Wednesday, 5 October 2011

Bangkok Part 4: 29 Mei 2011



Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Bagkok. Jadi kami ingin pergi ke Pratunam Market. Kami keluar lewat sebab orang kat kedai urut tu ckp bukak jam 10 pagi. Jadi jam 9.00 pagi waktu bangkok kami keluar menuju ke BTS Phloen Chit. Ambik yang menuju ke Mo Chit dan berhenti di Stesen............dengan harga tiket 20 Bath. Bila tiba distesen ni kami tanya kat kaunter tiket jalan nak ke Pratunam Market sebab dari situ tak nampak. Dari atas stesen tu dibelah kanan nampak First Hotel, jadik kami menyusuri jalan menuju ke hotel tu...agak jauh jugak le nak menapak dalam 15 minit jugak rasanya. Tapi tak terasa sangat sebab masih pagi. Bila tiba di depan First Hostel, jalan terus hingga jumpa Soi 21. Kat Soi 21 tu le banyak gerai2 yang menjual baju-baju macam2 fesyen. Jalan ni menghala ke Boiyoke Hotel, dijalan ni jugak kami nampak satu gerai makanan halal. Apalagi kami 'tapau' makanan tengahari kat situ....murah je mihun kari dalam 40 Bath. Dalam tu letak ayam, daun selasih, terung pipi, terung bulat + mihun.
Kami masuk ke Pratunam Market, kat sini jual wholesale punya dan kalau beli sehelai harga lain. Tapi memang murah....sehelai baju boleh dapat serendah 120 Bath...bayangkan!!!!!. Kalau beli 3 helai kat atas boleh dapat 100 Bath sehelai. Kat KL baju macam ni mesti jual dalam RM50 ke atas. Mmg gembira sesangat le dapat pergi tempat ni. Berbaloi-baloi.......dan berbakul2 jugak le kami beli baju kat tempat nih. Baju, seluar, cardigan, baju renda2, skirt, baju tidur, t-shirt, kemeja, baju cotton semuanya berharga dari 120-200 Bath jek sehelai. Bayangkan leeee....nasib baik ada duit lebihan lagi dari shopping semalam tuh, kalau tak mesti mengalir air mata. Kalau beli kena pilih2 sebab byk pilihan kat sini, byk gerai menjual barang yang sama pun. Droang pun tak paksa2, kalau kita tawar dorang tak nak kasi murah, kita tak jadi beli pun tak apa.

Lepas tu kami cuci mata kat mall sebelah menyebelah. Tak best sgt mall nih coz biasa le air-con punya mall mmg le jauh beza harga ngan yang tadak air-cond tuh. Selepas hampir 3 jam kat tempat ni dan duit pun semakin susut, kami pun cari teksi untuk balik ke hostel. Ingat tau...kena cari teksi yang bermeter..insyallah dorang tak minta2 tip. Teksi dalam 70 Bath ke hostel. Teksi senang je nak ambik coz kami ambik teksi kat depan Shopping mall yang teksi mmg berderet tunggu, jalan pun tak jem sgt coz hari ahadkan. Nanti kalo free saya upload gambar Pratunam Market dan barang2 yang shopping kat sana. Shopping tak de le beria2 sgt coz bajet pun ciput. Lgpun simpan duit tuk g Perth dan New Delhi pulak.

Sampai hostel kemas2 barang dan kul 2.00 petang check out dan tunggu teksi yang kami dah arrange ngan pemandu teksi airport hari tuh. Tadi pagi kami minta budak hostel ni tlg call dan confirm teksi ni tuk kami...kang dia tak datang pengsan plak. Punctual nyer pemandu teksi ni....janji jam 3.00, jam 2.40 ptg dia dah sampai. Driver ni lalu jalan tadak toll plak kali ni. Tak sampai 30 minit dah sampai airport coz tak banyak kete. Airport tax dah termasuk dalam tiket jadik tak ada apa2 nak dibayar lagi. Saya hari tu siap beli 20kg lagi tuk balik ni tapi sumer barang2 shopping saya sumbat dalam beg backpack saya sebab takut kena curi. Jadi beg utk kargo saya ni dalam 5kg jek. Membazir jek beli extra kg hari tuh.

Perjalanan ke Bangkok ni sangat best bagi saya. Cuma mood dah terkurang sikit sebab sehari sebelum terbang, saya dah terbeli tiket pergi New Delhi pada mei tahun depan. Walau apa pun, shopping baju kat sini memang best. Saya pun beli baju kat sini untuk setahun punya...pasni tak payah beli dah sampai le trip g india nanti. Bangkok ni kota yang sangat le luas, terasa 4 hari pun tak habis nak round. Nak pergi sana sini pun best sebab ada BTS dan MRT, jugak teksi. Saya sebenarnya nak pergi area Silom coz kat situ ramai orang islam tapi tak sempat sebab dah seharian berjalan, tak larat dah nak jalan.

Pengalaman yang sangat bermakna dan rasanya bangkok ni kota yang selamat untuk dipergi, kami pun pergi berdua sahaja, perempuan pulak tuh. Jadi kengkawan tak payah takut2 dan ragu2 ok...redah jek.

2 comments:

  1. pratunam market dgn chatucak..mne lagi murah ? quality pakaian mane lg ok ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sy, sy pilih Chatuchak lagi banding pratunam ni. Sebab kalo nak bli pakaian sebelah chatuchak tu ada jgk bazaar jual2 pakaian yang cantik2....yg design dia moden dan berfesyen sikit. Lgpun Chatuchak ni luas dan jual macam2 barang. :)

      Delete