Tuesday, 27 December 2011

Impian terlaksana dan impian tahun depan

Impian yang terlaksana

1.  Beraya bersama keluarga di kampung
2.  Bercuti ke Singapura bersama keluarga tersayang
3.  Bercuti ke Bangkok
4.  Buat Tabletop
5.  Bercuti ke Perth
6.  Beli barang kemas (skit jek)
7.  Bawak tetamu dari Sabah jalan2
8.  Shopping,  shopping, shopping
9.  Menabung


Impian tahun 2012

1.  Bercuti ke New Delhi
2.  Menabung/pelaburan
3.  Nak zuriat sendiri...amin
4.  Bercuti ngan mak ke Jakarta etc
5.  Buat keje lebih rajin
6.  Buat Wall kabinet
7.  Family trip ke Sabah with my sister
8.  Pergi Langkawi lawat my sister
9.  Pergi tengok kelip2 ngan Eley
10.Taat kepada yang Esa
11.  Kerja kebajikan
12.  Bersosial
13.  Melakukan hobi
14.  Samsung galaxcy pad :)

Ni je yang ingat masa ni.  Tahun 2011 tak byk sgt aktiviti buat, masih berkabung dan kekadang sedih (byk sgt sedih).  Tahun 2011 adalah tahun yang agak sedih bagi saya, saya pun tak tau kenapa.   Tahun 2012 adalah tahun yang penuh future untuk saya.  Saya nak buat byk perkara yang saya suka, lebih banyak masa untuk diri sendiri.  Diharap tahun 2012 lebih membahagiakan bagi saya.  Saya ingin hidup bahagia dan hidup gembira di samping keluarga saya, walaupun saya sebatang kara di KL ni tapi saya nak lebih kerap balik kg mengunjungi mak saya.  Saat-saat bersama family saya adalah saat2 yang membahagiakan bagi saya, lepak2 ngan mak saya, tengok keletah adik saya, usik mengusik mereka membuatkan saya lupa sebentar masalah saya.  Mereka juga memahami saya dan menyokong saya dari belakang.

Walaupun jauh...tapi saya tetap sayang kamoooo semua....koranglah yang paling saya syg di dunia ini

Sunday, 18 December 2011

New Year's Eve: Pergi berdua balik sensorang

Hari ni hubby ajak pegi tengok wayang, bukan dia ajak sebenarnya, saya yang ajak dia dari beberapa hari lepas.  Hubby tak ckp nak tengok wayang kat mana, dah berbuih mulut saya bertanya...dia masih macam tu jugak, membisu.  Rupa2nya nak ke Wangsawalk.  Kami tengok New Year's Eve jam 11.20, hubby ckp nak tengok movie paling awal.  Pun tak tau kenapa coz hubby tak jawab bila di tanya.  Nampak nya macam one way communication jek nih.  Sy mmg keluar bawak badan je coz tak tau apa2.

Citer ni best sebab ramai pelakon hebat2 berlakon sama, Sarah Jessica Parker, Hale Berry, Hillary Swank, Michelle Pfeiffer, Zac Efron, Abigail Breslin, Jake Ta Austin,Asthon Kutcher, Lea Michele (Glee), Jon Von Jovi, Katherine Heigl, Robert DiNero, Alyssa Milano, Cary Elwes, Set Meyers, Jesscie Biel, Til Schweger,Sarah Paulson, Josh Duhamel, Sofia Vergara etc.  Ceritanya tengan Hillary Swank Vice President of Times Square Alliance sedang menguruskan penurunan bebola besar atas bangunan Times Square.  Beberapa jam sebelum detik 12 tengah malam, bebola itu akan dinaikkan ke atas dan bila tepat jam 12.00 tengahmalam, bebola itu akan diturunkan ke bawah.  Susahnya nak cerita semua...goggle le ya.  Mengisahkan cerita beberapa orang yang sebenarnya ada hubungkait sedikit antara satu sama lain.  Setiap babak tu ada cerita masing2 dan semuanya berkaitan dengan sambutan tahun baru.  Ceritanya santai dan menyeronokkan, lucu, ada romantik comedy dan ada nilai2 kekeluargaan.  Semuanya berlaku pada malam hari sebelum tahun baru dan malam tahun baru.  Bestnya tak payah nak fikir2 sgt citer ni cuma pada penghujungnya ada persoalan siapakah perempuan yang hendak dijumpa oleh hero kat restoren pada tahun baru tuh. Memandangkan byk watak dalam filem ni...saya tertanya2 siapa kah perempuan itu?.  Perempuan yang hero jumpa pada sambutan tahun baru tahun lepas dan mereka berjanji untuk jumpa pada tempat yg sama pada tahun ini. Suspen pun ada....

Kenapa tajuk pergi berdua balik sensorang?.  Lepas tengok movie, saya mengambik keputusan untuk balik ke Cheras naik lrt sebab tak tahan tengok hubby sibuk main iphone saja.  Dah namanya outingkan, cuba2 le fokus pada isteri ni haaaa.  Jgn dok asyik main iphone saja, sampai tengah berjalan2 di koridor dok main iphone jgk...udah2 le tu.  Itu pun dah cukup baik saya balik sensorang, kalau saya baling iphone dia ke dalam longkang caner?

Thursday, 15 December 2011

Miss my mum

Salam semua

Tetiba plak hari ni tingat kat my mum kat kg sana. Hu..hu..windu sgt ngan dia.  Nak call tetiba plak charger tak tau letak mana.  Dari semalam lagi hp tak on ni, dah mati sendiri dia plak.  Charger sebenar tetinggal kat Kuala Rompin masa balik kg hari tuh.  Esok le gayut ngan my mum.  Hhhhhhhmmmmmm harapnya hubby nak balik ke Sabah raya cina nih.  Cuti seminggu best jugak kan.  Cadangnya nak pegi Tenom dalam 2 malam pahtu baru balik Sipitang.  Teringin nak melawat Taman Pertanian kat sana.  Dulu my family ada buat trip ke sana sebelum ayah saya meninggal.  Family saya setiap tahun buat family trip, konvoi banyak2 kete.  Tapi setelah ayah saya meninggal, ada jugak dalam 4-5 tahun tak pegi mana-mana.  Sekarang ni baru dorang mula balik.  Dorang paling suker pegi Sempoerna, ambik chalet yang bawah dia ada air tuh.  Sakan le anak2 buah saya yg cenonet2 tu tengok ikan.  Malangnya saya tak pernah ikut trip dorang ni walau sekali.  Dorang ni cikgu2...plan 2 minggu sebelum plak tuh.  Mana nak sesuai ngan jadual saya yang dok jauh ni. Nantilah kalo ada ada anak kena sacrified jugak masa dan cuti untuk trip ni coz nak anak2 rapat ngan cousin2 dorang tuh. Amin...

Gambar kandid yang sempat diambil...yg lain tu terlebih ganas, tak sempat nak capture daaaa...

















Anak buah bersama nenek....kehadiran dorang menyebabkan rumah sentiasa riuh rendah macam org kenduri jek...tak payah le nak tido siang time dorang ada ni...rumah macam nak runtuh!!!

Limau purut vs Bunga


Dah lama tunggu limau purut ni matang
Ada 2 bijik, hari tu bila pegang je terus jatuh sebijik ni
Yg sebijik plak hari ni dah hilang
Dah jatuh agaknya g bawah

Tetiba plak hari ni bunga ni plak mekar
Dah dekat setahun baru berbunga
Bunga apa?
-
-
-
-
-

Bunga rayalah.....

Tuesday, 13 December 2011

Dapur impian - Special edition for Zaila

Baru mendapat panggilan dari kawan lama, Pn. Zaila.  Kawan serumah dulu dan sekarang ni adalah ibu kepada 2 orang cahaya mata.  How sweet kan...  Sempat minta dia tengok gambar tabletop yang baru buat tuh bila dia pun tengah nak cari info pasal ni.  Nak buat dapur idaman ni, mula2 kena fikirkan bajet dulu berapa, lepas tu buat peta lantai macam ni:


Mula2 nak buat pelan lantai ni pun sikit punya pening.  Nak buat tabletop pada semua dinding atau just simple jek.  Nafsu sikit punya besar nak tabletop keliling le kononnya mula2 tuh.  Lelama ni lah pelan lantai yang final sebab bajet RM2k jek. Dah ada ni senang sbb kita dah boleh nak ukur berapa panjang tabletop yang kita nak, lepas tu kalau nak minta quotation pun just email pelan lantai ni kepada kontraktor tuh. 

Faktum Kitchen Muka surat 140 & 141 Katalog IKEA 2012, dengan pelbagai pilihan materialnya, suka solid tapi tak de bajet

Ni adalah harga bagi setiap part yang kita pilih ikut jenis material dalam muka surat 140 & 141 tuh.  Muka surat ni pada 352 & 353.

Kawan saya ni berminat pada IKEA.  Saya pun suka ikea, untuk Wall KC saya pun nak ambik IKEA jek.  Hari tu masa survey ada 2 jenis dapur yang saya tengok.  Yang pertama yang Faktum tu dan yang kedua ialah yang Udden yang semuanya besi.  Udden ni saya tengok macam dapur kat hotel2 yang semuanya dari besi, praktikal tapi saya tak minat.  Kitchen kabinet untuk bawah tabletop tuh dipanggil BASE, manakala kitchen kabinet untuk atas dipanggil WALL.  Kalau kita buat tabletop sahaja, maksudnya bawah tabletop tuh akan jadi lompong.  Tabletop ni pulak ada banyak, ada yang dibuat dari tiles 2' x 2 '(paling murah), granit, melamin, marmar etc. 

Ni Udden, sumernya guna material besi
Kebaikan Faktum ni kita boleh pilih2 dan gabungkan mana yang kita nak (ikut pelan lantai tadi) dan kita dah boleh agak berapa harga.  Ada juga aksesori yang kita kena beli macam handle etcnya....tapi kita senang le nak bajet.  Tak ada experience ambik Faktum untuk Base tapi sebab saya nak buat Wall, jadik saya ada le buat research sikit2. 

Saya nak buat wall, tapi saya punya dinding tu panjang dia hanya 71 inci, saya nak ambik Wall cabinet yang tinggi skit 80cm x 92 cm. Muat le 2 unit kabinet yang ada 2 pintu tuh, ada lebih skit beberapa cm rasanya.  Saya nak yang putih dan jenis APPLAD White, RM410 seunit.  Jadi untuk kabinet jek bajet dalam RM820.  Saya fikir2 nak beli yang ada glass tapi yang STAt Glass White tu harga dia RM650 pulak...tak jadik le mahal.  Ikutkan kalo glass senang nak tengok apa barang letak dalam tuh.  Hu...hu..  Jadik kos kabinet + handle/knobs + penghantaran + pasang = RM1k plus plus le bajet.  Hari tu dah survey, saya nak yg macam ni tapi yang ni solid rasanya tapi saiz dia lebih kuranglah:


Ada jugak kwn saya yang ambik kabinet IKEA ni.  Pergi le sana bawak plan lantai tu dan minta staf kat situ bantu.  Saya pun nak jgk pegi sana lepas trip g New Delhi nanti.  Bulan ni tak boleh sebab nak langsaikan sumer hutang2 kad kredit dulu. Sekarang ni tengah kumpul duit untuk beli rumah kat area opis plak.  Tak larat nak berulang-alik tiap hari. Lgpun takut nanti dalam beberapa tahun ni kos idup + minyak naik.   Dah lama dok umah atas, tetiba teringin nak dok umah bawah plak.  Pegi ikea pun nak cari aksesori macam rak rempah, ruang berpetak untuk laci, dulang kutleri, cangkuk pengetus pinggan dll lagi lah untuk ruang dapurku yang comel ni.  Semuanya kena gantung sebab ruang tak berapa nak luas kan.
..
Selamat maju jaya yea Zaila!!!

Sunday, 11 December 2011

Mari membaca

Beberapa bulan yang lepas, saya ikut hubby pegi Pameran buku kat MAEPS.  Mmg berbaloi-baloi pegi sana coz byk sgt buku murah2.  Boleh le beli buku untuk setahun punya...ntah habis ke tidak baca dalam setahun.  Saya byk memborong buku masakan dan parenting.  Buku parenting simpan dulu coz baby pun tak ada lagi ni.  Yg dah khatam adalah buku masakan.  Cantik coz color.  Buku Jamie & Nigella tu just RM25 setiap satu. Walaupun pening pusing2 cari buku tapi rasa happy sangat.  Penat membawa buku naik tram berbaloi dengan buku yang murah.  Kebanyakkannya buku dari obersee.  Separuh dari pameran buku adalah buku untuk budak2 dan novel orang putih.  Mak bapak2 tu sila le yea bawak anak masing2 ke pesta buku.  Elok untuk melatih anak membaca dari kecik.  Punyalah ramai orang, sampai nak memilih pun kena bereabut2.  Yg tak tahan tu, nak masuk dewan pun kena queue!!!

Berbangga jugak le ngan rakyat Malaysia yang suka membaca. Antara buku2 yang saya beli ialah:

Yang ni dah abis baca dah... 

Yang ni KIV dulu...mcm meroyan le plak

Buku2 ni tak sampai pun RM100, ada 5 bijik buku yang saya beli sumernya...sumernya color tau!!!.  He...he.. Tahun depan mmg wajib pegi jugak Pesta buku ni.  Tunggu sumer buku2 ni termasuk yang hubby beli dah habis di baca.  Kalo dah byk buku boleh le nanti beli rak buku plak.

Tengah baca yg atas ni..lepas habis
nak baca yang ni plak




Saturday, 10 December 2011

Hari yang indah

Assalammualaikum semua

Hari ni dah semalam ada hari hari cuti dan esok pun cuti jugak.  Jadi hujung minggu ni 3 harilah cuti.  Hubby pulak pegi outstation ke Langkawi.  Saya sorang2lah kat umah.  Aktiviti bermakna hujung minggu ni tak lain tak bukan adalah mengemas rumah.  Biasalah rutin surirumah ni mmg macam ni.  Saya mmg tak suka rumah bersepah-sepah.  Biarlah tak pegi outing, asalkan rumah kemas.  Rasanya dah hampir sebulan lebih tak buat aktiviti mengemas kaw-kaw ni, iaitu semenjak balik dari Perth.  Byk kerja sangat, outing dan ada tetamu datang menyebabkan aktiviti ini tertangguh saja.  Mengemas ni mmg perlu 2 hari, itupun tak habis pun.  Buat kemas2 dan susun, sapu lantai, mop, cuci conforter tuala bagai, lipat kain etc jek.  Tak de pun sampai nak menyapu sawang ke apa.  Tak larat le pulak nak memanjat2.  Dok kat KL ni mmg byk habuk.  Semalam sapu habuk dengan bulu ayam, hari ni dtg balik habuk2 ni.  Ya Allah, cepat2 le kami dapat beli umah kat Bangi. Amin...amin...

Bunga ni beli kat Pasar Kajang.  Murah giler, kawan saya beli kat Wangsa Walk RM4 setangkai.  Yg ni RM1 jek setangkai.byk pulak tuk pilihan.  Harus setiap minggu g sana beli bunga hidup nih.  Harumannya tu yang best...tak suka artificial punya pewangi.  Bosan le plak...cepat le my hubby balik.  Hu...hu..

Friday, 9 December 2011

Keretaku....bertuah ke tak?



Pernah tak nampak button yang paling kiri tuh.  Selama hampir 8 tahun drive saya tak pernah tau fungsi dia apa.  Petang tadi lepas balik dari makmal saya singgah pergi toilet, tetiba kunci kete saya termasuk dalam tong air toilet tuh.  Saya cuba keringkan dengan baju dan saya terus ambik beg untuk balik rumah.  Maklumlah hari ni hari jumaat, kena keluar awal kalau tak jem le nak kuar dari UKM dan Bandar Baru Bangi nih. Entah2 2 jam baru sampai Cheras.  Sampai kat kete saya tekan remote, tak jadik jugak.   Saya guna kunci, apalagi memekak le WMB ni kat tengah2 parking kete ni.  Ada le beberapa orang lalu lalang.  Beberapa minit kedian senyap...saya berusaha jugak keringkan remote dan cuba lagi.....saya try lagi bukak pintu...memekak balik la plak WMB ni.  Malas plak nak naik ke pej am minta bantuan, nanti kepoh satu pusat ni.  Tetiba saya teringat staf saya, saya pun call En. A, En. A pass kat En. F plak coz dia tak pandu kete auto.  En. F punya ayat mula2 'puan, dah menangis dah'.  Cisssss....dia gelak dan suh saya cari button bulat ni, mula2 tak nampak lama2 cari baru jumpa...dia suh masukkan kunci macam nak start kete tapi tak sampai start kete, cuma pulas kunci skit jek. Pahtu baru tekan button bulat ni, masa ni button ni dah menyala2 dah.  Lepas tekan ni baru le bunyik nyer berhenti.  Sib baik ada dorang2 nihkan...kalau tak menapak le kuar cari teksi.  Baru tau fungsi button ni....  Kunci spare plak letak kat umah.  Hmmmmmmm...

Jadik macam nih daaaaaa....


Thursday, 8 December 2011

Tabletop Dapur

Cantikkkkkkk...

Saya nak share tentang pegalaman saya membuat tabletop untuk dapur rumah kami. Semasa bujang saya tak kisah sgt pasal dapur ni.  Tapi bila dah kawin, tetamu terutama belah suami ramai datang rumah.  Rasa malu pulak dan masa tu singki kami dah nak runtuh dah.  Jadi saya mula buat layout pelan untuk dapur dan mula mencari2 quotation untuk tabletop sekali dengan base KC.  Memandangkan bajet kami dalam RM2k jek...jadik ambik masa sikitlah untuk cari yang kami nak.  ADa jugak saya cuba antar layout plan ke website yang buat KC tapi bajet paling murah dapat RM2100 untuk tabletop saja.  Tabletop kami ni tak sampai pun 7 kaki.  Suami saya pun ada jugak cari tapi jumpa RM3700 minimum untuk kabinet saja, tapi base + wall.  Aduhai pening pala.  Entah macamana hari tu dah rezeki, terjumpa jiran selang serumah dan dia kasi contact nombur sorang kontraktor ni. 

Dengan kontraktor ni, dia dtg ukur dan dia ckp tabletop + pintu kabinet, dia akan kasi RM2k saja.  Cuma saya nak laci seunit kena tambah RM150.  Saya bagitau nak tile yang kilat2 dan high kualiti, xmo barang dari China.  Dia ckp ok.  Cantik tak?. RAsanya berbaloi jugak dengan harganya.  Cuma kontraktor ni lambat sgt buat keje.  Seminggu sekali jek dia datang, itu pun keje 2 jam jek.  Kalau ikutkan kualiti keje nampak cantiklah dia buat tiles ni.  Oh ya..singki dia kasi free, manakala paip air saya beli kat Kedai Wiltek bangi dalam RM80.  Dah sebln pun tak siap2 lagi, dah penat dah saya kejar dia suh dtg buat keje...sampai penat sgt.  Byr plak skit2, bila dia dah beli simen sy kasi skit, dah buat tiles byr skit.  Kadang2 nak gelak dengar macam2 alasan tak leh datang.  Kunci gril umah mmg kasi kat dia coz takkan le saya nak tunggu dia buat keje, dah le keje tak tentu masa.  Saya dan hubby keje jauh plak tuh. 


Tiles dia susun mmg cantik, rapat dan hampir tak nampak

Akhirnya hampir 2 bulan baru le siap.  Cuma yg tak bestnya...rak dalam kabinet ni macam main2 jek.  Masa sy tanya dulu, dia ckp akan buat rak.  Tapi tak sangka pulak dia kasi rak yang tak attach kat dinding dan lantai pun dia tak simen.  Dah satu hal plak saya kena cari papan tuk alas lantai ni.  Rak dia ni terdiri dari 2 keping papan yang dipakukan saja dan dibuatkan kaki.  Mmg tak sesuai tuk letak bende berat...sure roboh punya.  Saya ada jugak suh dia dtg balik buat rak betul2 dan saya akan bayar lebih tapi sampai sekarang tak datang2.

Ni kiranya projek hujung tahun kamilah.  Syukur hubby nak share buat tabletop ni.  Projek tahun dpn plak nak buat wall kabinet pulak.  Kali ni nak ambik yg ikea punya jek...dah tak larat dah nak tunggu2 macam kontraktor ni.  Berjanggut tunggu dia siap buat keje...sabar je
le.


Ni yang frust...ni part yang paling last dia pasang.  Terkejut tengok tapi masa tu dalam otak nak suh dia habiskan cepat2 jek, tak larat dah nak tunggu

Apapun kombinasi color ni mmg cantik.  Hubby nak warna gelap coz dia ckp kalo kotor tak nampak.  Sy plak nak warna putih.  Sy gabungkan ambik tiles 2 kaki x 2 kaki color walnut dan kabinet color putih.  Nak pilih color pun hari tu pening pala dah.  Nanti kabinet ikea nak color putih.  Sweet n comel jek coz sy tak nak buat besar2 kabinet ni coz tak nak menyempitkan dapur.  Kalau ikutkan ada lagi dinding belah sini yang boleh buat tabletop tapi memandangkan bajet pun ciput...buat je le seadanya.  Kalau ada rezeki nak buat wall KC plak tahun depan dan nak buat wardrope jugak.

Sunday, 4 December 2011

Lawatan Pelajar Tahun 1 ke Ladang Babi Sepang dan Putrajaya


Swan Pond kat Taman Wetland Putrajaya

Assalammualaikum semua, terima kasih for reading my blog ya

Setelah hampir 2 bulan membuat persediaan untuk lawatan pelajar ni, akhirnya semalam kami bertolak ke Sepang seawal jam 8.30 petang membawa bersama 46 pelajar tahun satu, 2 orang pensyarah dan 4 orang kakitangan makmal.  Budak-budak ni tahun 1 dan saya mmg puji mereka sebab semasa taklimat khamis lepas saya remind mereka untuk berkumpul kat Foyer Bangunan Biologi pukul 8.15 pagi. Paginya tuh saya mmg teramat malas nak bangun nak pegi Bangi pepagi ahad ni tapi disebabkan oleh tugas, terpaksa le jugak.  Ditambah lagi dengar2 hubby nak pegi KLCC hari ni, lagi le jeles.

Sampai je kat foyer jam 8.15 pagi, budak2 ni dah berkumpul.  Mmg berdisiplin mereka ni, harap2 disiplin ni sampai le dorang tahun 3 nanti yek.  Saya pegi opis kejap ambik fail dan print kehadiran pelajar.  Jam 8.35 kami bertolak melalui Dengkil, Jenderam Hulu, Salak Tinggi dan terus ke Tumbok Estate.  Berhenti di tepi jalan besar dan menapak hampir 1 km sebab bas tak boleh masuk.  Kali ni kami akan melawat Ladang Ternakan Babi. Budak ni mmg kecoh sebab bau yang teramat le busuk bila melalu ladang-ladang ayam dan dorang pun excited dan tak sabar2 dah nak sampai. 


Lagoon No.4, kat sini ada 5 lagoon.  Air kumbahan mengalir dari lagoon 1 , masuk lagoon 2, dan seterusnya sampai Lagoon 5.  Mmg dipanggil lagoon ya, bukan kolam kata wakil dari ladang ni.  :)

Sampai ke ladang babi tu, kami disambung oleh pekerja di sana.  Kami dibawa melalu kandang babi dan kami nampak babi-babi in diletakkan di dalam kandang dan hampir 10,000 ekor babi ada dalam ladang ini.  Seteruskan kami di bawa ke kolam takungan kumbahan.  Mula2 air dari kandang babi akan ditapis, pepejal akan di masukkan ke dalam karung yang akhirnya akan dijual menjadi baja dan sisa cecair pulak akan di masukkan ke dalam kolam pertama.  Ada 5 kolam takungan yang ada dan kolam takungan kelima akan disalurkan ke paip dan longkang.  Ladang ni agak baik pengurusan kumbahannya, cuma ada banyak lagi penambahbaikan yang dorang boleh buat untuk meningkatkan cara perawatan sisa mereka. 

Kat lagoon 1, lagoon paling kotor....airnya pekat..budak2 ni semangat jek mendengar

Semenjak kes JE, byk ladang2 babi telah ditutup dan mereka menggantikan ladang tersebut dengan tanaman buah naga dll.  Cuma ada sedikit je lagi yang tinggal beroperasi.  Memandangkan penduduk negara ini ada yang memakan daging ni, memusnahkan semua ladang babi adalah mustahil.  Apa yang boleh dibuat adalah untuk menghadkan ternakan untuk domestik saja memandangkan ternakan babi ini berisiko tinggi dengan pengurusan sisa kumbahan yang baik bagi menjaga alam sekitar kita dari tercemar. 

Ni baby babi ditempatkan dalam kurungan, lepas dikasi mandi...nampak bersihlah

Setelah hampir sejam disini kami mengucap terima kasih kepada pihak ladang yang begitu baik sekali, memberikan kerjasama dan melayan kami dengan baik, kami meneruskan perjalanan ke LCCT, singgah makan dan solat di Dengkil.  Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Taman Wetland Putrajaya.  Mula2 saya nak tempah tram untuk pelajar tapi kebetulan masa ni Pertonas ada buat family day kat sini dan telah menempah semua tram yang ada (ada 2 jek pun). 


Lookout Tower...budak2 ni suka panjat ni dan bergambar2 kat atas...last sebelum bertolak balik
Di sini kami melawat Swan Pond, Interpretation Centre dan Lookout Tower.  Memandangkan ada antara pelajar ni adalah dari Indonesia, jadi mmg sesuai sgt bawak dorang ke Putrajaya.  Kat Interpretation Centre tuh ada muzium dan galeri yang menerangkan tentang kepentingan wetland ini.  Dalam soalan yang saya telah buat untuk pelajar ni, mmg ada soalan tentang fungsi Wetland ni....jadi budak2 ni sempat le mencopy jawapan kat sini.  Taman Wetland ni mmg memberi byk sumbangan kepada Putrajaya.  Di sini aliran air (run off) dari Putrajaya dialirkan ke sini dan tasik2 ini dibuatkan sel2 yang menakung air dan ditanam bermacam jenis tumbuhan air yang boleh menapis bahan2 merbahaya seperti logam berat dah sebagainya sebelum air ini dialirkan semula ke sungai2 dan tasik Putrajaya.  Selain itu ia berfungsi sebagai tebatan banjir, santuari burung dan eco-tourism.

Taman ni sesuai untuk aktiviti camping, berkelah, juga boleh sewa basikal.  Pihak taman juga ada menawarkan macam2 pakej seperti pakej camping, treasure hunt, aktiviti air dll..anda hanya perlu pergi ke Information Center di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut ok.  Harapnya lawatan ini akan mendedahkan pelajar kepada hubung kait aktiviti manusia dan alam sekitar dan berjaya mencapai objektif kursus Manusia dan Sekitaran ini.  Saya pun gembira sebab telah dapat menguruskan lawatan ini yang pensyarah sifatkan bagus dan ekstrem dari lawatan biasa yang mereka buat.  :) Budak-budak ni pun happy jek dan gembira sepanjang lawatan..sampai ada yang tak nak balik.  Selepas mengharungi kebusukan di ladang babi, mereka happy dapat pergi ke Taman Wetland.  Ramai antara mereka berminat datang ke sini lagi bersama-sama keluarga masing.  Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar kita demi kelestarian anak cucu kita dimasa akan datang.

Saturday, 3 December 2011

Twilight Breaking Down Part 1


Hari ni saya dan hubby telah pergi ke Mid Valley untuk menonton Twilight Breaking Down.  Tahun lepas kami ada jugak pergi menonton filem ini, tahun lepas kami tengok citer ni kat MBO Spark kalau tak silap dan kami baru kawin masa tu.  Tidak seperti kali pertama saya menonoton cerita ini pada tahun lepas, dimana saya tak faham dan asyik bertanya kepada suami saya banyak soalan yang menyebabkan suami saya agak bengang.  He...he... Ingat lagi antara soalan saya masa tu adalah 'apa beza si Jacob ni dengan si dracula nih?.  Kenapa plak si Dracula ni bergaduh ngan si Jacob?. Dan macam2 lagi.  Masa itu saya begitu confuse konflic antara dorang bertiga ni dan kenapa mereka saling bergaduh antara satu sama lain.  Dan paling terkejut apa kaitan serigala pada awal2 kejadian dengan dorang bertiga nih.  Dan masa tu ada 1 babak dimana si Jacob membuka baju dan 2 orang perempuan yang duduk sebelah bukan main lagi bersorak. Masa tuh saya fikir 'hmmmm macam biasa jek mamat ni, nape le dua org pompuan kat sebelah ni excited sgt'.  Bila dah last2 tuh baru le terasa yang citer ni best. 

Oh ya cita kali ni byk pasal Bella.  Mula2 cerita adalah kisah tentang persiapan perkahwinan mereka dan cantik sgt dorang kawin kat dalam taman + hutan2.  Lepas kawin dorang pergi Brazil dan bercuti kat sebuah pulau.  Jacob dtg masa kawin Bella tapi jumpa kat belakang taman jek.  Masa kat pulau mereka risau tentang hubby dia akan cederakan Bella masa make love.  Inilah yang Jacob risaukan dan menyebabkan pertengkaran antara Bella dan Jacob masa resepsi perkahwinan dorang.

Masa kat pulau tu, baru 2 minggu kat sana tetiba Bella dah mengandung.  Biasa le kan express jek baby dorang ni, baru 2 minggu baby dah bergerak.  Dorang balik ke rumah hubby dia balik dan Bella terpaksa tipu bapak dia yang dia berada di Switzerland makan angin.  Bella menghadapi masalah masa pregnant dan byk scene dan konflic time nih.  Ending nyer pegi le tengok sendiri yek...  Saya dapat rasa yang citer ni akan ada sambungan nya.  Dan cerita2 makin menarik pulak. 

Selepas menonton wayang kami sempat berpusing2 dalam Mid Valley dan pergi ke Exhibition Centre ada pameran games dan gadget.  Tetiba ternampak idaman hari: 




Tapi tak beli pun.  Lepas tu pergi ke Centre Court dan hubby belanja makan Baskin Robin aiskrim.  Hubby beli 3 scoop dan kami share jek.  Perut dah lapar, kami pegi makan kat Restoran Belangan kat The Garden.  Hhhhhmmmm restoren ni menjual makanan pantai timur..mmg sesuai ngan selera hubby.  Hubby makan nasi kerabu dan saya makan nasi dagang.  Memang sedaplah masakan kat restoren ni, saya recommend le restoren ni kepada kengkawan2 semua untuk dicuba yea. :)



Sunday, 27 November 2011

Puss in Boots



Hari ni saya pergi menonton wayang Puss In Boot bersama-sama dengan kawan rapat saya Ms N.  Semalam saya dtg lepak2 umah dia sebab my hubby ada trip ke Kuala Terengganu.  Masa inilah masa bersantai2 untuk saya bersama kengkawan.  Tiket telah dibeli di TGV online dari semalam lagi.  Senang, tak payah nak bersesak berbaris.  Bayar online guna cimbclick.  Tengok kat Wangs Walk Wangsamaju.

Sebenarnya anak buah saya ada kat umah, jumaat malam saya ambik dia kat UniKL tapi sebab saya dah janji ngan Ms N saya nak lepak umah dia hujung minggu ni, jadik saya biarkan je le anak buah saya dok sorang2 kat umah.  Lgpun dah besar dah...dia pun ckp 'tak pe le makcik. adik boleh je dok sorang2 kat umah makcik'.  Ni le yang best ada anak saudara yang sporting.  Tq Fadlee...:)

Berbalik pada movie ni.  Citer ni ada unsur2 sepanyol yang menari2 samba tuh.  Citer nyer agak santai dan boleh diagak tapi sesuai untuk budak2lah sebab byk moral yang boleh kita dapat dari sini.  Tentang setia kawan, kejujuran, kasih sayang dll.  Citer nyer tentang seekor kucing yang dijaga di rumah yatim.  Dia telah diperangkap oleh teman rapatnya sendiri si telur.  Semenjak dari itu, dia telah melarikan diri.  Dia berazam mencari magic bean sebab dia nak tebus balik kesilapan yg dia lakukan pada penduduk kat kg dia.  Tak reti le nak cerita lebih lanjut coz cite ni macam citer si Jack dengan kacang panjangnya yang naik sampai ke awan tuh.  Kat sana dia jumpa anak itik yang boleh bertelurkan emas.  Dorang nak bawak balik kat kg.  Dia jugak telah jumpa balik ngan si Telur dan mereka bersama2 mencari Magic bean tu.

Lepas tengok wayang ni, kami balik umah dan masak2.

Saturday, 26 November 2011

Heppi Birthday My lovely hubby


Hari ni birthday my hubby.  Ni kali ke-2 sambut birthday sebagai hubby saya.  Dia begitu berbangga coz sama tarikh birthday ngan Pak Lah. Ha..ha...ha..  Mula2 pening nak cari hadiah tuk dia.  Tahun lepas saya dah tempah kek Secret resipi tuk dia tapi rupa2nya dia dah sambut birthday ngan kengkawan dia, maklumlah masa tu 1st time dia dok kl...byk le kengkawan dia wish dia dan kengkawan dia siap belikan kek bentuk muka panda lagi malam tuh.  Dia balik lambat malam tuh, sy dah tido masa dia balik.  Sedih sgt masa tuh, penat2 saya berlari ke Jusco beli kek pas keje.  Ingatkan nak buat suprise le konon nyer. Jadik pepagi nyer hari sabtu, baru le saya kuarkan kek Choclate Indulgence yang sikit punya besar tuh tuk dia potong.  Masa tu baru-baru kawin lagi, jadik sy tak reti lagi nak belikan barang tuk dia.  Jadik saya belikan dia cokelat Ferero Roche yang paling besar n letak kat atas meja dia.  Saya rasa saya tersilap coz habiskan sikit punya byk duit tuk makanan, kali ni saya nak beli yg kekal punya.  Pelik pulak....tak de plak kengkawan dia celebrate birthday dia tahun ni. 

Jadi supaya tak berulang lagi macam tahun lepas, esok birthday dia, malam ni jam kul 12.00 saya bangun n wish dia heppi birthday dalam facebook dia.  Alamak...jatuh saham hubby., lepas saya wish dia tak de plak orang wish coz mesti kengkawan dia takut nak wish kot.  Yea...yea...berjaya menjadi orang pertama wish dia.  Pahtu letak hadiah dia ngan cokelat tobleron comel bersama kad atas meja dia.  Harapnya esok dia sempat g ambik le.  Kebetulan esoknya dia pegi Terengganu. 

Hadiah kali ni saya kasi dia baju kemeja untuk pakai g keje.  Sebelum g beli, g ukur dulu bahu baju yang dia suka pakai.  Dia ada favorite baju brand yang dia suker tapi saya nak kasi dia baju ni, agak special.  Dan saya cari color yang terang2 untuk dia.  Agak mahal le baju dia ni, dah sale pun masih mahal lagi.  Tak pe le, tak nak le berkira sangat dalam bab-bab ni coz hari tu dia belanja saya makan kat Friday Mid Valley makan steak.  Walaupun sebahagian besar steak tuh dia yang perhabiskan, dia kasi birthday girl ni hirisan steak ciput2 jek...tak pe le.  Sekurang2nya celebrate le jugak.  Saya mmg tak pernah pegi beli baju2 lelaki ni, pening le jugak mula2 pilih.  Saya berkenan jugak kat baju Bonia coz saya pernah teman kawan saya beli hadiah tuh hubby dia.  Tapi tak pe le, tahun depan boleh beli Bonia pulak.  

Harap hubby suker...love you sooo much sayang.  Moga panjang umur, murah rezeki dan perkahwinan kita kekal bahagia ke akhir hayat.  Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya, sehingga sekarang bila saya baring sebelah awak..saya masih terfikir betapa bertuahnya saya mendapat awak.  Betapa tenangnya saya melihat awak tido, dan betapa saya suka usik2, gigit2 jari awak, cubit pipi awak dan peluk2 bila awak nak melelapkan mata.  Takdir Allah telah mempertemukan kita. 

Wednesday, 9 November 2011

Percutian ke Perth Day 4



Hari ni hari terakhir, terasa sekejap jek dah hari terakhir.  Terasa nak dok lama lagi sambil bermalas dan bergurau senda ngan my hubby.  Tapi apakan daya, kena balik dah, duit pun makin nipis.  Tinggal duit tuk shopping jek lagi.

Kali ni kami nak pergi ke Belmont Forum.  Kami nak naik bas tapi bila pergi ke Stesen Bas kat Wellington tuh, pekerja tu ckp bas tak ada pegi Belmont forum dari situ, kena pegi ke Esplanade punya stesen bas.  Kami pun pergi ke stesen MRT dan beli tiket one way AUD2.30 seorang.  Kami naik train pergi ke Oats Street.  Kami dah confuse sebab patutnya nak berhenti kat Stesen Victoria tapi kami tersilap naik tren plak, tren ni tak berhenti kat Victoria Stesen.  Sampai Oat Street kami turun.  My hubby ckp kena pegi balik ke Esplanad.  Saya dah frust dah coz itu nanti akan buang masa jek, mmg tak byk info pasal Belmont Forum ni dalam website. Yg tau ada bas dari King's Park berhenti kat Belmont Forum dan terus pergi ke Airport.  Sedang pening2 tu tetiba saya nampak jadual bas kat tepi bus stop yg  nampak dari ruang menunggu kat stesen ni.  Saya pun tengok dan nampak yang bas no 88 tu akan lalu Belmont Forum.  Yes...yes...saya pun ngan happy nyer ckp ngan my hubby.  Lepas tu naik bas di tepi Oat Street tu bas no 88 kalo tak silap dan guna tiket tren tu jek.  Cuba tengok kat timetable di tepi bus stop tu yea tuk tengok jadual bas nya.  ADa 2 bas je yang singgah kat tepi stesen MRT tuh.  Kalau tak silap bas yang lagi satu tu pergi ke Fremantle.  Kami melalui rumah2 teres dan dalam 15 minit kemudian nampak poster Coles, Woolworth...kami pun turun.  Kebetulan ada penumpang tekan loceng nak turun kat situ. Cadangnya nak pegi bli Pyrex container yang kaca tuh.  Lepas tu saja je gatal2 nak tengok Corelle.  Mula2 pegi terasa lengang jek kawasan tuh, bukan macam sesetengah shopping mall kat KL yang penuh sesak dengan kereta dan orang melepak.  Kami sampai sana pun dalam jam 9.30 pagi lagi.  Yg malangnya kat australia ni, teksi susah nak dapat.  Hampir saya tak nampak pun teksi semasa berada di Perth.  Pengangkutan utama bas dan MRT jek.

Belmont Forum ni besar rupanya, ia gabungan pasaraya besar macam Coles, Woolworgth, Biq W dan ada byk lagi.  Tapi ia tidak bertingkat dan tak nampak mewah dari luar.  Dalam nya kami pusing2 cari barang dan pegi makan kat Food Court dia.  Ada 2 gerai halal food kat Food Court dia, tapi seperti biasa le gerai mamak.  Kami makan kebab dan fries dalam AUS10.  Standard le makan kat Perth ni dalam AUD10-12 sepinggan.  Lepas makan kami pegi Big W tengok Corelle.  Nampak Iris tu yang pinggan 4 segi tuh, 16pcs dalam AUD86 jek.  Tak banyak pilihan tapi sumernya design baru punya.  Sib baik saya dah ada 2 set beli kat Brsibane dulu, kalau tak mesti sambar punya.  Set dia lain skit dari kat KL terutama mug dia.  Saya pergi ke bahagian Pyrex dan jumpa 10 pcs dalam AUD 34 dan 6 pcs AUD23.  Murah le skit dari KL.  Tapi kami keluar dulu dan masuk dan keluar mall2 kat sana banding2 harga.  Yg peliknya kat sini, akan ada orang tunggu kat tepi pintu keluar dan nak tengok beg yang kita bawak.  Macam kat Manila pulak. 


Lepas puas2 pusing sana sini, baru le saya beli set pyrex sy dan dengan happynya keluar Belmond Forum.  Kami singgah kat Mall kat depan, namanya Village apa ntah...kami tengok ada farmasi jual perfume murah kat situ.  Britney spear Curious 100ml AUD50.  Ni yg menggoda i nih...Lepas fikir-fikir, pejam mata sebelah je le.  Lgpun my hubby ckp wangi.  Lepas tu tunggu bas yg sama macam masa dtg tadi dan naik tren pegi ke Perth balik.  Balik hostel dulu hantar barang dan kul 2.00 kami pegi balik ke Murray Street pusing2 dan keluar masuk mall.

Murray Street tempat shoping2 kat town!!






Sumber gambar2 ni hubby yg ambik.  Pokok togel ni macam satu trademark kat sini plak...sana sini ada..

Merata-rata ada


:)



Taman dlm town

Waaaaa...petang ni kira last le jenjalan kat sini.  Kami pegi lagi ke JR Duty free, sampai pekerja yg keje situ perasan kami.  Kami pun malu dan keluar, pening dah pala cium minyak wangi macam2 bau.  Kami g makan Nando's, sy ckp kat hubby yang Nando's kat sini Halal tau.  My hubby buat muka confuse, bila lepas beli set 1/2 ayam + air, masa nak duduk baru nampak dia tampal pengesahan halal.  Baru le happy memasing dan menikmati nya dengan gembira.  Ayam dia rasa sedap dan tak gumuk macam ayam kat KL.  Hubby ckp ayam kat KL guna makanan menggemukkan ayam...sebab tu ayam kat Perth ni kurus2 jek nampak.  Ayam dia sedap dan tak nampak biru atau lebam isi dia.  Lepas makan kami pusing2 lagi. Sy pegi beli kotak tissue yg ada koala dan kanggaro dalam AUD6 setiap satu, harga promotion.   Lastly pergi ke kedai Duty Free tu dan beli Vera Wang Princess 100 ml EDT AUD 50 dan hubby beli Hugo Boss 100 ml AUD50.  Cashier tu mintak passport dan itinerary tiket.

Lepas tu kami balik hostel setelah membelanjakan duit baki di situ.  Balik2 kemas beg.  Alamak...beg tak muat plak.  Terpaksa merengkek tumpang beg my hubby akhirnya.  My hubby ckp van g airport jam 2.45 pagi, tadi orang hostel dah tipon dan confirm van Connect oren tuh.  Kena call sehari sebelum tuk van ni. 


Jam 2.15 dah bangun dan mandi.  Ada sorang mamat dari UK ikut kami.  Mula2 dia call teksi tapi lastly ikut kami naik van coz teksi AUD50, van connect ni AUD16 jek.  Kami diminta tunggu kat depan Underground Backpacker kat sebelah hostel kami.  Dalam hujan renyai2 kami tunggu van kat situ.  Dalam jam 3.00 van sampai dan membawa kami ke airport.  Karenah kat airport tak seketat masuk.  Flight delay jugak sebab kesesakan airport dan sampai ke KL dalam jam 1.00 petang.  Sedih meninggalkan bumi kangaroo ni.  Tapi kalau ada rezeki, lepas ni nak pergi New Zeland pulak.  Tapi dah ckp ngan hubby nak g musim sejuk skit yek...nak main salji.  Makan kat air asia share jugak coz mengada dorang ni, nak ambik duit AUD jek, RM tak terima.  Sib baik ada berbaki lagi duitnya.  Makan le sy nasi lemak Pak Nasir dengan harga AUD12.  Hu...hu...  Sampai jek KL sentral terus melulu turun tengok beg, takut beb kalo ada orang copet Pyrex sy.  Pahtu terus serbu McD.


Harapnya nanti kalau ada rezeki boleh lagi pergi ke Selatan negara Kangaroo pulak.  Seronoknya pergi ke Perth.  Bandarnya bersih dan sesuai untuk tempat berhijrah.  Duduk dalam 5 tahun kat sini best jugak.  Melancong ke negara maju ni tak banyak yang perlu dirisaukan sebab semuanya ada terutama dari segi kemudahan dan pengangkutan, sediakan ongkosnya aja.  Nampaknya kat Perth lagi best le dari Brisbane.  Orang2nya terutamanya, lebih ramah dan kurang racist.  Senang menegur walaupun tak kenal.  Dan yang paling akan dirindui adalah BURUNG CAMARNYA ATAU SEAGULL


Sistem tren kat Perth. Ada 1 company jek yang uruskan bas + tren kat Perth iaitu Transperth ni.  Kami dah sampai Midland,  Fremantle dan Mandurah.


Sy nak pegi pakej ni yg byk ada kat Barrack Jetty tp ongkos tak mengizinkan hu..hu..
Hubby plak nak g sini tapi dia pun tak jadik pegi gak....


Pakej ni murah skitt