Wednesday, 5 October 2011

Bangkok Part 3: 28 Mei 2011



Program hari ni nak pergi ke Chakcunchak. Memandangkan Chakcunchak ni bukak dari 6am-6pm, jadi seawal jam 8.00 pagi kami dah keluar dah naik BTS ke Mo Chit. Kat dalam tren ni banyak jumpa pelancong, orang Malaysia pun ada tapi saja je menyombong tak nak tegur. He...he..he..
Bila keluar stesen Mo Chit, kami tukar ke MRT pulak menuju ke Kamphaeng Phet. Sebenarnya boleh je kalau nak jalan kaki dari sini ke Chakcuncak Market ikut je orang putih tu jalan hala mana, tapi kami dah terlalu penat nak jalan kaki dah. Lagipun tiket dalam 15 Bath je. Tak pe nak merasa jugak naik MRT kat Bangkok nih. Sampai stesen Chakcunchak, kuar2 terus kat pasar Chakcunchak tu. Masa tu cuaca mula panas. Kami pusing2 kat situ dan jalan2 tanpa arah tujuan. Jumpa ukiran kau yang saya nak tapi tak byk pilihan dan ada gambar gajah pulak. Ringan je kalo nak bwk balik tapi nampak kerjatangan dia tak halus sgt. Ditambah plak ngan harganya yang agak mahal 2500 Bath. Tak pe le...lupa kan le nak beli ukiran kayu nih. Yg kecik2 ada tapi tak sesuai tuk umah saya. Kami pusing2 cari jam yang patutnya terletak kat tengah2 pasar nih, sebab jam ni le kiranya penanda aras nya. Akhirnya jumpa jam tinggi warna hitam tapi terletak kat tengah2 park pulak.


Ni le menara jam yang sebenarnya
Confuse...confuse...aaaaahhhh tak payah pedulikan le jam ni..jalan je le. Pusing2, keluar masuk lorong...hhhhhmmm betul leeeee sumer yang ada kat muka bumi ni sumer ada kat sini. Sumer nyer murah2 belaka. Saya beli dress cotton berharga 190 Bath dan blouse cotton berharga 150 Bath. Ada gerai untuk buku2, perabot, souvenir, barang2 untuk dapur seperti sudu garfu pinggan mangkuk etc, baju, perhiasan, sutera thai pun ada kat sini, jeans, baju kanak2, dress, t-shirt, bunga2, bed sheet, sarung bantal, sarung kusyen, sarung tisu, hiasan yang diperbuat dari kelapa, barang2 kulit, kasut, kemeja dll le....tak larat nak tulis dah...banyak sgt. Rasanya ni lebih pelbagai dari Pratunam Market.

Masa kat sini kami jumpa 3 gerai jual halal food iaitu:

1. Kat Toilet 3
2. Kat menara jam
3. Berdekatan dengan Metro Kampheng Phet (xde le dekat, maybe dalam 100-200 meter dari situ)


Paling murah kat tepi Toilet 3 jual nasi + ayam goreng + ayam kukus + sup. Kat sini selain dari menara jam, kami kenal tempat ni melalu TOILET nyer yang ada nombor yang terletak disetiap penjuru pasar. Kami tau ni pun masa sedang beli kasut kat kedai sorang muslim ni, dia yang bagitau dan tunjuk jalan. Tak tau dia muslim sebab dia tak pakai tudung. Kasut kulit dia 250 Batt je sepasang. Tapi hati2 coz takut kulit ba alif ba ya pulak. Sebenarnya balik hotel kawan saya perasan yg tapak kasut tu dibuat ngan kulit ba alif ba ya tuh. Masa pilih2 tuh tak perasan..dah kena derma plak kat non-muslim kat opis.


 


Sebenarnya dipanggil nasi ayam kalo kat tempat kita, murah 40 Bath saja. Tapi kena tengok betul2 coz kat depan gerai ni ada stall kecik2 jual air + buah sumer. Kami makan kat sini dulu dan berazam tuk dtg lagi petang tuk 'tapau' makan malam. He...he...




Tersangat le luas tempat ni, lepas makan baru le semangat nak jalan balik. Tup...tup baru jumpa Menara jam yang sebenarnya...laaaa....rendah je menara jam nih. Padan le tak nampak. Dah 2 jam kami berpusing2 kat sini baru le jumpa menara jam ni. Bayangkan sikit punya besar tempat ni. Rupa2nya kami baru je round separuh dari pasar ni. Lepak2 dulu kat tepi menara ni rehatkan kaki. Lepas tu sambung balik jalan kat belah menara ni pulak. Tiba2 nampak ada orang pakai tudung makan kat gerai dekat2 ngan menara jam nih. Confirm le ni le kedai yang saya baca dalam blog sebelum ni. Tapi nampak harga makanan dlm 60-100 bath kot coz tak faham sgt coz dlm bahasa thai. Kat sini lagi besar dari gerai yang kami jumpa tadi. Ada jual kerepek, mi dan nasi sumer. Tapi kami dah kenyang dan sambung jalan.




Jam hampir jam 2, kami decided nak balik dah. Tak larat dah nak jalan ngan panas nyer lagi. Kami pergi balik cari Toilet 3..tapi tetiba terjumpa Toilet 5....aduhai jauh pulak tuh nak jalan g Toilet 3 balik...tapak kaki rasa macam nak tercabut dah ni...adeeeehh. Sebelum tuh g masuk toilet ngan harga 2 Bath sekali masuk. Lepas tu tapau nasi ayam dan sup ayam + nasik. Lepas tu kami jalan balik menuju ke stesen MRT. Tetiba nampak plak orang jual kebab yang penjualnya pakai tudung. Kami pun beli kebab yang berharga 30 Bath untuk breakfast. Ada 2 orang penjaga dia, yg sorang lagi lelaki. Kalu lelaki tu yang jaga mesti kami tak perasan punya. Memandangkan tempat tinggal kami tu susah cari halal food, jadi terpaksa le cari makanan awal2 kat sini. Ada je makanan halal kat Arab Street tuh tapi punya le mahal.

Lepas tu kami lepak2 kat tangga MRT dan decided tuk stay kat sini sampai jam 5.00 petang coz malam pun kami tadak program dah. Tak sanggup dah nak singgah ke Pratunam Market, ni pun dah nak pengsan dah kepanasan...sambung esok je le. Sebelah stesen MRT ni ada JJ Market, tempat ni le byk jual baju2 yang berfesyen macam yang org Thailand selalu pakai tuh. Nampak stylo le pakaian tempat ni, sesuai tuk pakai g keje punya baju. Design dia pun nampak moden dan ramai sgt orang kat tempat ni. Tempat ni sejuk sebad dibina betul2 dibawah pokok. Bayangkan le...hujung atapnya bersentuhan ngan batang pokok. Dorang nampaknya menghargai kehadiran pokok ni dan dorang tak tebang pokok sewenang2nya dan bandar dorang ni agak hijau le.

Selepas 1 jam kat sana kami pun ambik keputusan untuk balik. Turun ke MRT tu, kami penat dan duduk kat depan kedai2 bawah tanah yang cantik sgt deco dia dan lepak2 kat situ sampai jam 5.00 petang. Lepas tu baru kami naik MRT dan balik hostel. Balik2 saja rehat, mandi. Malam tu awal le kami tidur coz sepanjang hari dah puas jalan.

Kepada sesiapa yang punya waktu yang suntuk untuk berjalan ke Bangkok, disyorkan pergi le kat Chatchuncak ni untuk shopping sebab semuanya ada kat sini. Pengangkutan jugak mudah. Masa kat sini kami jugak nampak ada syarikat yang uruskan pengangkutan barang2 ni, siap packing dalam kotak dan nanti dorang akan hantar ke rumah. Tapi tak pasti dorang ada buat penghantaran ke tak ke luar negara. Berbaloi sangat le pergi ke tempat ni sebab punya pelbagai jenis barang yg dijual dan banyak gerai2 boleh pilih2. Tak perlu tawar pun sebab dorang kat sini agak garang....kalau dia tak nak kasi diskaun tu mmg tak payah le nak try minta, mesti tak dapat punya. Lain le kalo barang tu berharga RM100 ke atas. Lepas tu bawak le payung dan topi coz sangat panas dan membahang, minum air pun tak terasa sejuk. Lepas tu minum air banyak2. Banyak jugak orang jual air kat sini, harga lebih kurang KL jek. Masa beli air longan, orang tu ckp 'one twenty'. Saya pun kasi 12 Bath, pahtu dia geleng kepala. Terkejut jugak saya...pahtu dia g layan orang lain dan dorang kasi duit 20 Bath je satu. Saya pun kasi duit 100 Bath dan dia masih layan orang lain. Heran jugak takkan le air ni harga RM12 satu. Lama2 tu baru faham yang harga nya 1 cawan tu RM2 henget. Aduihhhhhh.....




No comments:

Post a Comment