Wednesday, 5 October 2011

Percutian ke Bangkok Part 1: 26 Mei 2011


Depan hostel, tapi tak recommend tau coz byk nyamuk.  Cari le hostel lain, kawan saya ckp Miami Hostel tu ok.  :)
Syukur ke hadrat Ilahi....akhirnya termakbul jugak hasrat untuk bercuti ke Kota Bangkok.

Sebelum perjlnan ini bermula, saya telah menyediakan itinerary untuk percutian ini seperti berikut:
1st Day - Old Siam Plaza dan China Town
2nd Day - Sungai Chao Phraya (Grand Palace, Wat Pho dan Wat Arun) dan MBK serta mall2 sekitarnya.
3rd Day - Chakcunchak Market dan Pratunam Market
4rd Day- Free
Perjalanan kali ni hanya kami berdua, dua-dua perempuan. Jadi kami merancang untuk pergi sekitar Bangkok saja. Flight kami bertolak dari LCCT tepat jam 10.40 pagi dan sampai di Suvarnabhumi Airport jam 11.40 pagi waktu tempatan, mengambil masa 2 jam dan masa kat Bangkok lewat sejam dari masa kat Kuala Lumpur.

Setibanya di airport kami belum pasti lagi nak naik tren atau teksi. Semasa kami sedang menunggu beg, saya terpandang ada papan tanda tulis tentang Public Cab yg terletak kat aras 2 pintu no 4. Jadi kami nak jimatkan masa, kami pun pergi naik teksi saja. Teksi telah sedia menunggu dan naik saja, ada kaunter teksi (meja sebenarnya :) ) kat pintu no 4 tu tapi byr tambang kepada pemandu teksi later bila dah nak turun. Kami naik teksi color pink yang pakai meter, tambang 500 Bath. Yang lucunya, tol tidak termasuk dalam 500 Bath tu tapi tip 50 Bath dah termasuk. Perjalanan ke Bangkok akan lalu 2 tol. Kami bayar tol pertama yang berharga 25 Bath dan driver tu bayar tol ke-2 yang 45 Bath. Highway tu tak jem tapi susur keluar ke Sukhumvit tu yang jem, 45 minit kemudian baru sampai hostel. Driver tu pandai sikit2 cakap BI. Sebelum ni ingatkan komunikasi adalah perkara paling sukar kat sini tapi nampaknya biasa2 saja. Cuma kita kena pilih le kita nak ckp ngan sape...kalo yang biasa jumpa pelancong tu dorang boleh ckp BI sikit2. Kami sempat arrange supaya dia ambik kami kat hostel untuk ke airport nanti. Nasib baik dia setuju. Kami juga tanya apa beza teksi color pink, hijau, biru dan yang berwarna warni....tapi dia tak faham. So, kami biarkan je le soalan itu tidak berjawab...mungkin company le tuh lain2. :)

Kami check in dia Bed Bangkok Hostel, Sukhumvit Soi 1...percutian kami ni ala2 backpackers tapi kami duduk sebilik 2 orang dan ada katil bertingkat. Biliknya kecik saja dan memalam ada nyamuk tapi servisnya bagus. Pekerjanya sangat baikhati dan fasih ckp BI. Pintu utama dia kena masuk guna kad, jadi keselamatan kita terjagalah. Hostel ni jugak aman dan jauh dari pub2. Lepas bayar bil hostel kami naik bilik.

Old Siam Plaza yang jual original silk.  Susah nak cari thai silk kat Bangkok tau!

Lepas tu kami turun dan tahan teksi untuk pergi ke Old Siam Plaza. Tujuan kami ni tidak lain tidak bukan untuk cari sutera thai yang popular tuh. Walaupun sutera thai ni popular tapi bukan senang nak cari kat kota Bangkok ni. Melalui pembacaan dari blog2 sebelum ni, tempat ni le paling byk pilihan sekali. Pemandu ni ckp jam 3.30 ptg ni le paling jem sebab budak sekolah baru balik....jadi dia syorkan kami balik naik tuk-tuk saja sebab kebanyakkan teksi tak nak lalu jalan nih. Mula2 saya ckp nak pergi Old Siam Plaza ni, driver ni tak tahu...lama2 saya ckp Phahurat Street dan little india baru dia tahu. Lastly dia turunkan kami kat Little India. Nasib baik little india ni tak besar dan Thanon Phahurat ni tak panjang. Agaknya Thanon ni dalam BI dia ertinya street kot. Masuk mall dan tanya kat owner kedai, dia tunjuk arah ke Old Siam Plaza. Oooooo....sebelah ni jek...kecik je bangunan dia color putih. Oh ya...teksi tadi dalam 100 Bath....teksi bermeter. He...he...he..
Banyak pilihan dan sumer nyer colorful kan?.  RM35/meter dan bidang kain macam kain ela biasa.  Ni le gambar curik tuh..:)


Old Siam Plaza ni mall beraircond dan kat dalam ni jual pakaian mostly. Kat tengah2 ada bazaar jual makanan. Masa kami tengah bergambar2, guard ni dtg tegur ckp tak leh ambik gambar. Kami pergi ke tingkat 1 yang jual byk kain dan baju yang dah siap. Agaknya dorang tak nak ada orang copy design2 dorang kot...tu sbb tak kasi ambik gambar. Tapi saya sempat ambik gambar curi kedai2 jual sutera thai nih....he...he...jahat!!!. Sutera thai ni dorang lipat, kalau kita minta berapa meter yg kita nak....baru le dia akan potong. Tengok le kat gambar tuh mmg color2 dia menyerlah sumer. Tapi tidak le murah mana, mula2 tu dia kasi 380 Bath semeter tau!!! Tapi sebab kami beli 2 pasang dia kasi 350 semeter. Jadi dalam RM140 le untuk 4 meter. Kalo macam ini, satu je le yang saya mampu beli. Itu pun dah pening nak ambik color apa coz sumer cantik2. Lastly beli biru torquise. Kat sini sutera dia ni mmg yang original punya dan hand made. Kalu yang campur ngan cotton mmg dia akan bagitau. Dorang leh ckp BI, itu yang best. Berkenan dengan songket sutera tapi mahal 2500 Bath untuk 2 meter. Tak pe le...tadak rezeki. Hu...hu...hu..

Pusing2 situ...byk jugak yang jual baju sutera thai yang dah siap. Siap sarat dengan manik2 lagi tu...boleh dapat dalam 6000 Bath. Kwang...kwang... Hasil dari pemerhatian saya, sutera thai ni sesuai letak manik2 color silver....baru menyerlah. Tapi mmg color dia cantik kalau dah letak manik2 nih. Warna hijau pun cantik...pink pun cantik...duit je ciput.

Ohhhh yaaa senang je nak kira duit thai ni. Macam ni untuk senang kira:

100 Bath = RM10
Mula2 confuse jugak, macam terkejut je dengar dorang sebut 'three hundred fifty per meter'. He...he..

Lepas puas menjamu mata kami turun bawah g gerai jual makanan. Saya beli pulut + bubur durian ngan harga 40 Bath. Ada jugak sorang peniaga muslim jual kebab. Sepanjang kami di Bangkok di Old Siam Plaza ni le yang jual sutera thai paling murah. Lepas tu kami pergi ke Little India dan berjalan kaki ke Chinatown. Bagi saya, tak ada apa2 pun kat ChinaTown, lainlah kalau orang chinese mungkin sukalah sebab kebanyakkan kedai jual barang2 untuk orang cina termasuk kedai2 ubat, kedai jual peralatan sembahyang dorang dan resoran cina. Yaowrat Stree ni panjang tapi tak ada apa2 yang menarik. Ia hanya jual keperluan hari orang cina sahaja, tidak direkemen untuk pergi. Kami jalan kat situ pun sebab nak tunggu jam 6.00 sebab driver tu ckp lepas jam 6.00 petang barulah jem beransur surut. Setelah pusing2 tapi tak jumpa apa-apa yang best kami naik teksi bermeter balik ke hostel dengan kos 100 Bath.

Malamnya kami pergi kedai urut depan pulak. Saya nak Thai Massage dengan harga 200 Bath untuk 1 jam dan kawan saya ambik foot massage untuk 250 Bath untuk 1 jam jugak. Disekitar hostel saya ada banyak kedai2 urut ni, ada yang bukan sampai jam 12.00 malam pun ada. Ya Allah....mula2 saya sangat2 terkejut..punya le ganas. Dia tekan2 belakang, tangan, kaki dengan tangan dan badan dia sekali...byk kali saya terasa susah nak bernafas. Tambahan pulak tukang urut tu bersaiz besar. Mula2 dia menghempap belakang saya dengan siku dia....saya dah terjerit. 2x saya menjerit dengar dia mengeluh. Pahtu saya diam coz takut dia marah. Lepas tu baru le dia tekan tak kuat sgt. Kekadang dihalakan ke depan le ke belakang le, lipat bagai kaki dan tangan kita. Paling best time dia tekan2 kat tapak kaki dan betis....rasa hilang lenguh jalan kaki. Lama2 baru selesa kena urut. Balik hostel rasa penat2 dah hilang. Untuk merasai macamana urutan thai ni ok le...tapi untuk kali kedua terasa nightmare pulak. Macam dia tekan2 jek...baju tak payah bukak coz dia tak pakai apa2 minyak pun. Last sekali dia urut kening dan kepala.....pahtu habis...lega2. Masa nak bayar berlari2 dari anjing peliharaan dia. Ada 3 ekor sumer, ntah suker benar mengekor kami. Tapi dorang faham, owner dia tlh halau dia dari kami.
Kat dalam Old Siam Plaza, ada jual makanan.  Pulut durian sedap!!!.  Ni pun gambar curik tau...:)

Sebenarnya saya penat sgt ni sebab pagi tadi saya menyorong beg dari umah saya hingga ke stesen lrt. My hubby outstation, tak leh antar saya. Dia suh saya jalan kaki, ingatkan dekat...rupa2nya dekat 30 minit jugak le saya jalan sambil tarik beg saya yang kuat bunyik nyer tuh. Kul 6.30 pagi saya telah mengejutkan ramai orang dari tido ngan bunyi beg saya tuh. Terasa geram pun ada jugak...........

Blurr plak gambar dlaam Old Siam ni

Stesen lrt



Dlm Old Siam gak

No comments:

Post a Comment