Friday, 9 September 2011

Manila dan Tagatay: Jun 2010



Di sebalik kesibukan menguruskan urusan perkahwinan, sempat lagi my hubby booking tiket dan hotel untuk honeymoon ke Manila, Philipina. Takut jgk nak pergi sana sebab sebelum ni dengar macam cerita yang tak elok pasal Manila ni. My hubby tempah hotel kat Atrium Hotel di Pasay City melalui internet dalam USD 53 semalam.

Disebabkan bajet yang kurang dan my hubby dah warning untuk tak bawak banyak barang, jadi ada le barang kawin yang terpaksa ditinggalkan sebab nanti dari Manila kena terus balik KL. Berlepas dari KK jam 11.40 pagi dan sampai ke Lapangan Terbang di Clark pada jam 3.45 petang. Jauh jugak KK-Manila ni, ingatkan macam KK-KL jek. Sampai ke sana, terus beli tiket bas untuk ke Manila. Pemeriksaan airpot dia agak ketat tapi tak de le seperti yang diuarkan2kan sangat, cuma kena bukak kasut je...kebetulan pakai sliper je g sana. Perjalan dari Clark ke Manila mengambil masa dalam 2 jam lebih. Dalam bas tu ada rombongan dari Maktab Gaya, Sabah dan ada beberapa pekerja pilipino yang berkerja di Sabah. Jadi tak terasa sangat macam berada di luar negara. Sampai ke bandar Manila mmg jem teruk dan kami ternanti2 bila le nak sampai ke Hentian Bas Pasay nih. Bila sampai, aduh daif nyer stesen bas dia, baru le nampak kemiskinan penduduk kat sana. Dari situ naik bas 300P ke Hotel Atrium. Orang sana boleh berbahasa inggeris dan tidak ada masalah dari segi komunikasi. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dan pemandu teksi tu offer untuk buat trip round Manila sepanjang hari (8 jam) dengan bayaran 3000P. Kami ambik no hp dia dan terus masuk hotel. Mula2 masuk hotel, mmg kena tunnjukkan isi handbag kepada pengawal tu. Tapi lama2 dah biasa dah, rasanya itu mmg prosedur jek...tak de le sampai bukak2 sumer. :) Driver teksi tu cakap ada komuniti islam yang ramai kat Malate kat utara.

Sampai hotel dah penat dan malam tu my hubby sorang je g jenjalan kat shopping mall kat bawah tu...saya dah tertidor keletihan setelah makan roti. 







 Unik perahu kat tasik kat Tagatay nih







Esok nyer kami ambik keputusan untuk pergi Tagatay yang popular dalam internet tu. Kami pun call driver teksi tuh. Janji jam 7.00 tapi jam 7.30 pun tak sampai lagi. Naik angin pulak menunggu lama2 di lobi hotel ni. Lepas tu my hubby call driver tu tak angkat pulak, call 15 minit kemudian...rupa2nya dia tunggu kat depan hotel lain. Jam 8.15 baru bertolak ke hotel kami. Pergi ke Tagatay ambik masa dalam 2 jam melalu highway dan jugak jalan kampung. Dalam perjalanan tu tak terasa sangat tagatay ni unik coz jalan dia rata je. Sampai tagatay, baru nampak tasik gunung berapi kat bawah gunung tuh...waaaaaahhhh....cantik sangat. Perjalanan teksi ke bawah gaung tu mencabar sangat...curam!!!. Pemandu teksi tu siap berhenti lagi kat pertengahan jalan untuk beri peluang kami ambik gambar. Saya sempat bertanya soalan cepu mas kepada my hubby 'ni air laut ke air tawar?'. My hubby jawab 'dah namanya tasik...air tawar le...tak belajar geografi ke dulu?'. Cisssss.....geram tul... Mmg le dulu belajar tapi kagum sungguh tengok tasik ni coz luas sangat...macam laut je lihat dari atas...tak nampak border kat belah sana. Tak pernah g Danau Toba, my hubby cakap macam Danau Toba jek. Driver turunkan kami kat chalet kat tepi tasik tu dan kos untuk naik bot mengelilingi tasik adalah 1000P seorang. SEtelah fikir2...naik le jugak bot ni sebab nak jugak round2 tasik ni caner. Rasanya kalau pergi ramai2 boleh dapat murah kot coz dia cakap perahu ni boleh muat 7 orang. Kebetulan masa kami pergi ni, tak ada perkhidmatan nak kuda ke atas kawah tuh..jadi save le skit duit kami coz bayaran kuda tu lain pulak. Dibawa ke tepi tasik tengok batu batan dari letusan gempa pada tahun 50an. Lepas setengah jam, balik semula ke resort tuh dan balik terus ke Manila. Berhenti sekejap kat pekan Tagatay untuk beli cenderahati. Pekan tagatay ni sejuk skit dan terkenal dengan tanaman nenas, ukiran kayu, perabot, bunga-bungaan etc. Berkenan dengan bunga2 kat situ tapi my hubby buat dek jek...hu..hu..hu...Dia ckp tak mengenyangkan!!!!.



 Pulau di tengah tasik


Sampai dalam jam 2 petang dan minta driver turunkan ke SM Mall of Asia. Perut dah berkeroncong dah, pusing2 kat mall yang sangat lus tuh dan mencari makanan halal. Driver tu tahu kami lapar, jadik dia turunkan kami kat belah mall yang jual makanan. Jenuh le tengok restoren2 yang tak jual pork. Bila tengok ke directory, ternampak Murtabak Cafe.....dengan gembiranya kami pegi sana. Terus tanya kat pelayan tu samada jual halal food ke tidak, orang tu cakap tak jual tapi dorang tak jual pork dan sumer bhn2 masakan dibawa dari Indonesia. Kami pun order le ikan dan sayur dan nasi. Agak sedap jugak le makanan dia...sayur lemak dan tilapia goreng dan nasi bersama 2 gelas jus buah dalam RM45. Agak mahal tapi dah lapar...hantam je lah.

Pusing2 dalam mall tuh...tak ada bende pulak yang menarik. Akhirnya kami pergi tengok movie 3D Toy Story. Harga tiket dalam 120P. Canggih le panggung wayang tu..tapi saya tengok 15 minit pertama dan 15 minit terakhir je. Boring coz my hubby kalo tengok wayang mmg tak boleh diganggu....mata terus tertumpu pada screen jek. Saya terus tertido........ Keluar je, kami pusing2 dalam tu dan bila tengok barang Crocs, Guess etc tu lagi murah beli kat KL. Masa tuh tak ada sale...jadi termusnah le angan2 nak shopping sakan kat sini. Sebelum balik tu jumpa kedaicCotton yang jual kain ela japanese cotton. Tapi dorang jual dalam Yard, bukan meter. Baru le ceria sikit dapat beli emboideri cotton dalam RM88. He...he...he... Harapnya bende yang baik ni akan berterusan...he..he...he..

Lepas tu ambik2 gambar kat luar mall tu dan terus pegi stesen teksi kat luar mall. Kat situ baru le nampak ada beberapa orang pakai tudung. Seronoknya tengok Jeepney tu...berwarna warni dan cantik ...tapi tak berani naik coz tak tahu route perjalanan dia. Balik hotel naik teksi je...dekat je dengan hotel. Naik teksi dalam RM3. Kat sini bagusnye teksi driver tak suker minta tips, kalo perjalan tu jauh dan rempuh jem baru dorang minta tapi tak banyak dalam RM1-RM2 je. Driver teksi tu cakap kalo nak beli t-shirt yang murah pergi ke Baclaran Bazaar. Seronoknya...my hubby setuju nak g Baclaran esok.

Malam tu dok hotel je, my hubby je g jumpa kawan dia kat mall bawah dan g cafe bawah nak bukak internet. Bila my hubby balik, dia cakap senang je nak dapat makanan muslim kat sini. Yea...yea...esok boleh shopping. :)





Di Baclaran

Hari yang ke3 ni, kami round2 Manila je. Awal pagi pergi Stesen LRT Gil Puyat dan ambik tren pergi stesen Baclaran. Dari stesen tu nampak le kubah masjid, lega...tak sangka kat situ ada komuniti muslim kat sana. Sebelum pergi tu hubby cakap kawasan ni kawasan pickpocket...jadik tak leh bawah handabag dan backpack. Pagi2 kat sana nampak orang ramai sedang bersiap2 berniaga, mmg nampak macam bazaar yang luas...lebih kurang macam kat chow kit tu le kawasan dia. Agak kotor dan nampak le kawasan ni kawasan yang mundur dan miskin. Kami ronda cari masjid dan kedai makan halal. Tepi masjid tu nampak ada restoran kecik. Makan nasi, ikan rebus, sayur dan air...sumer dalam RM7 jek. Mmg murah tapi risau jugak le makan kat tempat2 macam ni...takut sakit perut kalau perut tak biasa. 
Nampak 4 lagi gerai makan muslim kat bawah stesen lrt tuh...baru terasa yang mudah jugak dapat halal food kat Manila ni kalau pandai carik. My hubby pulak tak nak makan maggi2 ni, dia nak makan local food....jadi teman le dia carik. :) Kat area ni yang murah adalah T-shirt dan yang paling best nyer beli blouse cotton. Kalau kat the mall harga dia mesti above RM30 tapi kat sini tak sampai RM15 pun. Banyak pilihan pulak tuh...memborong sakan le kat sini.


















Lepas tu my hubby nak g Rizal Park, jadik pergi sana dulu dan tunaikan impian dia. Kalau dia dah happy....senang le nak demand lebih-lebih pasni. He...he... Hotel kami bersebelahan dengan LRT. Jadik kami tanya kat guard kat stesen tu nak turun stesen mana kalau nak g Rizal Park, dia cakap ambik lrt yang pergi ke Momento dan turun kat Stesen United Nation (UN). Murah je naik lrt ni, dalam RM1.50 jek. Tapi stesen lrt dia tak grand macam kat kl ni le coz kat bawah2 tangga dia ada orang jual2...macam nak naik tangga jejantas je nak naik g lrt dia. Jalan sikit dari stesen UN tu, bergambar2 kat Rizal Park tuh...sedih tengok history filipina ni. Dulu2 Manila ni adalah kampung melayu nelayan dibawah kepimpian Raja Sulyman. Lepas tu dorang dibunuh oleh orang Sepanyol pada tahun 1500 setelah berhempas pulas mempertahankannya. Lepas dijajah beberapa abad dan dekad dalam 1800 berlaku pemberontakan untuk menuntut memerdekaan. Masa tu Dr. Jose Rizal dia tangkap oleh orang Sepanyol dan dihukum gantung. Pada park ni ditulis poem terakhir Dr. Jose Rizal sebelum dihukum gantung. Sedih baca poem nih...rasa nak menitis air mata. Betapa orang dulu sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan. Spanyol tidak dapat menjajah Mindanao jek...dari sini faham le kecekalan orang Mindanao ni mmg dari dulu zaman dulu2 lagi. Mereka tidak pernah dijajah dan dapat mempertahankan tanah air mereka dan baru le faham kenapa sehingga sekarang pun mereka masih membuat tuntutan yang sama. 



Sedih sgt masa baca nih

Lepas g Rizal Park, ajak hubby g Greenhills tempat yang kawan saya recommend. Tanya teksi kat situ...sumer tak nak g sana coz dorang ckp jauh. Tumpang tanya kat guard kat mall tuh...dorang pun tak tahu. Nasib baik ada orang sebelah dia yang tetiba menyampuk dan bagitau yang tempat tu agak jauh dan kalau naik lrt kena tukar 2 stesen. Kami pun pergi ke stesen lrt tu balik dan tengok peta lrt tu. ADa 2 pilihan samada g utara dan tukar 2 stesen atau g selatan dan tukar 1 stesen. Kami ambik keputusan pergi lalu ikut selatan coz nak singgah hotel dulu mandi dan solat. Masa naik lrt tu kami pergi gerabak depan, guard kat situ halau kitaorang, rupanya2 gerabak tu tuk perempuan saja. Pergi gerabak no.2 tu nampak ramai sangat lelaki, baru perasan ada pengasingan gerabak. My hubby buli saya dgn tolak2 saya ke orang sebelah...geram tul le. Masa sampai kat satu stesen tuh, saya bersesak2 keluar, tetiba beg saya tarik...rupa2nya my hubby yang tarik coz bukan turun kat stesen tuh. Aduh...lucu tul coz sesak sangat tren tuh...nak kuar pun susah. Sampai stesen Gil Puyat, kami turun g hotel dulu. Jam 2.00 petang baru kami ambik stesen pergi Baclaran dan turun kat stesen EDSA. Jauh jugak interstesen dia...ikut je orang jalan g mana, nak beli tiket pun kena sediakan bayaran tepat. Sampai kat Stesen Tarf Avenue kalau tak silap, ambik lrt g Santoran Anapolis, kat lrt yang sebelum ni tulih Santoran Greenhillss...harap betul le stesen tuh. Agak jauh jugak le naik lrt sampai le. Bila tengok2 tak nampak pulak shopping kompleks nyer. Pening dah..tanya le kat kaunter tu...orang tu ckp area Greenhills kat belah kanan, kami pun ikut je lorong jalan kami. Setelah jalan hampir 1 km pun tak nampak shopping mall. Takut jugak coz lalu depan hotel dan kedai2...my hubby nampak ada bangungn runtuh yang ada sign Greenhils shoping...my hubby cakap 'Ntah2 dah runtuh kot tempat tuh'. Geram je kena perli2 oleh hubby tapi hati tetap optimis untuk jumpa bangunan tuh. Tetiba nampak belakang bangunan besar color pink...trus g sana..rupa2nya kami ikut belakang mall tu..tu sebab tak nampak. Masuk situ jumpa 2 shopping mall yang jual barang2 branded. Tapi kami terus kuar masuk mall tu dan tetiba di satu pintu yang didalamnya nampak ada gerai2 jual handbag macam kat Mangga 2, Jakarta. Punya le happy masa tu...terasa nak guling2 kat lantai jek.

Nampak penjual2 kat situ pakai tudung dan tahu le dorang tu orang Mindanao. Sebab lapar kami tanya halalfood, dorang tunjukkan masjid dan ada 2 resorent kecik kat sana. Kami order mknan banyak dan bayar dalam P295 untuk 2 orang makan. Makan ikan goreng, kerang, ayam, rebung, 2 jenis kuih, air dan nasi. Kira ok le. Makanan kat situ dorang buat cara hidang. Kita pilih, nanti dorang hantar dalam mangkuk kecik2. 












Lepas tu sambung dengan aktiviti shoping..shoping dan shoping. Tempat ni le yang paling best kat Manila nih. Greenhills ni sebenarnya nama tempat macam bukit bintang tuh...tempat shopping ni namanya Greenhills Shopping Centre dan didalamnya ada lebih dari 5 mall. Tempat shopping2 bag etc ni dalam V Mall. Kat Manila ni dorang suker gabung2kan mall kecik2 jadi pusat beli belah yang besar cam area The Curve tuh. Kat V mall ni banyak jual t-shirt, handbag, perabot, lukisan, mutiara, aksesori wanita, souvenir dll. Mutiara kat sini lebih murah dan banyak pilihan dari sabah sana. Rantai mutiara yang double pun boleh dapat dalam RM40, tapi saya tak beli coz tak pakai sangat...lagipun bajet ciput. Kami kat Greenhills ni dari jam 3 petang hingga 7.30 malam. My hubby cakap jalan puas2 coz esok dah nak balik dah. :)

Lepas maghrib, nampak ramai tul orang berpusu2 kuar dari masjid nih...mmg ramai sangat le orang muslim kat sini. Muka orang mindanao ni oval dan kulitnya putih...macam orang sabah skit. Kalau nak membeli pun tak risau kena tipu coz tak adalah beza sangat harga dari satu gerai ke satu gerai. Tak tawar habis2an sangat coz rasa harga dah murah. Tawar dalam 10-20% jek. Orang2 nya pun ramah..kalau lalu depan gerai dorang, dorang akan sapa 'yes mam, tshirt bla..bla'. Seronok shopping kat sini coz dorang tak paksa2 kita beli macam kat beijing tuh. Saya suggestkan tempat ni kepada pembaca yang nak shopping mutiara coz serius mmg cantik dan murah.

Shopping mall ni tutup jam 8.00 malam. Dengan hujan renyai2, mmg susah nak dapat teksi memalam ni. Banyak teksi yang tak nak pergi hotel kami. Akhirnya ada jugak yang nak pergi tapi dia minta tambahan tip dalam 50P, sumer 180P. Kira ok le, dorang akan minta tips kalau betul2 perlu saja. Kalau dekat2 dorang tak minta..guna meter jek. Dalam 30 minit baru sampai hotel. Malam tu mengemas apa yang patut coz subuh2 esok dah kena g airport dah. Hubby minta hotel call teksi untuk pergi stesen bas pasay esok pagi.

Jam 6 jam bergerak ke stesen bas Pasay iaitu Partas Station. Bayaran USD14 + tips P150. Dalam 15 minit dah sampai coz jalan tak jem sangat. Bayangkan jam 6.00 pagi pun jalan dia dah mula jem. Ambik bas g Clarck Airport dalam 350P seorang. Sampai kat airport, beratur dulu kat luar airport coz airport dia kecik...dah masa nak check in baru leh masuk. Disambut oleh staf yang cantik dan boleh cakap 'Selamat pagi dan terima kasih'. Check in, lepas tu bayar airport dan security fee dalam 600P baru masuk ke imigresen. Kat dalam balai berlepas tu beli cokelet dan dried manggo.

Best sangat le pergi Manila ni, boleh le pergi kepada sesiapa yang berminat nak pergi tuh. Bila dengar2 cerita orang, rasa cam tak best. Tapi yelah, setiap negara yang dilawati tu ada keunikan masing2. Yang penting kita kena pandai cari dan bersedia dengan new adventure dan juga paling penting bersedia menerima perbezaan dengan hati yang terbuka. Memang le macam langit dengan bumi jika bandingkan dengan KL. Dalam internet, sangat sedikit info tentang Manila ni dan susah jugak nak cari pakej tour yang pergi sini.

Terima kasih kepada anda yang sudi baca catatan saya. :)



No comments:

Post a Comment