Saturday, 10 September 2011

Percutian ke Myanmar: Oktober 2011

Kubah ni nampak dari beberapa kilometer

Percutian ke Yangoon, Myanmar telah dirancang dalam 4 bulan yang lepas lagi. Masa tu dah beli tiket dan hotel secara online dan visa semua dah settle dengan kedutaan. Hari ni jam 12.00 dah bertolak dari KL Sentral naik bas menuju ke LCCT. Saya dan my hubby nak pergi YANGOON!!!!! Best nyer....best nyer.









Swedagon Pagoda




Pagi2nya lepas my hubby solat subuh, tak boleh tido dah coz kat sana kul 6 pun dah cerah...dah excited nak jalan2. Kami turun bawah makan. Tapi saya tak berapa berkenan makanan kat situ coz geli pun ada. Terpaksa makan coz dia satu pakej ngan hotel. Makan nasi ngan ikan panggang jek....restoren tak halal. Berbekalkan peta tuh...kami menyusuri jalan menuju ke uara. Saya mmg kasi tugas baca peta kat my hubby coz saya mmg fail bab2 bearing nih. Setelah hampir 1 jam berjalan, sampai le kat tangga kuil pagoda besar tuh, namanya Shwedagon Pagoda. Nampak 2 pagoda besar kat atas bukit. Satu kat belah kanan dan satu lagi kat belah kiri. Dipisahkan oleh jalan kat bawah kedua2 bukit tuh. Mula2 cuak jugak tengok orang keluar masuk kat situ bukak2 kasut. Takut le dorang g semayang dan nanti kena halau pulak. Last2 naik le jugak tangga dan sampai kat kaunter dia tuh bayar tuk simpan slipar dalam 200 kyatt kalau tak silap. Kami terus naik tangga yang tinggi...wah..wah...ini sudah bagus...ada orang jual2 lagi kat tepi2 tangga tu. Sempat menanya harga tuk barangan gangsa cam ala2 tapak sireh tuh. Nantilah bila turun nanti nak singgah. Bila sampai kat tangga yg paling atas sekali tu....jumpa kaunter masuk. Kena bayar dalam USD5 sekali masuk.

Sukacita diingatkan kepada pembaca sekalian yang ingin melawat kat Yanggon, bila nak tukar duit USD kat malaysia tu....pastikan duit USD tu tidak koyak, tidak berconteng, tidak buruk, tidak calar balar dan tidak tercacat dan tidak berlipat. Ini penting coz kat sini dorang hanya terima duit USD YANG BARU SAJA. Tapi kalau duit dorang, buruk dan hampir terputus 2 pun dorang guna jek.
Tasik kat Botanical Garden





Bila masuk saja ke kuil tu, ternampak kubah warna emas yang sangat cantik. Mmg cantik sangat kat tengah2 tu. Lepas tu ada jalan dan dikeliling kubah emas tu ada kuil2 kecik bersambung2. Kawasannya sangat luas. Ambik masa hampir 2 jam jugak kami berjalan2 dan bergambar sakan kat sana. Walaupun saya seorang saja perempuan pakai tudung kat sana, tapi dorang tak kacau pun. Dari pengamatan saya, tak ramai pelancong kat sini...ada seorang dua saja orang putih dan orang dari Thailand. Boleh kenal kerana pelancong diberi sticker letak kat bahu. Nampak le dorang semayang kat situ dan pekerja kat situ membersihkan lilin. Lepak2 kat situ tengok monk, best sangat. Lepas tu kami pun turun...saya sempat singgah tanya harga set bronze tuh. Saya pun dtg beli kat mula2 yg saya tanya coz dia punya lagi murah. Dia ckp bronze tu dtg dari wilayah Mandalay, ok le. Beli set tu dalam USD24. Lepas tu kami pun turun dan jumpa lagi tangga turun yang bersambung dengan pasar pagi. Sempat beli gelang batu marmar kat sorang pekerja yang pernah keje kat cheras. Lepas tu kami menyusuri jalan dan masuk pulak ke Taman Botanical, bayaran masuk 2000kyatt. Dah penat sebenarnya nak jalan. Pusing2 situ...my hubby nak g istana terapung atau ......... Akibat terlalu penat berjalan, rasanya dah hampir 3 jam dah jalan ni...lepak dulu kat gerai minum jus avocado berharga 1000 kyatt. Sedap sangat...sempat le jugak saya mengintai orang tu buat. Dia letak susu manis kat atas jus tu...tu sebab sedap. Lepas tu kami pusing2 cari jambatan kayu dan menyusuri jambatan tu hampir 1 jam jugak le di atas sinaran cahaya matahari yang sgt terik. Jambatan tu dorang buat disepanjang tepi tasik tu (tanpa bumbung) hingga sampai ke istana terapung tuh. Rasa macam nak terbakar kulit...payung pun tak bawak masa tu. Habis le kulit den kena sunburn!!!!!. Kat tasik ni tempat dorang berdating, berdating plak kat bawah pokok, dalam semak, atas jambatan sambil semuanya dating dibawah payung. Isk..isk...tak senonoh le dorang nih. Kuar dari Botanical Garden dan Tasik tu, masuk ke Royal Boat tu kena bayar dalam 300 kyatt dan 200 kyatt tuk kamera. Tadak apa2 pun kat situ coz bukan boleh pun masuk ke dalam tu. Kat dalam tu ada zoo dan taman permainan kanak2 dan ada juga gerai dari setiap negara asia. Gerai Malaysia ada dan kat depannya tercacak menara KLCC. Hajat hati nak singgah tapi nampak dorang jual Beer...terus tak jadik. Masa tu dah dalam kul 12.00 masa vietnam, rasa kaki dah cam nak tercabut dah. Terpaksa le pujuk hubby tuk ambik teksi.....coz dia macam nak jalan kaki balik jek. Saya cakap ngan dia yang saya dah nak pengsan dah...nanti kalau saya pengsan..suh dia angkat saya g hospital. Lastly naik le teksi balik hotel dalam 2500 kyatt. Lega...lega balik hotel jugak akhirnya. Dah le penat jalan, bawak barang2 tembaga saya lagi. Sempat singgah makan kat halal chinese food kat tepi hotel. Mak aiii...mahal gak ni, 2800 kyaat tuk nasi goreng. Dah 300 kyatt untuk air minuman dalam botol. Kat sini dorang tak ada 'air sejuk/air suam/air kosong'.

Lepas rehat2 dan mandi2 saya ajak hubby pergi cari Boyjote Market plak. Pusing2 kat bangunan Hitachi tuh tak jumpa jugak. Tetiba ada orang menegur kami, rupa2nya 3 orang Malaysia tuh keje kat embassay. Pahtu kami pusing2 situ dan pergi ke seberang jalan. Kat situ bangunan 3 tingkat tingkat bawah kedai dan kat atasa jadik umah) dan kat tepi2 tu ada penjaja jual. Saya ajak hubby cari boyjote market tuh...my hubby cakap 'Ni le dia market tu'. Saya punya le marah kat my hubby...saya ckp 'Boyjote market tu 2 tingkat le...bukan ini'. Terus moncong sedepa saya dan meluru dengan laju nyer ke depan. Tiba kat jalan yang satu lagi, nampak le bangunan warna pink. Terus saya dengan happy nyer panggil my hubby dan dengan bangganya tunjuk. Akhirnya aku jugak yg jumpa. Kat sini kalau ada jejantas, dorang akan sekat jalan tak bagi melintas. Yang bagusnya kat sini, motosikal dan basikal tak dibenarkan masuk town...jadik jalan xde le sesak sangat. Sekali sekala ada orang bagi salam.

Banyak masjid kat town

Boyoke Market tu..kat dalam dah tak sempat dah ambik gambar dddd...

Hotel Kwandagi Palace ke apa ntah nama dia

Naik jejantas terus ke boyjote market. Tiba kat tingkat bawah, beli kain baju kurung dengan harga USD15. Ada jugak kain yang dah diletak manik2 dan ada jugak kain yang corak pada kain tu dijahit tangan. Kat sini paling panjang kain pun 3.5 meter jek coz baju blouse dorang pendek jek. Pusing punya pusing jumpa orang melayu kat kedai permata. Beli brooch dengan harga USD24. Mahal le pulak...design dia pun tak cantik sangat. Tapi dia dah bagi kami minum teh my hubby ckp kena le beli. Saya beli brooch yg paling besar color light biru...batu apa ntah nama dia. Pastu kami pusing2 lagi. Banyak barang2 kat situ datang dari thailand dan kain batik plak datang dari indonesia. Bila kami masuk ke pasar2 tu jumpa batu2 macam keychain yang boleh buat souvenir...apa lagi kami pun memborong le sampai 70 unit sumer. Yg penjual tu pun orang islam. Bila kami pusing2 lagi, time tu dah dlm jam 5.00 petang waktu myanmar....banyak plak kedai2 yang mula tutup. Bila sampai kat kedai2 souvenir tu, kami ckp kami dtg esok je le coz dia dah nak tutup. orang tu ckp 'esok isnin kami tutup'. Laa...sib baik kami balik petang selasa, pagi selasa tu sempat le nak jenjalan sana. Keluar dari situ jumpa plak budak semalam tu jual poskad. Dia tunjuk toilet kat restoren kat situ...bagus le dorang ni...leh tumpangkan toilet walaupun kami bukan customer dorang. Kat sini agak susah cari public toilet, kalau nak kena balik hotel atau pergi ke restoren besar2 skit. Lepas tu kami jalan dan jumpa masjid syiah plak...bila my hubby masuk solat...orang kat masjid tu suh saya masuk. Saya masuk dan duduk kat tepi perigi je, dia dtg berborak ngan saya. Dia ckp masjid ni masjid orang syiah...orang pompuan pun leh masuk masjid. Dia ckp kalau nak beli kain pergi ke Yazuna Plaza. Lepas dari masjid tu kami makan kebab. Lepas tu balik hotel. My hubby plak g makan kat atas bangunan Hitachi tu ngan member dia.

Isnin tu kami pusing2 kat bandar saja dan lepas makan tengahari kami pusing area boyjote market menghala ke sungai yangoon. Kami g makan nasi goreng kat kedai kat situ, jumpa orang myanmar yang berniaga kat KL, dia le yang tlg kami order makanan. Tak boleh masuk pulak coz pelabuhan kat sana. Lepas tu kami jumpa pulak market untuk orang awam dan sempat membeli kain kat situ. Had bajet kain saya adalah USD16 sehelai saja coz kain2 kat sana susah nak cari yang sutera. Lepas dari pasar awam tu kami balik hotel dan mandi.

Petangnya pulak kami pergi ke bangunan2 lama ambik gambar menghala ke selatan. Bangunan lama tu adalah bangunan tinggalan british tapi dorang ni tak baikpulih. Lepas tu kami jalan mengeliling bandar sampai jumpa Pusat Islam kat tepi stesen keretapi. Jumpa orang muslim keturunan pakistan kat sana dan sempat minum petang (makan roti dan minum teh yang sedap) kat sana. Lepas tu pergi ke menara tinggi yg menandakan pembebasan myanmar dari british. Lepas tu bergambar di pagoda ditengah2 jalan yang nampak dari hotel tu dan my hubby singgah solat kat masjid bengala. Depan pagoda tu pun ada masjid jugak. Saya tunggu kat luar sambil makan roti dan kuih. Lepas tu my hubby nak makan nasi briyani plak. Singgah kat kedai area situ makan nasi briyani ayam. Hari ni 4 kali saya makan. Lepas tu kami pergi Central Hotel tuk urut kaki. Bila sampai sana jumpa group kakak-kakak dari Shah alam. Kami pun berborak2 sambil urut kaki. Best nyer..urut kaki dengan harga USD5 untuk 1 jam mmg berbaloi setelah menapak berjam-jam lamanya. :) Siap scrub kaki dengan garam lagi tuh.



Yazuna Plaza



Masakan india je yang jumpa kat sini

Hari selasa esoknya, kami pergi Yuzana hotel. Kami sampai awal dalam kul 9.00 waktu tempatan dengan teksi tambang nya 2000 kyatt, pemandu tu orang muslim yang park kereta betul2 depan hotel kami. Beli kain yang bermanik2 dlm USD15 untuk 3.5 meter. Bangunan tu banyak jual pakaian dari yang tradisional hingga moden, macam pertama kompleks jek. Lepas tu kami bergegas plak balik hotel simpan barang dan pergi Boygote Market...shopping last nih. Masa kat sana jumpa plak kakak yang sama2 berurut kaki tu. Ada sorang kakak tu beli pendant dengan permata sebesar ibu jari berharga USD250, color purple. Ambooi....amboi...shopping sakan akak ni. Punya le saya suker ngan pendant akak tuh. Pahtu dorang beli lukisan yang diperbuat dari batu2. My hubby berkenan gak ngan gambar lukisan monk....tapi bajet kami dah ciput. Telan air liur je le tengok dorang ni shopping. Masa tengah beli t-shirt kat sana, jumpa 2 orang lelaki dtg dari KL. Dia ckp ada orang ni volunteer jadi pemandu pelancong, dia pun pening nak bayar berapa le kat mamat tu coz dia tak minta pun berapa....ikut kita le nak bagi dia berapa. He...he..he..

Tengok jugak permata2 kat market tu..mmg cantik2 dan macam2 color ada...mmg rambang mata aku ni. Tak boleh jadik nih...kena balik cepat2 ni..nanti terbeli plak susah. Minta my hubby belikan...tapi dia buat dek jek. Lepas tu kami g makan kat kedai yang kami pergi mula2 sampai tu. Coz my hubby suker betul sambal limau dia tu dan makanan kat situ mmg ikut selera dia (makanan ala2 mamak).

Hu...hu..hu... Kami balik hotel dan berkemas untuk balik. Kuar je hotel nampak pakcik yg pagi tadi, kami minta hantar airport dengan tambahnya 7000 kyatt. Sampai je airport....terus bayar airport tax USD10. Masalah tul , dorang nak duit baru....jadi duit USD kami yang agak buruk langsung tak boleh guna kat sana. Makin kurang le bajet kami ni. Lepas bayar tax, pergi scan barang pulak. Dah kami bawak batu2 untuk souvenir tu, berbunyi le plak mesin scanner tuh. Dah orang imigresen tu 'pau' kami USD20. Dari best datang Yangoon, jadi nightmare pulak. Nasib baik my hubby ada simpan duit USD lebih yang baru....kalau tak, terkandas le kami kat situ.

Masa kat airport tu terjumpa plak cincin batu permata color biru yg cantik...yelah..terkenang2 pendant akak tuh yg besar tuh. Pinjam duit plak ngan my hubby, tawar punya tawar dapat le USD50...cukup le batu kecik pun. Nanti kata orang dtg myanmar tak beli batu permata tak sah plak idupkan. Masa tunggu masuk kapal tu, rombongan kakak yg sama2 urut kaki tu pun dtg. Dorang kena 'pau' USD50. Dah ternampak plak cincin akak tuh...yg besar jugak macam pendant dia jugak. Alamak...jeles nyer ngan akak nih. Masa saya pandang my hubby, my hubby gelak jek. Mesti dalam hati dia 'nilah perempuan'. Balik flight jam 5.45 waktu Yangoon.

Tangga menuju ke temple kat Swadagong Pagoda


Masjid

Itulah pengalaman berharga saya bercuti ke Yangoon. Sebenarnya boleh je pergi keluar dari Yangoon tapi my hubby tak nak pulak. Seronok kat situ ramai muslim dan makanan pun senang. Orang2 nya pun peramah dan ramai yg boleh cakap BM. Sesekali dorang bagi salam dan tanya 'Malaysia?'. Mula2 dulu...rasa takut jugak nak pergi sana tapi bila dah pergi sana rasa seronok dan mmg selamat le kat sana. Rasa lagi takut jalan kat KL. Kawan my hubby yg makan ngan dia kat bangunan Hitachi tu pernah ckp dia pernah kena rompak kat Petaling Street, tak ada sorang pun tlg dia....orang lain pandang jek. Kat sini jalan kat lorong2 pun ok. Apa yang saya perasan, disetiap simpang/roundabaout yang besar ada polis jaga kat tepi jalan. Peminta sedekah pun jarang2 jumpa, ada jugak kat tepi2 masjid. Heran jugak...orang muslim plak yg minta sedekah. Ada jugak budak2 yang ikut kita minta2 duit tapi tak ramai. Buat dek je kat dorang. Harapnya catatan perjalanan saya ini boleh beri info kepada kengkawan yang berminat untuk pergi ke sana. Duit Kyatt ni mmg agak ekslusive bagi saya sebab tak boleh tukar kat KL, dan kat sana pun tak ada kedai untuk tukar2 duit ni. Kami tukar 2 kali kat Central Hotel, itu pun dorang suruh sembunyi2. Boleh je tukar kat tepi2 jalan tapi takut kena tipu. Tukar sikit2 coz takut tak terhabiskan coz kat KL dah tak laku dah duit Kyatt ni. Saya pulak dah kasi siap2 duit hotel, makan, teksi dan yuran masuk tempat kat my hubby. Biar dia bayar sumer. Saya simpan duit tuk shopping je. Kami bajet USD2 je tuk sekali makan. Bajet pergi sana untuk tiket dalam RM200, hotel dalam RM120, visa RM160, makan, pengangkutan, tiket masuk dalam RM120, airport tax USD10, kena 'pau' USD10. Tak banyak sangat le belanja pergi sana coz pergi sendiri jek. Kalau pergi pakej mesti berganda jugak le.

No comments:

Post a Comment