Wednesday, 7 September 2011

Beijing, Shanghai, Suzhou, Hong Kong: Mei 2009





Bertolak dari KLIA kira-kira jam 11 pagi. Mula2 sampai, rasa cuak sangat sebab pergi kali ni dengan seorang member sahaja. Tapi kena campur dengan kumpulan lain pulak. Semuanya ada dalam 32 orang. Transit di Hong Kong, lepas tu naik flight ke Beijing. Dari atas awan, nampak seluruh kota beijing ...masa tu dah malam. Mmg cantik2 dan jalan2 dia banyak yang lurus2. Check in hotel malam tu dan tido.

Opss sape kah di belakang itu..itu adalah bakal suamiku.  Masa ni kali ke-2 perasan hubby, kali pertama tertembung masa kat airport Hong Kong, kat KLIA langsung tak perasan coz mata tengok kat sorang aweks jadian



Pagi esoknya melawat Tianement Square, Kedai sutera dan istana musim panas. Beli sutera satin yang berharga RM280 untuk 4 meter dan sutera betul dalam RM160 untuk 4 meter. Lepas tu singah ke Pearl Centre. Membeli le jugak mutiara, yelah takut plak nanti menyesal. Beli satu utas tu dalam RM300. Fuyoo...mahal siot. Tapi tak pe le, pejamkan mata jek. Lepas tu singgah shopping kompleks.




Gambar ni masuk majalah nona





Silk house

Masa nak pergi ke sana sini tu kita akan disinggahkan kat kedai2, ni tak ingat dah kat mana

Sempat ambik gambar soket



Summer Palace



Best sgt show nih

Esoknya pergi ke Great Wall. Lenguhnyer kaki nak naik tangga tuh. Singgah kat Kristal Centre dan Jade Centre sebelum tuh. Tak mampu le nak beli Jade tuh... Tapi yang kristal tu mmg cantik-cantik. Sempat merembat 2 utas gelang kristal yang bernilai RM200 dan RM150 setiap satu. Cukup....cukup...tak mo dah beli. Petang trus shopping kat tempat yang tak best. Orang kat situ suka tarik2 dan tersangat le agresif nyer. Terpaksa le jugak beli sebab dah dia pegang lengan kita ni, tak boleh dah nak lari. Lepas bayar, trus cepat2 turun. Buang masa je deal ngan dorang tuh.....macam tak jujur jek nak meniaga. Dah le suka memaksa, lepas tu nak kasi harga pun bisik2...takut orang lain dengan. Setengah jam tawar harga pun masih RM200 lagi beg prada tuh.... Ada ahli rombongan beli iPhone buatan cina dengan harga RM300 jek. Tapi ia tingkat basement, kami plak pergi naik tingkat atas. Rugi...rugi....






(. Lepas tu pergi ke Stadium Sarang burung. Tak masuk dalam tapi ambik gambar dari tepi highway je. Pahtu pergi ke Diamond centre. Tak mampu le nak beli diamond2 nih.

Lepas tu pergi Stesen Keretapi untuk pergi ke Suzhao. Setiap bilik ada 4 katil, seronok jugak coz kami boleh berkenal2an dengan kakak2 serombongan. Nampak nyer ada beberapa kerat je le yang bujang. Yang lain tu berkeluarga sumer. Perjalanan mengambil masa 12 jam. Tapi kat beijing ni, satu je tak tahan....busuk tul toilet dorang nih. Sesak nafas masuk dalam tuh...rasa nak pengsan. Tak pernah tercium bau toilet yang seteruk itu. Adussss.....









Suzhao

Sampai pagi di Suzhao, kami dibawa ke taman2 persendirian. Dulu2 ia milik orang kaya2 tapi lepas dirampas komunis, trus kerajaan ambik dan ada jugak yang telah diruntuhkan untuk memberi ruang kepada kemajuan. Lepas pergi Shanghai pulak mengambil masa 2 jam. Singgah kat 19 Street kalau tak silap. Kat situ area shopping kompleks dan pusat membeli belah. Macam area Sogo tu le kiranya. Ada sorang kakak tu datang lambat sebab dia pergi cari kedai yang jual sutera cina....jeles plak ngan dia. Lepas tu kami dibawa ke satu shopping kompleks ni. Biasa le kalau pergi ikut trip ni masa shopping tak banyak sangat. Di kasi 2 jam jek untuk shopping. Ternyata shopping kat sini lagi murah dan lagi best dari beijing tuh. Tak de le paksa2 cam hari tuh. Tergesa2 masuk bas balik sebab pemandu pelancong tu ckp kalau lambat kena denda nyanyi lagu cina.


Malam selepas makan malam, pergi naik feri menyusuri Sungai. Dalam 1 jam kat feri tuh, melihat pemandangan bandar Shanghai dari sungai tuh. Esok nyer kami dibawa ke China Town. Cantik sungguh Chna Town nih...ada taman dan bersih. Memang sesuai untuk ambik2 gambar. Petang nyer kami bertolak balik naik kapal terbang ke Hong Kong. Tapi apa le malang nyer, flight delay ke esok pagi plak sebab ada kes H1N1. Kami diberi hotel percuma dan terpaksa le kami pergi shopping mall berdekatan untuk beli 'keperluan am'. Berus gigi pun tak ada, yelah mana tahu akan jadi macam ni. Moral of the story.....kena bawak beg galas yang ada keperluan penting kita untuk hand luggage seperti baju, seluar, pencuci muka, berus gigi etc. Ntah betul ke ejaan aku nih. :)





Esok pagi baru bertolak balik ke Malaysia. Rasa seronok sungguh dapat balik. Maybe lama sangat kat sana kot. Happy pergi ke China, banyak pengalaman baru dan banyak tempat2 menarik. Iklim pun berbeza skit dari kita. Satu pengalaman yang cukup berharga.

Jeles tau jurukamera ni, tak sporting langsung, sian bakal suamiku yg suker mengacau tak sempat nak masuk gambar sekali






Perkenalan semasa trip ni telah menyatukan kami hingga ke jinjang pelamin.  Trip ni pada Jun 2009 dan kami kawin Jun 2010. Hubby kat Ipoh dan daku di Cheras, tapi jumpa kat Beijing  :)

19.6.2010



No comments:

Post a Comment