kami nak naik cruise tapi memandangkan kami nak jimat kami naiklah tren.  Hari ni pergi sebab Fremantle market hanya buka pada hujung minggu. Kami beli family ticket dari mesin tiket dengan harga AUD9.50 untuk sekeluarga (maksimum 7 orang) untuk sepanjang hari untuk tren dan jugak bas Transperth.  Berbaloi-baloi...




Family rider ni hanya boleh dapat masa hari2/masa2 tertentu saja kalo tak silap. Sabtu dan ahad, serta bukan peak hour kalo hari biasa (hubby ckp).

Tren mengambil masa dalam setengah jam sebab akan berhenti dia stesen2 di laluannya.  Fremantle ni adalah bandar pelabuhan.  Kami mengikut laluan dalam peta yang kami ambik masa pegi MATTa Fair hari tu menuju ke Fremantle Market.  Fremantle ni unik sebab bangunan dia design lama tapi nampak dijaga dengan baik.  Bandar dia macam Perth jugak, kecik saja dan bersih.  Kami pergi ke Fremantle market dan disana ada jual souvenir, buah-buahan, jumpa kedai halal dan hubby beli karipap (hubby suka tapi saya tak suka sbb manis).  Ada jugal produk dari Australia dan bunga2 segar.  Kami beli epal dan strawberry.  Merasalah jugak makan epal fresh dan strawberry yang manis. Tapi harga dia tak le semurah epal kat Malaysia.  Dorang ni sumer jual barang mahal2, sebab tu negara dorang kaya kot.  Beli epal 4 biji dalam AUD2.90.





















Kat dalam E-shed ada byk jual souvenir
Selepas tu kami berjalan2 menyusuri kedai2.  Terjumpa Fremantle Prison dan ambik gambar kat luar jek.  Kalo tak silap yuran masuk dia AUD19 seorg, kami tak masuk dan terus berjalan menuju ke E-Shed Market yang popular itu.  Kat sini ramai orang asia dan barang2 souvenir jugak murah sbb byk made from china.  Sana sini jumpa orang ckp melayu.  Kami sinilah kami memborong t-shirt budak dalam AUD5 sehelai, key chain, fridge magnetic, tea towel (AUD2).  Saya seperti biasa beli barang untuk rumah, saya beli apron dan sarung tangan dan jugak alas meja.  Banyak beli barang promotion jek coz murah. 







Mmg sepanjang harilah kami di Fremantle berjalan2 ikut peta.  Kadang2 gaduh manja, kadang lapar, kadang berlari, kadang2 menunggu...merangkak jek tak.  Selepas dari E-Shed, kaki dah lenguh dah jalan, rasanya dah hampir 4 jam kaki ku melangkah...terasa tapak kaki pun dah sakit semacam.  Kami pergi ke Muzium Maritim tapi saya tunggu hubby kat luar jek coz dah tak larat nak jalan.  Hampir sejam tunggu hubby tak datang2, mana plak pegi ni.  Hati dah mula risau tapi tetiba nampak kelibat hubby, baru gembira hatiku.  Rupa2nya hubby pun tercari2 jugak, mula2 janji nak tunggu kat depan tapi tunggu kat depan tu angin sikit punya kuat...pakai baju 2 lapis + baju sejak pun masih rasa sejuk.  Terus saya duduk kat kerusi kat tepi muzium.  Perut dah lapar.  Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kailis Seafood yang terletak di hujung pantai tuh.  Kami berlari2 anak pergi sana coz hujan mula turun renyai2.  Mula2 tak nak pegi coz nampak dalam peti macam dalam 2km jek kena jalan lagi.  Tapi my hubby ckp dekat jek, menyeberang jalan jek kononnya.  Rupa2nya masa dia hilang tadi dia dah separuh jalan ke sini.  Cisssss...  Agak jauh jugak kami jalan lalu kat round house tuh.  Baru le nampak Kailis tu.  Masuk dan terus order fish n chip yang popular tuh.  Sambil2 tu tengok laut dan apalagi...my favorite...burung camar.  Tren paling last pegi Perth jam 5.30. jadi kami kena cepat.  Lepas order, kita akan diberi 1 alat yang akan berbunyi bila makanan kita dah ready.  Kat sini jugak boleh beli seafood by kilo dan minta dorang masak.  1 plate fish n chips tu dalam AUD19 yang ada 2 fillet ikan tu, seperti biasa kami sharing.  Sebab tu cepat jek lapar nyer!!!.  Berdekatan Kailis ni ada jugak restoren lain tapi masa kat Fremantle ada makcik tu recommend restoren ni.  Sebelum maraton lari ke stesen keretapi balik, saya sempat order aiskrim.  My hubby ambik rum dan saya ambik pisthacio...bubuh dalam 1 kon jek (Kan shaaaaaaaring, itu pun 2 scop dalam AUD4 kot).  Sambil berlari dibawah hujan2 tu sambil makan aiskrim.  Hubby kutuk saya 'taste you ni teruk' coz dia tak puas hati pistachio pilihan saya rasa macam ubat nyamuk.  Saya pulak g korek2 rum dia kat bawah sambil senyum2.  Saya jauh tertinggal dibelakang, dia dah sampai stesen. Baru jek sampai kat luar stesen, hubby dah lambai suruh masuk.  Ingatkan dia just remind dia nak masuk dalam, rupa2nya tren dah menunggu dah...lagi 2 minit nak berangkat.  Saya pun pecut 100km sejam masuk dalam tren sambil semput2, hubby plak tertinggal kat belakang.  Sib baik tiket tak payah beli dah, guna pagi tadi punya. Negara maju le katakan, dlm jadual kul 5, jalan tetap kul 5 tepat ok.  1 minit kemudian, tren jalan.  :)

Dalam setengah jam kemudian sampai kat Stesen Train Perth.  Bila singgah kat Farmasi kat atas jumpa Perfume Circus Fantasy 100ml edp promotion AUD37.  Org kedai tu ckp promosi sampai isnin jek.  Takpe..tak pe ada masa lagi leh survey.  Kami pun nak masuk Myer shopping mall, rupa2nya dah tutup.  Sedihhhhh....terus kami berjalan kaki balik hostel.



Malam tu saya masak bubur knorr, share makan ngan hubby.  :)  Terasa miskin nyer dok negara orang ni.  Tak boleh dah beli makanan coz AUD100 dolar yang kami kumpul semalam tuh dah tinggal AUD50 jek lagi.  Cadangnya AUD100 tuh tuk 5 hari, ni sehari dah belanja AUD50 dah.  Yelah, kami beli buah2an + air  sumer guna duit makan share tuh.  Tapi best coz masa jalan2 kat Fremantle tadi sambil kunyah epal dan makan strawberry. Nampaknya makanan saja dlm AUD50 tuk 2 orang sehari.  Itu pun sharing...kurus le pas ni. 




4 comments:

  1. salam kak..esuk saya dan rakan saya akan ke perth..nak tnya satu pekara yg tak faham..betul ker imigresen australia nak minta pengesahan kewangan kita bila kat sana nt..tiket dah beli nie..

    ReplyDelete
  2. kalau tak boleh sms saye ke no nie..o168148456..first time ke luar negara nie..dengar2 lg kat sana ada strek sket

    ReplyDelete
  3. Hi Perjalanan hidup...

    Dah balik ke belum dari sana?. Share le pengalaman awak pegi sana, mesti lagi best kan. :)

    ReplyDelete
  4. Kelakar lah baca posting ni... He He He...

    ReplyDelete