Friday, 28 October 2011

Percutian Ke Perth Oct 2011 Day 1

Assalammualaikum semua.

Terima kasih sebab sudi membaca blog saya.  Blog yang menjadi pengisi masaku dirumah dan menjadi tempat bagiku mengasah skill menulis. 


Berdekatan Esplanade, Bell Tower dan Barrack Jetty

Diluar airport, nampak tak stand color oren?.  Di situ le nak tunggu mini bas CONNECT tuh.

Airport dia kecik saja

Ozi Inn Backpacker yang kami duduk.  Kami ambik bilik berdua dengan harga AUD60/night. My hubby booking kat website booking.com.   Toilet kat luar dan ada dapur yg sharing masak kat bawah.  Hostel ni macam banglo 2 tingkat jek dan kebanyakkan yang duduk sini berkerja di sekitar Perth dan ada yang tinggal berbulan2 kat sini.



Ni dia hostel sebelah Ozi Inn jek, lagi besar dan mcm best.  Sempat kami menjenguk2 ke dalamnya, lagi murah dari Ozi Inn.  Namanya kalau tak silap Underground Backpacker, ramai jugak orang duduk sini.



18SX

Mesin byr parking

Area Northbridge ni byk betul restoren halal



Salu jumpa bende2 artistic macam ni kat town...i like!!




Kami salu guna menara jam ni as trade mark bila pusing2 atau nak g pusat bandar.







Saya dan hubby bercuti ke Perth pada 20hb Oktober 2011 yang lalu menaiki pesawat AsiaAsia X, bertolak pada pukul 11.50 malam dan sampai di Lapangan Terbang Perth pada jam 5.45 malam. Melewati imigrisen yang agak ketat, ini adalah kunjungan saya kali ke2 ke negara kangaroo ini, jadi dah maklum sedikit sebanyak tentang karenah imigresen di Australia.  Saya declare bawak makanan kering dlm borang imigresen.  Bila turun menuju ke kaunter imigrisen terdapat beberapa orang kakitangan bertanya jenis makanan apa yang saya nak declare, saya jawab  'dry noodle'.  Selepas itu berbaris pulak untuk scan beg, bila sampai ke kaunter, staf situ tanya jenis apa makanan yang sana nak declare, saya jawab 'instant noodle'.  Lepas tu dia scan beg dan suruh saya pergi begitu saja.  Biasanya beg akan dibuka dan diteliti setiap ingredient yang tertera pada packing barang yang kita bawak.  Lepas tu barang2 yang berasaskan susu tak boleh bawak, kerepek2 pisang xboleh bawak, barang2 yang dah dibukak pun tak boleh masuk.  Jika kita ingin nak bawak kuih (raya) yang dibuat sendiri, kita kena lekatkan isi kandung pada barang yang kita bawak itu.  Selepas menuju ke kaunter lain untuk cop passport pulak.  My hubby ada masalah sbb surname dia ada 2.  Bahaya jugak kalau nama panjang2 ni, passport kami di pass pada pekerja di belakang kaunter.  Selepas dia membetulkan maklumat dalam sistem dia (agaknyalah) baru passport kami dipulangkan semula.  Selepas itu kami keluar ke luar airport.  Masa ni jam telah menunjukkan hampir pukul 7 pagi.  Pekerja disana telah menunjukkan shuttle Connect warna oren yang boleh kami naiki menunjukkan tempat untuk menunggu bas tersebut.  Nampaknya orang2 Perth ni agak berbeza sedikit, dorang agak peramah dan suka menegur/menolong dan senyum.  Van kecik saja dan ada macam tong kecik kat belakang bas yang terpisah dari badan bas tu utk tempat letak beg.  Nampaknya dalam 20 minit lagi baru bas kami akan sampai.  Kami lepak2 dulu kat luar airport.  Cuaca pada masa itu tidak sejuk sgt tapi bila angin bertiup, mmg terasa sejuk sampai ke tulang.  Dah le pakai selipar, terasa sejuk sgt kaki.  Dah pakai baju sejuk + shawl pun rasa sejuk.

Bila bas kecik oren CONNECT tu sampai, kami byr sebanyak AUD16 seorang sehala dan diberikan peta bandar Perth.  Nama hotel kami jugak diambil.  Perjalanan menuju ke Perth tidak lama, dalam setengah jam lebih kot...tak ingat coz saya sempat lagi tido.  Bas comel ini akan pergi ke Domestik terminal dulu.  Agak bagus sebab kita akan dihantar terus ke hostel yang kita nak. 

Sampai ke Ozi Inn Backpacker, kami ambik masa yg agak lama nak tunggu pekerja dia sampai.  Harga hostel kami ni untuk private room tapi shared bedroom dalam rm800 untuk 5 hari.  Menunggu hampir 1 jam, kami ambik keputusan untuk berjalan2 di area Northbridge.  Sempat makan pizza yang berharga AUD11 + air oren AUD2.50.  Kami mmg telah membuat perjanjian yang makanan kami akan share bagi menjimatkan duit.  Kami kumpul duit AUD50 seorang untuk makanan sahaja.  Lepas makan kami balik ke hostel semula.  Sejam kemudia baru le pekerja tu sampai.  Dimaklumkan pengurusan hostel ni letak berubah dan mmg byk komplen dah.  Pekerjanya hanya seorang dan menunggu ni agak membuang masa kami memandangkan masa yang terhad.  Saya tak recommend le hostel ni coz bersepah dan pengurusan dia teruk sejak bertukar pengurusan ni. Tandas pun kena share, mmg tak selesa.  Sebelah hostel ni ada bangunan hostel yang lebih besar tapi tak ingat nama dia.  Kebanyakan penghuni disini adalah orang yang tinggal dalam masa yang laam, ada yang dah tinggak kat situ 2 tahun pun ada.  Secara keseluruhannya tentatif kami:

Day 1:  Perth City + Bell Tower + King's Park
Day 2:  Fremantle + Murray Street
Day 3:  Midland + Mandurah + Murray Street
Day 4:  Belmont Forum Shopping Mall +  Murray Street
Day 5:  Balik KL selepas subuh

Selepas check in, kami terus jalan kaki menuju Wellington Street, Perth MRT Station dan terus ke Esplande dan ke Baracak Jetty.  Di sini boleh bergambar kat Bell Tower dan ambik cruise menuju ke Swan Valley, Perth Zoo dan ke Fremantle dan tempat2 lain juga ada macam nak ke Margaret River, Lancelin etc.  Kami mmg tak nak ambik pakej sebab pakej ni mahal.  Pakej bot menyeberang ke Perth Zoo + entrance fee pun dan AUD25.  Walaupun boleh naik bas CAT yang free dalam bandar tapi kami lebih selesa berjalan kaki ke mana-mana.  Semasa dalam perjalan dari airport tu pun, kami dah dibawah oleh van Connect tu round2 city sambil hantar orang. 













Suka sangat kat burung camar ni, ni kira ikon untuk Perth jugak coz sana sini boleh jumpa


Perth ni mesra basikal

Dari Barrack Jetty kami jalan kaki menyusuri laut untuk ke King Park, tangga John Ladder ni kami jumpa untuk naik ke King Park tuh, punya le tinggi.  Tangga ni jadik tempat dorang bersenam plak lari turun naik tangga.







Kami meneruskan perjalanan menyusuri pantai sambil melihat2 camar laut yang sangat cantik. Lepas tu kami ikut jalan laluan pejalan kaki dan basikal menuju ke John Ladder dan King Park.  Agak tinggi jugak John Ladder ni, semput nak naik.  Kat tangga ni ramai orang jogging turun naik tangga.  Sampai ke King's Park, kami ambik2 gambar jek.  Masa sampai situ dah dekat jam 4 petang.  Kat sini jam 5 pun dah mula gelap.  Hanya dalam sejam je lepak2 kat sini.  Sempat ambik gambar dan menghidu secara live bunga lavender.  Sebijik macam bunga lavender plastik tuh.  Bukan macam bunga ros yang wangi dia agak kuat tapi lavender ni kena cium dekat2 baru boleh cium bau dia.  Dari sini nampak laut dan bandar perth yang indah.  Suka pijak2 kaki kat rumput dia, sejuk...mungkin ada air kat bawah rumput ni untuk siram dia. 


Bunga lavendar yang cantik

Teringin nak round seluruh taman ni tapi taman ni teramat le besar.  Bunga2 liar pun ada kat sini. Bila makin gelap kami turun ke bandar melalui rumah2 kat situ.  Org kat sana suka tanam bunga ros di halaman rumah, besar2 pulak tu bunganya...kami cuci2 ambik gambar dan cium macam org jakun.


Tempat local lepak2 sambil tengok bandar Perth

Sempat jalan2 kat Murray Street kejap.  Tengok perfume dan barang2, hhhhhhmmmm nampaknya tadak le chance le nak shopping, brg sumer mahal2.  Beli perfume ok le kot.  Otw balik, beli pizza kat Isqa Kebab dengan harga AUD9.50 + 1 tin air.  Sampai hostel kami makan kat pantry dan balik tido.  Malam2 dok bilik jek coz shopping mall kat sini tutup 5.30 petang.
















Esok sambung jalan pulak.  TQ kerana sudi singgah ke blog saya. :)



42 comments:

  1. Saya akan ke perth november ni..adacadangan x hostel yg dekat dgn town dan selamat.....nice blog akak..tq

    ReplyDelete
  2. Sorry Anony, sy tak tau byk pasal hotel. Perth bandar dia kecik jek, cuba cari kawasan Northbridge. Try google Criterion Hotel. :-)

    ReplyDelete
  3. salam...saya nk tanya... katne nak wat pasport ke aus ye.. act nov ni my 1st time nak ke perth...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Siti, passport ke visa? Passport malaysia buat kat pejabat imigresen malaysia. Visa aus boleh buat online je, cuba buka www.immi.gov.au. Hari tu sy guna online jek, byr dgn card credit. ;-)

      Delete
  4. Salam.Saya plan nak gi next year,insyaAllah bln Jun. Kalau apply visa, brapa lama bleh approve? Bahiyah beli tiket dulu ke, apply visa dulu? Ni first time nak gi, blum ada pengalaman.Trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Beli tiket dulu. 1-2 bulan sebelum pergi baru hubby uruskan Australian Visitor ETA visa, apply online jek dan byr guna kad kredit. Dalam 2 hari dapat keputusan melalui email. Dapat visa untuk setahun biasanya. :)Cuba bukak link nih...

      http://www.nationalvisas.com.au/visitor/ETAvisainfo.htm

      Delete
    2. Terima kasih.Masih byk reading kena buat coz tak gi ngan pakej.Your blog banyak membantu.THX again

      Delete
  5. to siti khairunnisa...sy pun 16-21/11/12 akn ke perth...kita blh g sama kl same date...sy pu x de kwn nk ke sana,first time..dgn hubby je...u can add me at fb Rohayu Ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry rohayu!! sy baru bca komen rohayu... sy da blk dr perth! sronoknyaaaa... mmg rs nk g lg.. sy g 2 - 10 nov yg lps! bestnys...bc la blog sy... cte psl exp d cna http://nissaq.blogspot.com jap lg i add fb u nk tgk pic ;-)

      Delete
  6. Byk nama Rohayu Ali tu.. Give ur email to search in fb will be better. Boleh kita berkongsi idea tmpt penginapan cz sy pon skrg tgh tercari2 tmpt penginapan yg seswaiii gitu.. Sy juga insyaAllah nk kesana hujung bulan November nnti. Sy dah pernah ke bdr2 lain di Oz tp Perth baru first time. Bahiyah dulu sewa kereta atau naik public transport? Nk tnya jugak, u pegi x ke Pinacles Desert tgk sand dune? Tgk dlm site harga pakejnya mcm mahal. Nk tau klu pegi sendiri without tourist guide mcmana agaknya.. Boleh x suggest kt sy tmpt2 yg seswai utk bwk bdk2 cz sy kesana bwk anak2 & parents.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy naik public transport jek. Tak pegi pun ke Pinnacles DEsert tuh coz agak mahal pakej nyer. Rasa kalo pegi dengan family baik sewa kete ngan GPS sekali senang. :)

      Delete
  7. Oh satu lg yg saya nk tnya sgt2 ni, let say sy sewa apartmnt or hotel2 murah tp yg duduk dlm tu terlebih muatan camner ye? Sy xde pengalaman kesana ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, sy pun xde pengalaman pergi ramai2. Masa kat Ozi Inn hari tu agak strict sikit coz dia pantau sape keluar dan masuk. Even kalo kawan kita dtg melawat tapi bermlm kat situ pun dia akan caj jugak. Siap tulis kat ruang tamu lagi tuh.

      Delete
    2. Thnks Bahiyah.. Ur answer helps me.. :)

      Delete
  8. hye..ade sape2 yang fly to perth bulan nie? saya fly on this 23th nov...travel sorg2 jer nie..this is my first time to perth..email me at bad_1711@yahoo.com / FB (Batt SeniArt)..thanks guys :)

    ReplyDelete
  9. ok tak duk kat ozi ni...dekat ke dgn town? bilik macamana?...boleh bayar by cash tak....tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm bolehlah. Ozi ni masih dlm town lagi. Perth ni bandar dia kecik jek, boleh jln kaki dari hujung ke hujung. Dorg mcm singapore suker bina bangunan tinggi rapat2 jadi tanah untuk bandar xle luas benor. Lebih kurang kota kinabalu kot atau kecik lagi. Boleh jek nak byr cash tp samada masih available ke tak tu xtau coz ozi ni ramai pekerja warga australia yg keje kat sekitar town ni duduk situ. Dok situ lagi murah dr sewa apartment dorg ckp, dorang dok ramai2 sebilik. Jarak ozi ke Murry street tuh lebih kurang puduraya ke sogo kot coz kami jln kaki jek, best coz cuaca sejuk. Bas pun ada lalu situ tp kami lebih suka jln kaki. Hari tu kami dok kat bilik untuk 2 org, ada katil saiz queen. Bilik agak kusam, almaklum le backpacker!. Tandas kat luar kena share reramai. Mmg rasa xselesa tp redha ajele coz nak murah. Kena intai2 xde org kat toilet baru le masuk. Bilik air n toilet share lelaki pompuan, tu yg xbest nyer. Dlm bilik xde tv, xde cerek, xde peti ais. Semata katil,almari kecik, meja kecik. Itu jek.....agak sempit. Sorry xambik gambar coz terasa xmenarik untuk di snap n terasa daif plak dok bilik tuh. :-)

      Delete
  10. sis..seronoknyaa perth! but i stay umh kwn d clarkson tp gamble nek train n bus g perth city n fremantle..best eshed market tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pergi yea....best kan. Bandar moden tapi tak sesak kan. Best le kalo dok umah orang, boleh pergi tempat jauh2 skit. Sy pun suker Fremantle tuh, rasa sehari xpuas nak lepak2 dan keluar masuk kedai. :)

      Delete
  11. Omg nampak best je ni! Hehehe..Australia is in my wish list..one of my 'country-to-travel' after England and Italy! Only Australia je belum pergi lagi. Teringin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Australia mmg best. Ooooo..dah g england yea, bestnyer. Sy pun plan nak pergi jugak, tgh kumpul duit nih. :)

      Delete
  12. salam akk..kitaorang pun ada plan nk pegi perth antara bulan mac-april sebab ni kiranya salah satu subjek wajib comparative planning..tp tak tahu tempat2 menarik kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Cuba google Western australia. Byk je tempat menarik kat sana, kalo nak g jauh better sewa kereta ngan gps sekali. Kalo nak ambik pakej, ada byk tour ejen kat Barrack jetty tuh. Nanti ada Matta fair pergilah carik brochure ttg Perth. :-)

      Delete
  13. Salam kak, setakatni blog akak la jadi panduan utk insan berpackers mcm saya. . heheh. cuma sy nak tya akak utk makan, beli belah dan pggkutan berapa aud habis? saya akan pergi pd bulan jun nanti. . insy dgn bakal siteri heheh. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Hairul. Beli belah tuh terpulang le pd bajet sendiri. Yg best shopping perfume le. Makan tuh sekali makan dalam AUD10, boleh le dapat sepinggan nasi briyani + lauk + air. Naik van connect kat airport tuh tambangnya AUD16 sekali naik, jadik pergi balik dlm AUD32.

      Kalo sabtu ahad boleh naik lrt yg Family Rider tuh AUD9.30, boleh guna satu tiket jek tuk suami isteri. Kalo hari biasa beli tiket biasalah, tapi sy pun tak ingat sebab harga tiket ikut jarak perjalanan. Tolak hotel dan tiket flight, dalam RM1k++ pun dah cukup kalo xnak shopping sgt dan pusing2 dlm bandar jek.

      Delete
  14. Lagi satu nak usha koala dan kangaroo kat caversham tu leh naik train je ye? cuma akak ada ckp hari apa takde bus kesana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ahad yang bus xde kat stesen Midland tu. Sy pun tak pasti nak naik bas caner coz hari tuh mcm gamble jek g. Pernah nampak dlm blog lain dorang naik bus tapi kena menapak masuk dalam.

      Delete
  15. Terima kasih kak, syukur banyak info dan akak cepat membalas komen saya. . oh kiranya 1k+ tu untuk dua org ke kak? kemudian kalau x g caversham g zoo perth tu mcm mana? ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome! Bajet ni atas kitalah, nak bajet cukup jek rm1k++ berdua boleh tp kena belanja jimat2lah. Jln kaki, naik pengangkutan awam, pilih tempat yg xde fee entrance, jimat mkn, xshopping etc!. Nak senang bwk jek kad kredit, nanti xckp duit shoping boleh guna kad kredit. Selain tuh kena prepared jgk duit emergency dlm Aud n Rm.

      Sy tak pergi pun Caversham dan zoo tuh. Hari tu pun hubby nak pergi zoo coz lg dekat. Tp kami xsempat nak pergi zoo.

      Delete
    2. As salam...kak saya nk tanya dlm bulan berapa yg sesuai klu nk ke Perth...beri tips klu nk pergi sendirian.tq

      Delete
    3. Wslm, ikutlah adik nak tengok apa. Kalo sy kalo nak pegi kali ke-2 sy nak pergi bulan Feb-Mac sebab nak pusing Swan Valley nak cari anggur. :)

      Oktober tu byk wild flower.

      Nak pergi sorang yea...ehhh berani nyer. Kena cari info byk2 tuh, pahtu kena tempah hotel awal2 dan cari hotel kat town supaya senang nak naik MRT sana sini. Rasanya pergi sorang xde masalah pun.:)

      Delete
  16. Salam akak, tumpang tnya...CIMB debit card boleh guna x kt sna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Anon, sy xguna debit card kat sana. Guna cash dan kredit card saja. :)

      Delete
    2. Means maybank mastercard boleh la kan? Sy still student,xde krdt card mcm american express smua tu. Nak pergi pn dgn kwn2 cuti sem bln 9 ni.. Hehe. Nk jimat sbb tu xambik pakej

      Delete
    3. Sy guna Cimb MasterCard hari tu. Nak confirm, boleh call Maybank dan tanya. Tak payah ambik pakej, kalo setakat dalam town dan kawasan sekitar boleh naik MRT. Kalo nak keluar jauh2 boleh ambik pakej kat tour ejen yg byk kat Barrack Jetty.

      Delete
  17. Ok akak,thanks sbb cpt reply.. :)

    ReplyDelete
  18. Kak...agak2 untuk shopping2 brg sikit and souvenir sikit agak2 berapa saya kena tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhmmm ikutlah nak beli apa, xreti sy nak recommend. Dok negara maju ni sumer brg mahal. Cawan kecik2 tu pun sebijik dah dekat RM10, fridge magnetic pun mcm tuh. Shopping plak susah nak cari yg tiruan, yg original sumer. Kalo yg original tuh faham2 je le harganya caner. :)

      Delete
  19. Salam.just to share my wonderful experience.ive been to perth few times.dgn keluarga.tiap kali i pergi i mesti stay with mahira holiday homes.owner dia malaysian.rumah2 banglo mereka memang very well furnished and equipped. Diaorg ada car rental. Even they do organized private tour. Service memang excellent.anak owner ada disini.boleh contact 0123360098

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, i just wanna ask, you ni org yg sama ke yg promote kt every blog yg ke perth. You ni anak owner mahira holiday homes kan. Murah tak you punya bungalow? Satu rumah boleh duduk brp org??

      Delete