Thursday, 1 September 2011

Brisbane & GoldCoast 2008: Permulaan langkah yang panjang

Brisbane








Assalammulaikum semua

Ini ada percutian pertama saya ke luar negara.  Ketika ini saya ikut kawan saya, Norazian yang kebetulan balik semula ke Brisbane selepas cuti panjang.  Kak Yan adalah penuntut PhD di Queensland University.  Kami menaiki Airasia dan turun di Gold Coast yang mengambil masa dalam 4 jam perjlnan.  Selepas itu kawan Kak Yan telah mengambik kami di airport dan membawa kami ke Bandar Brisbane.  Tak banyak catatan perjalanan yang boleh dikongi disebabkan perjalanan ke sana semuanya menaiki kereta Kak Yan sahaja.





UQ

Sepanjang seminggu ni sana, Kak Yan le yg jadi pemandu di sana dan sempat melawat Long Pine Sancturay bagi melihat koala, kanggaroo dan haiwan2 lain di sana, pergi membeli Corelle di mall sana dengan hargnya yg murah dalam AUD80 untuk 16 pcs.  Tak ingat nama kedai duti free tu, berdekatan dengan Lapangan Terbang Brisbane.  Sempat juga melawat ke Gold Coast, bersiar di Surfers Paradise yg popular itu dan menaiki bangunan Q1.  Sempat makan malam dia party kawan Kak Yan tapi tak ingat kat mana.

Brisbane bandar yang luas tapi kurang membangun berbanding Melbourne, kehidupan di sini lebih tenang dan pemandangan di sini memang sangat cantik.  Bandar bersih dengan sungai yg membelah kota Brisbane kelihatan biru.  Kanggaroo Point adalah tempat ambik gambar bandar Brisbane yang cantik.  Nampak seluruh kota Brisbane dari sini.  Di sini jugak bandar yang selamat dengan kehadiran pendatang asing yang kurang.  Penduduk jugak tidak ramai.  Pada satu malam tu kami sempat menaiki feri yang melalui beberapa jeti di sepanjang sungai Brisbane.  Dalam feri tu pun ada dengan orang cakap melayu, rupa2nya ramai jugak orang Malaysia kat sini.  Sistem pengangkutan dorang pun mmg canggih terutama bas. 














Cuma orang sana agak Racist sikit le, pada hari terakhir dapatlah pengalaman dimarahi oleh jiran sebelah. Lebih kepada missunderstanding sebenarnya.  Kurang sikit keseronokan bercuti di sana disebabkan oleh insiden ini.  Masa otw ke Gold Coast jugak kami sempat dijerit dari kereta sebelah, kawan saya ckp sebab dorang nampak orang pakai tudung dalam kereta itu.  Malam pergi dinner ke rumah kawan Kak Yan pun mengalami masalah yang sama.  Masa kat Gold Coast pun saya diganggu oleh pembeli kat situ, tapi saya buat dek jek.  Nampaknya mmg benar yang mereka tidak menyukai kehadiran orang asing ke tempat mereka. 




Brisbane bandar yang cantik, aman dan bersih tapi saya masih belum bersedia lagi menjadi penduduk tetap kat sana.  He...he...cukuplah sekadar melancong atau melanjutkan pelajaran di sana.  Hujan emas di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri.  Lebih baik negeri sendiri.  Saya harap ini adalah langkah permulaan bagi saya mengelilingi dunia.  Sebelum menutup mata saya ingin melawat negara orang.  Mencari pengalaman yang begitu berharga dan menikmati ciptaan yang maha Esa.














Sib baik ada Kak Yan bawak daku jenjalan

Musim ni musim bunga, byk pokok purple ni kat Brisbane tgh berbunga


Suker tengok rumah2 dorang byk pokok2 besar


Ni kat Town Brisbane, tepi sungai

Ni gambar naik feri memlm kat Sg Brisbane, boleh tengok rumah cantik2 di sepanjang sungai



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya

2 comments:

  1. saya teringin sangat nak ke sini...cantikkkk..Gold coast...besttttt..tapi..agaknya...belanja mahal tak???makanan dia sumer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gold Coast mmg best...boleh pergi Dream World, Movie World, Wet World, tengok panda dan macam2 lagi. Tapi sy tak pergi sbb tiket untuk pergi Dream World tu sama harga dengan 1 set Corelle! Tapi kalo nak pergi sendiri kena sewa kenderaan le sebab tempat dia jauh2. Boleh jugak drive ke Brisbane, pun cantik jgk. Dulu kami nak pergi town (Brisbane) dari rumah kawan sy, kami naik bas jek, public transport kat Brisbane ok. Makanan dia sama macam Perth le, set nasik briyani tuh dalam AUD11 mcm tuh. Dulu kami bawak bekal dari rumah bila pergi Gold Coast, tp rasanya ada jek restorent halal kat situ tp kena cari le.

      Delete